Amsal · Proverbs

10:27
Takut akan TUHAN memanjangkan hayat: tetapi tahun-tahun orang durjana akan dipendekkan.

Apakah yang paling elok untuk membantumu hidup lebih lama? Nutrisi? Jagaan kesihatan? Genetik? Stres? Berapa banyakkah yang sanggup dibayarmu untuk mendapat tahu jawapan pastinya? Sang Penciptamu, iaitu Allah mendapatkan Salomo untuk menulis formula rahsia untuk panjang umur dalam amsal ini. Dan ia percuma bagi pemakaianmu! Jika kamu mencemuh peraturan yang mudah ini, kamu pasti mengasihi maut (Ams 8:36). Jika kamu berhikmah, maka kamu akan sedar bahawa peraturan ini telah diulangi beberapa kali, dan kamu akan menjadikannya keutamaanmu (Ams 3:2,16; 4:10; 9:11; 28:16).

Salomo tidak memakai aktuari – ahli statistik yang mengumpul dan menaakuli data panjang hayat untuk menghitung kebarangkalian kematianmu. Dia tahu melalui wahyu dan ilham Allah bahawa gaya hidup moral kamu ada lebih kesan kepada jangka hayatmu berbanding mana-mana faktor yang lain. Dia mengenalnya melalui wahyu daripada Alkitab (Kel 20:12; Ula 4:40; 5:16,33; 6:2; 22:7; Maz 55:23; Efe 6:1-3). Dia mengenalnya melalui ilham dari syurga (Pkh 12:9-10; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17; 2Pet 1:19-21).

Syarikat insurans nyawa memakai aktuari untuk mencari purata. Mereka menggaji beribu-ribu orang dan membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk menentukan jangka hayat manusia. Sesudah segala kerja dan perbelanjaan tersebut, mereka mendapat hasil anggaran purata hidup manusia yang adalah sekitar 73 tahun. Tetapi Musa telah menulis dari 3500 tahun dahulu bahawa 70 tahun lazim bagi kebanyakan orang dan 80 tahun pula bagi orang yang kuat – puratanya sekitar 73! Kamu dapat membacanya di dalam Mazmur 90:10! Bagaimanakah Musa mengenal itu? Oleh ilham Allah!

Jangka hayat 73 tahun ialah purata. Manusia mati di sekitar purata itu. Tidak seorang pun yang merupakan purata. Jika seseorang salih mati pada umur 90 tahun dan seseorang penyanyi muzik rock mati kerana dos berlebihan dadah pada umur 56 tahun, maka ia merupakan purata 73 tahun. Jika kedua-dua datuk nenek yang salih hidup sampai umur 85 tahun dan cucu lelakinya yang peliwat mati kerana penyakit AIDS pada umur 49, maka puratanya ialah 73 tahun. Jika kesemua 50 ahli gereja kecil hidup sampai umur 75 tahun, tetapi ahli tersingkir yang pemabuk mati di kemalangan jalan raya pada umur 35 tahun bersama anaknya yang 11 tahun, maka puratanya ialah 73 tahun.

Apakah takut akan Tuhan? Ia kasih yang menyegani dan menghormati Allah yang menyebabkan seseorang membaca dan mentaati Alkitab, firman Allah. Ia dasar bagi segala hikmah dan kebahagiaan (Ams 1:7; 9:10; Maz 112:1-3; 128:1-6; Pkh 12:13). Apakah kedurjanaan? Ia menjalani kehidupan berasaskan nafsu-nafsu sendiri menurut gagasan-gagasan dunia. Pilihan gaya hidup terpulang kepadamu. Tetapi ia pilihan Allah untuk menentukan bila kamu mati, dan Dia pilihanNya berasaskan amsal ini (Pkh 7:17)!

Bagaimanakah hayat hidup dipendekkan? Dosa memecutkan lagi penuaan: dunia memanggilnya “hard living”, iaitu, “menjalani hidup dengan keras”. Sirosis hati hasil kemabukan, dan penyakit hubungan seks hasil berkendak dan berzina ialah beberapa contoh “menjalani hidup dengan keras”. Dosa membawa kematian yang dikenakan oleh diri sendiri seperti membunuh diri dan kemalangan kerana kebebalan atau pemberontakan. Dosa perzinaan dapat memprovokasi pembunuhan oleh mana-mana satu orang pasangan suami-isteri. Dosa dapat membawa hukuman mati kepada pembunuh atau kepada para penjenayah lain yang ganas. Dosa juga boleh membawa penghakiman Allah yang luar biasa ke atas orang melalui apa pun cara pada bila-bila masa. Amsal ini benar. Percayalah!

Allah telah membunuh Er dan Onan kerana sebab-sebab yang berlainan, tetapi ia sungguh banyak menyingkatkan jangka hayat keluarga Yehuda. Eli hidup lebih lama daripada anak-anaknya dengan banyak tahun, tetapi ketiga-tiga anaknya mati kerana dosa. Mengapakah Nabal mati awal dan meninggalkan balunya untuk diberi kepada Daud pula? Kerana dia durjana! Absalom seorang pengkhianat dan pemberontak, maka tidak hairanlah dia dibunuh Yoab pada umur muda. Tetapi sebelum dibunuh, Absalom membunuh saudaranya Amnon kerana merogol adik perempuannya. Dan Salomo membunuh saudaranya, Adonia kerana usahanya untuk merebut takhta. Tidak hairanlah mengapa Allah memilih Salomo untuk menulis kata-kata ini. Salomo telah melihat jangka hayat sungguh dipendekkan di kalangan anak-anak Daud!

Jangan memikir bahawa hal-hal sedemikian hanya berlaku di Wasiat Lama. Allah langsung tidak berubah, dan Dia masih tidak berubah (Mal 3:6; Ibr 13:8). Dia masih Allah yang menakutkan dan api yang menghanguskan (Ibr 10:31; 12:29). Ananias dan Safira rebah mati di tengah-tengah gereja kerana berbohong tentang pemberian mereka. Gereja Korintus ada banyak ahli yang mati awal kerana menyalahgunakan Perjamuan Tuhan. Dan Herodes Agripa I mati kerana keangkuhannya sesudah memberi suatu ceramah. “Takut akan TUHAN memanjangkan hayat: tetapi tahun-tahun orang durjana akan dipendekkan.”

Adakah kamu terkejut bahawa jangka hayat penyanyi rap adalah di sekitar 27 tahun? Pertimbangkan gaya hidup mereka! Purata jangka hayat bagi penyanyi rock ialah 42 tahun di Amerika dan 35 di Eropah. Orang homoseksual mati 20-30 tahun lebih awal daripada apa yang dijangkakan. Adakah senarai orang berikut mencapai umur 73 tahun? Elvis? Hitler? Diana? Bonnie dan Clyde? JFK dan Marilyn? Al Capone? Babe Ruth? MLK, Jr., Janis Joplin? Jim Morrison? Jim hendrix? Jim Dean? Aleksander Agung? Errol Flynn? Napoleon? John Lennon? Kamu tahu jawapannya, dan kamu tahu sebabnya melalui amsal ini.

Bandingkan jangka hayat masyarakat umum dan statistik orang yang dipenjarakan kerana kedurjanaan mereka. Suruhanjaya Hukuman Amerika Syarikat mentakrifkan hukuman seumur hayat sebagai 39 tahun. Dengan menggabungkan tahun-tahun itu dengan purata umur 25 tahun ketika dijatuhkan hukuman, jangka hayat di penjara adalah di sekitar 64 tahun berbanding kepada 73 tahun bagi masyarakat umum. Bagi orang yang melakukan jenayah pada umur muda dan dijatuhkan hukuman awal-awal lagi, jangka hayat mereka jatuh kepada 55 tahun. Biar Allah benar!

Tahukah kamu akan kekecualian? Sudah tentulah kamu tahu! Salomo pun tahu (Pkh 7:15)! Dia tahu bahawa Allah yang tidak terhingga mengerjakan banyak perkara untuk banyak sebab dalam setiap insan, dan Dia tahu faktor-faktor lain ini langsung tidak membatalkan peraturan ini (Pkh 8:12-13). Jika kamu mahu khuatir tentang kekecualian dan cuba menghitung faktor-faktor ilahi lain dalam jangka hayat seseorang, maka silalah berbuat demikian. Tetapi janganlah terkejut jika Allah menghitung sikap mahu tahu itu sebagai perbuatan mencemuh. Menambahkan umur seseorang pendosa sebagai kemakmuran orang bebal atau mengambil nyawa orang benar pada umur muda untuk menyelamatkannya daripada kecelakaan yang menjelang langsung tidak mengubahkan hakikat yang pasti ini – takut akan Tuhan memanjangkan hayat.

Hai pembaca, apakah yang akan dilakukanmu berkenaan fakta-fakta kukuh tentang hakikat kematian? Menjadi satu lagi statistik yang tidak mencapai umur 73 tahun? Sang Pencipta, Allah di syurga, mengenal amsal ini, dan Dia telah mengesahkannya di dalam Wasiat Baru. Dia tahu kepada perintah mana yang Dia pertama-tama memasang janji untuk umur panjang – menghormati ibubapa (Efe 6:1-3). Pengetahuan ini harus menimbulkan rancangan bagi harimu ini – menelefon atau menyurat ibubapamu atau membawa mereka keluar makan. Atau kamu akan cuba mengalahkan maut dengan memakan vitamin, menderita makanan yang kurang lemak, dan berlari di atas alat senaman treadmill. Rendahkanlah dirimu! Takut akan Tuhan! Hormatilah ibubapamu! Peganglah perintah-perintah Allah!

Tetapi pada umur 73 tahun pun ialah kehidupan yang singkat! Sungguh singkat! Terlalu singkat! Alkitab menyamainya dengan rumput, wap air, panjang sejengkal, suatu kisah yang diceritakan, penjagaan pada waktu malam, perahu yang laju, burung helang yang mengejar mangsa, bayang-bayang, dan alat pemintal ulang-alik penenun. Ia lenyap sebelum kamu dapat menyentuhnya pun. Satu-satunya rawatan untuk maut ialah pemberian hidup yang kekal, dan ia hanya diperoleh melalui rahmat Allah Yang Berdaulat oleh kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus Kristus yang sempurna (Rom 6:23). Para percayawan yang benar dalam Yesus Kristus akan hidup untuk selama-lamanya (Yoh 11:25-27).