1:7
Takut akan Tuhan ialah permulaan pengetahuan: tetapi orang bebal memandang hina hikmah dan arahan.
Ini merupakan amsal yang penentu, sebab amsal-amsal yang lain dibazirkan tanpa takut akan TUHAN. Solomo melakukannya dahulu! Asas untuk pembelajaran adalah untuk takut akan Allah (Ams 9:10), tetapi orang bebal menolak hikmah dan arahan, sebab mereka sombong dan mementingkan diri sendiri tanpa apa pun endah akan Allah. Mereka suka pendapat sendiri (Ams 26:12). Daripada mencari kebenaran, orang bebal hanya ingin menyiarkan fikiran mereka sendiri (Ams 18:1-2). Mula pun tidak boleh tanpa takut akan Allah.
Siapakah TUHAN? Dia Jehovah Alkitab, Yang Maha Besar AKU BAHAWASANNYA AKU (Kel 3:14; 6:3). Dia telah menciptakan syurga, bumi, laut, dan segalanya yang hidup di dalamnya dalam enam hari yang ada dua puluh empat jam sehari. Ketika dia datang sebagai seorang manusia 2000 tahun dahulu, dia bernama Yesus (Yes 7:14; 9:6; Mat 1:21-23; Yoh 1:1,14). Yesus Kristus merupakan Jehovah! Dia akan datang tidak lama lagi dengan para malaikatNya dengan api yang bernyala besar untuk membinasakan musuh-musuhNya dan dunia ini (2Tes 1:7-11; 1Tim 6:13-16).
Takut akan Allah ialah hormat yang penuh kasih sayang terhadapNya dan penundukkan yang rendah hati kepada firmanNya. Takut akan Allah adalah untuk mengasihi perintah-perintahNya dan membenci kejahatan (Ams 8:13; 16:6; Maz 111:10; 112:1). Takut akan Allah mengenalNya sebagai Punca dan Akhir segala-galanya (Ams 16:4; Wah 4:11). Ia tahu pengampunanNya dan mencari-cari perkenanNya (Maz 130:3-4). Seseorang lelaki yang takut akan Allah gementar dengan rendah hati pada firmanNya (Yes 66:2). Itu segalanya tugas manusia (Pkh 12:13-14).
Manusia yang semula jadi, yang tidak takut akan Allah, merupakan orang bebal (Maz 14:1; 36:1; 58:1). Proses pemikiran mereka adalah cabul, sebab mereka memikir dan mempertimbangkan perkara dengan memakai gagasan-gagasan angkuh mereka sendiri (Rom 1:20-23; 1Tim 6:3-5, 20-21). Orang rohani, yang memang takut akan Allah, adalah berhikmah dan munasabah, kerana fikiran mereka bermula dengan iman kepada Allah Pencipta (2Tes 3:2; Ibr 11:3,6). Orang bebal memulakan pemikirannya dengan fikiran orang bebal yang lain manakala percayawan bermula dengan firman Allah.
Semua manusia berfikir dalam suatu lingkaran, atau bermula dengan anggapan. Pengetahuan dan hikmah mereka bersandar kepada anggapan mereka. Seseorang penolak Allah bermula dengan menganggap gagasannya dan orang bebal sebelumnya adalah pandai dan munasabah. Dia bermula dengan menganggap bahawa dia telah beroleh maju dalam dua puluh tahun semenjak ketika dia memakai kain lampin. Orang yang benar bermula dengan menganggap iman dalam Allah Yang Maha Hikmah, Yang telah menyatakan kebenaran dan hikmah di Alkitab. Dia bermula dengan berfikir bahawa dia tidak tahu apa-apa pun dan memerlukan bantuan Orang Lain.
Orang bebal tidak dapat membuktikan teori-teorinya. Dia memanggil khayalan seperti evolusi sebagai sains, tetapi dia tidak pernah memerhatikan evolusi ditiru semula di makmal, atau tidak pernah menjelaskannya dengan cukup sempurna. Dia orang bebal! Dan sains dia semata-mata hanya suatu dongeng (1Tim 6:20-21). Seseorang percayawan tahu bahawa Alkitab benar mutlak secara dalaman dan luaran, tetapi dia tidak boleh dan tidak akan membuktikannya kepada orang bebal, sebab orang bebal sedang ketinggalan suatu faktor yang penting – iman (2Tes 3:1-2).
Pertimbangkan iman dengan teliti. Orang bebal ada iman – percaya dan keyakinan – dalam diri sendiri dan sebaya bebalnya yang lain. Lebih iman diperlukan untuk percaya bahawa manusia datang daripada gas yang huru-hara dan monyet babun daripada percaya bahawa manusia datang daripada Seorang Pencipta yang bijaksana. Orang bebal ada iman, tetapi itu iman kepada khayalan-khayalan manusia. Orang bebal ada iman dalam kehidupan dan itu merupakan perdayan diri sendiri. Orang percayawan percaya kepada Allah dan dan firmanNya (Ibr 11:1-6), yang adalah arahan kepada diri sendiri (Ams 15:33).
Bagaimanakah manusia dijadikan? Orang bebal berkata bahawa suatu letupan gas yang huru-hara membentuk ketertiban, kegunaan, keindahan, kehidupan, dan kemampuan dan hukum-hukum untuk membiak dan mengekalkan mereka. Orang yang takut akan Allah mengenal bahawa orang bebal ialah orang bebal, kerana hanya orang dungu yang dapat memikirkan karut sedemikian, dan hanya orang gila yang dapat mengucapkannya. Sebagai anak yang rendah hati yang percaya kepada Allah, dia berseru, “Maharaja tiada baju!” Dia tahu bahawa Allah menjadikan telah menciptakan manusia daripada debu dan menghembuskan ke dalamnya nafas kehidupan.
Evolusi ialah hasil minda yang benci Allah dan yang suka minda berdosa yang berserah kepada iblis, dan Allah sendiri yang membutakan orang-orang bebal ini untuk menyembah monyet babun sebagai moyangnya (Yes 44:9-20; Rom 1:20-23). “Kumpulan pemikir” mereka pada zaman kini merokok bahan-bahan yang mengkhayalkan mereka dan melihat siapakah yang dapat menang dengan menimbulkan penjelasan yang paling pelik bagi sesuatu perkara. Adakah kamu menafikan tuduhan ini? Bagaimanakah kamu fikir bahawa mereka dapat penjelasan letupan gas 14 bilion tahun dahulu? Mereka tidak tahu pun apa yang manusia sedang buat di bumi ini pada empat ribu tahun dahulu!
Allah Yang Maha Berbahagia membutakan orang yang tidak bersyukur kepadaNya bagi kewujudan mereka dan bagi apa yang mereka miliki (Rom 1:20-23). Ketika mereka memberi lebih kemuliaan kepada makhluk daripada Pencipta, Dia menyerahkan mereka kepada minda yang jahanam untuk melakukan hal-hal yang tidak pantas seperti sodomi/liwat, menggugurkan anak, membenarkan pemberontakan anak, berhubungan seks dengan binatang, Picaso merupakan karyawan, dan perkahwinan sejenis (Rom 1:24-32). Jehovah, TUHAN Allah, sudah bertekad untuk membinasakan orang sedemikian (1Kor 1:19-20; 3:19-20).
Bagaimanakah minggu tujuh hari bermula? Adakah manusia purba berputus bahawa dia sudah letih selepas enam hari dan memerlukan hari yang ketujuh untuk berehat? Pergerakan matahari mengajar adanya musim dan tahun dan hari, dan pergerakan bulan mengajar bahawa adanya bulan, seperti yang Allah telah jelaskan (Kej 1:14-19). Di manakah minggu itu bermula? Melalui wahyu Allah (Kej 2:1-3; Kel 20:8-11)!
Bagaimanakah moral bermula? Adakah perzinaan salah? Jika tidak, mengapakah poligami salah? Jika tidak, mengapakah pelacuran salah? Jika tidak, mengapakah pornografi salah? Jika tidak, mengapakah seks dengan binatang salah? Jika tidak, mengapakah seks dengan budak salah? Bagaimanakah kamu berfikir, hai orang bebal? Adakah orang gua dari teorimu ingin melindungi perempuan dan memberi dia suatu kehidupan yang ada kasih sayang dan perlindungan dalam perhubungan monogami antara dua orang dewasa? Atau adakah Allah yang mentahbiskan perkahwinan?
Pertimbangkan bagaimana seorang ahli evolusi berhujahan. Dia ketawa tentang menahan diri daripada seks di luar perkahwinan dan keperawanan, sementara menarik putus anggota bayi yang sangat kecil dengan pam sedut pengguguran anak. Dia saman para pekebun kerana membela ayam di reban yang cukup makanan, air dan vitamin, tetapi dia bermati-matian mempertahankan hak semata-mata untuk mengoyak-ngoyak bayi dalam kandungan kepada beberapa bahagian. Dan mereka memanggil ini sebagai pengetahuan!
Takut akan Allah ialah permulaan pengetahuan – tentang agama. Jika bukan kerana Allah dan AlkitabNya, lelaki masih akan mengorbankan isteri-isteri dan anak-anak mereka ke dalam api untuk mendamaikan diri dengan patung-patung mereka, seperti yang masih dibuat di India pada hari ini. Mereka masih akan memotong diri dan mengecat diri untuk mendamaikan diri dengan Roh Besar untuk masuk ke Taman Buah atau Taman Memburu yang bahagia.
Takut akan Allah ialah permulaan pengetahuan – tentang kerajaan. Jika bukan kerana Allah dan AlkitabNya, manusia masih akan memuji maharaja mereka sebagai seorang allah, seperti orang Mesir dan orang Jepun dahulu kala. Kerajaan yang memanfaatkan telah ditahbiskan dalam Alkitab, dan ia hanya dinikmati di negara-negara yang menjadi tempat perlindungan untuk khutbah Alkitab. Di negara-negara yang lain, orang miskin dipakai untuk memuaskan selera bagi kemewahan penguasa.
Takut akan Allah ialah permulaan pengetahuan – bagi sejarah. Banyak ahli sejarah pada zaman kini menulis sejarah untuk memperjuangkan suatu agenda sosial, dan yang menulis dengan jujur pun tiada cukup data. Sementara orang bebal sedang sedar bahawa tamadun-tamadun kuno Alkitab adalah benar, orang yang sama itu mengharamkan Alkitab di sekolah, supaya jangan para penuntut sekolah adanya kebenaran di depan mereka. Pertimbangkan penemuan ahli sejarah tentang orang Het yang sudah diceritakan Alkitab untuk 3000 tahun.
Alkitab mempunyai segala jawapan dari permulaan alam semesta kepada apa yang harus dibuat kepada anakmu yang bebal, dari punca kematian kepada rawatan untuknya, dari peraturan sempurna untuk perkahwinan kepada keadaan kekal orang durjana. Takut akan Allah bermaksud kamu percaya dan yakin kepada firmanNya, yang memberimu segala pencerahan dan jawapan untuk semua soalan bagi kehidupan, sementara orang bebal evolusi hanya dapat berspekulasi tentang anggaran baru tentang umur letupan besar dahulukala.
Takut akan Allah bermaksud kamu tidak takut kepada manusia, yang membawa tekanan untuk berkompromi (Ams 29:25; Yer 1:8,17). Tekanan rakan sebaya di sekolah atau orang akademik dalam bidang profesionalmu menyebabkan manusia untuk menerima idea-idea tradisional atau teori-teori yang selamat secara politik. Sudah tiba masanya untuk anak berseru sekali lagi, “Tetapi Maharaja tiada memakai pakaian!” Takut akan Allah menyelamatkan manusia daripada belenggu mereka, sebab orang sedemikian memandang hina pendapat-pendapat manusia (Maz 119:98-100,128).
Di manakah hikmah bermula? Dalam takut akan Tuhan! Allah membuka mata, telinga dan hati manusia kepada kebenaran dan hikmah (1Raj 3:5-15; Yak 1:5). Allah membuka mata mereka kepada firmanNya (Maz 119:18). Allah menyatakan kepada mereka rahsia-rahsiaNya (Ams 3:32; Maz 25:14). Mereka tidak takut akan manusia (Ibr 13:6). Hikmah tidak dapat ditemui di mana-mana di seluruh alam semesta, tetapi di dalam takut akan Allah (Ayb 28:12-28).