Amsal · Proverbs

10:26
Seperti cuka pada gigi, dan seperti asap pada mata, demikianlah si lamban bagi mereka yang mengutusnya.

Pihak majikan kerap kali berkata sesama diri, “Sungguh sukar untuk mendapat pembantu yang baik pada zaman ini,” untuk mengadu akan kekurangan pekerja yang kerja lekas dan yang kerja keras. Jika Amsal ini diajar di sekolah daripada mengajar bidang seni dan hiburan, mungkin ada lebih banyak pekerja yang tekun.

Apakah itu si lamban? Biarlah Kamus Inggeris Oxford menjelaskan lagi akan maksud “si lamban”.

Lamban. Orang yang secara semulajadi atau secara tabiat menjadi lambat, malas, atau melahu; orang yang kurang cenderung untuk bekerja atau mengguna tenaga; orang yang kekukangan dan berat tulang.

Si lamban ialah orang yang perlahan dan malas. Daripada menjadi cergas, lekas dan tekun, mereka berlengah-lengah di dalam kehidupan pada gear satu atau gear dua tanpa apa pun perasaan terdesak yang salih. Paulus tahu bahawa orang Kreta adalah sedemikian, jadi dia memberitahu Titus untuk menegur orang yang “perut lamban” itu (Titus 1:12-13).

Hai pembaca, bagaimanakah kamu mendekati tugas-tugas seharian? Sebagai pekerja yang penuh tenaga, lekas, dan tekun? Atau adakah kamu si celaka yang bersikap, “kan-aku-dah-ada-di-sini?”, atau si celaka yang bersikap, “Aku-perlu-perlahan”? Tiada apapun kerja di dalam kubur, dan kamu akan rindu akan kerja, jadi mulailah bertekun sekarang juga (Pkh9:10).

Si lamban tiada apa pun rasa terdesak (Ams 6:6); mereka suka tidur (Ams 6:9-11); si lamban ingin lebih tanpa usaha untuk mendapatkannya (Ams 13:4); semangat mereka mudah patah oleh halangan-halangan kecil (Ams 20:4); dan si lamban selalu ada sebab-musabab untuk melepaskan diri (Ams 26:16).

Pihak majikan selalu mengekot apabila nampak para pekerjanya berdiri melahu, berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan, berlengah-lengah di dalam kerja, mengelak tugas yang baru, berehat sekali lagi, dan dosa-dosa kelambanan yang lain. Seperti cuka menyebabkan gigi sakit, dan asap menyebabkan mata rasa lecur, demikianlah si lamban menjengkelkan dan menyakiti pihak majikannya, atau sesiapa pun yang bergantung kepadanya.

Siapakah yang sedang berharap padamu pada hari ini? Pihak majikan? Ibubapa? Suami? Keluarga? Tuhan? Kejayaan dan pujian semudah seperti menghalang cuka dan asap mendekati mereka. Keluarlah dari katilmu, serangilah tugas-tugasmu, dan selepas itu tetap maju (Ams 10:4; 12:24; 22:29; 1Raj 11:28).

Orang yang tidak salih pun akan memberi ganjaran kepada yang tekun. Jadilah sibuk sekarang juga! Kejayaan bagi seorang pemuda Kristian di dunia ini cukup mudah: kerja keras; kerja lekas; siapkanlah kerja. Dan ambil perhatian, perempuan berakhlak mulia itu seorang pekerja keras yang melebihi apapun yang lain (Ams 31:10-31).

Tuhan Yesus Kristus bukanlah seorang si lamban. Dia tahu tempoh masa kerja bagiNya itu sungguh singkat, jadi dia tekun memakai peluang masanya (Yoh 9:4). Dia selalu menyenangkan Bapa (Yoh 8:29), melengkapkan setiap tugas (Yoh 4:34), sangat bersemangat kesungguhan (Yoh 2:17), menumpukan perhatian kepada tugas yang sangat sukar di Yerusalem (Luk 9:51), dan memandang hina akan jalan yang penuh kesakitan dan keaiban yang harus diharunginya (Ibr 12:2). Lakukanlah segalanya di dalam hidupmu seperti kepadaNya, dan ikutilah teladanNya yang sempurna akan ketekunan setia.