10:25
Seperti puting beliung yang berlalu, demikianlah orang durjana tiada lagi: tetapi orang benar ialah dasar yang abadi.
Apakah yang akan ditinggalkan kehidupanmu dan pengaruhmu? Jika kamu hidup dengan durjana, Allah akan menghapuskanmu daripada dunia ini dan menghantarmu ke seksaan kekal akhirat. Jika kamu hidup dengan benar, Allah akan memberkatimu dan anak-anakmu sekarang dan memberimu kemuliaan dan kekayaan kekal denganNya di syurga nanti. Pelajarannya mudah – jauhilah kejahatan (Ams 3:7; 13:19; 16:6; 16:17)!
Perumahan pada waktu Salomo ialah khemah atau rumah tanpa dasar dan hanya ada pada tanah sahaja. Suatu puting beliung atau tornado dapat membinasa dan mengalihkan seluruh khemah dengan mudah, sehingga ia tidak dapat ditemui pada hari kemudian; tetapi suatu kastil yang terbina teguh dengan dasarnya mendalam ke bawah tanah atau ke dalam batu dapat menahan tiupan angin kencang dan masih kekal teguh.
Ada banyak kota yang secara menyeluruh dari permukaan telah dimusnahkan oleh angin dan hujan, namun banyak negara ada bangunan dan dasar-dasar yang masih kekal teguh sesudah beratus-ratus atau beribu-ribu tahun didera cuaca. Apakah yang menjadikannya berbeza? Yang kedua itu ada dasar yang teguh. Kehidupan yang terbina pada dasar yang mendalam di dalam firman Allah akan dapat menempuhi hidup ini dan Hari Penghakiman.
Semua orang durjana akan dikoyakrabakkan dan tidak ditemui lagi, seperti suatu tornado yang bising dan yang ganas. Dengan perbezaan yang ketara, orang benar akan membina kehidupan yang kukuh lalu meninggalkan suatu warisan yang kekal selamanya, dan kemudian mereka meninggal untuk berdiam selamanya di syurga. Orang durjana telah datang dan menghilang untuk 6,000 tahun, dan kedatangan mereka dan peninggalan mereka tidak harus mengganggu orang benar. Lelaki dan perempuan salih harus sebaliknya membina keluarga yang teguh dengan keyakinan.
Kedurjanaan ialah jalan yang pasti untuk memendekkan hayatmu dan merosakkan harapanmu, tetapi kewajaran akan melanjutkan kehidupanmu dan memenuhi keinginanmu. Masalah akan dengan pasti datang dan membinasa orang durjana, tetapi orang benar dengan teguh dimantapkan atas dasar yang tidak tergoyahkan. Perbezaan ketara ini di antara orang durjana dan orang benar ialah salah satu tema Salomo yang utama (Ams 10:6,9,16,24-25,27-30; 11:3,5-8,18-21,31; 12:2-3,7,13-14,21,26,28; 13:6,9,14-15,21-22,25; 14:11,14,19,32; 15:6,8-9,24,26; 20:7; 21:12,15-16,18,21; 22:12; 28:10,18; 29:6).
Ketika kamu memilih gaya hidup yang durjana, kamu mencetuskan suatu siri penghakiman yang luar biasa daripada Allah terhadap dirimu dan kesan bergabung daripada kedua-dua hukuman manusia dan risiko yang tinggi. Keadaan yang demikian adalah tidak berharapan, dan hanya orang bebal yang mahu memandai untuk mencabar itu. Dengan memilih gaya yang hidup yang salih, kamu membawa berkat-berkat luar biasa Allah, keredaan manusia, dan manfaat keselamatan. Tiada perbandingan di antara dua jalan kehidupan ini. Apakah pilihanmu pada hari ini?
Sodom telah menolak hukum-hukum seksual Allah, tetapi api dari syurga membinasakan mereka semua. Firaun mendera umat Allah, Israel, tetapi Tuhan membinasakan negerinya dan melemaskannya di dalam Laut Merah [Tebrau]. Ahab menolak nabi-nabi Allah, maka sebatang anak panah yang rambang membunuhnya di dalam pertempuran, anjing-anjing memakan isterinya, para sahabatnya memenggal kepala 70 anak lelakinya, dan anak perempuannya membunuh cucu-cucu lelakinya. Yehuda memilih untuk mengkhianati Yesus Kristus, dan dengan dukacita yang besar dia menumpahkan isi perutnya terburai di sebuah padang.
Aleksander dinamakan agung dan memikir dirinya sendiri agung, tetapi dia dan keluarganya diputuskan dan tiada lagi. Apakah yang terjadi kepada cita-cita Cleopatra dan negeri yang dipimpinnya? Dapatkah kamu menemui sisa-sisa mayat Attila, Genghis Khan, Raja Tamerlane, atau Sultan Sulaiman? Di manakah kepala Reich ketiga yang dahulu masyur? Orang-orang ini dan kebanyakan bangsa-bangsa mereka telah lesap dari bumi atau kekal sebagai karikatur [gambar untuk berjenaka] bekas kemuliaan mereka.
Orang benar juga dicatatkan dalam firman Allah. Abraham merupakan dasar kekal bagi bangsa Allah (Yes 51:1-3). Finehas menjadi janji Allah untuk suatu keimaman yang abadi bagi keghairahannya (Bil 25:11-13). Yonadab bagi dedikasinya akan selalu ada seorang manusia yang mewakilinya di hadapan Allah (Yer 35:18-19). Allah membina Daud suatu warisan melalui Anaknya yang menduduki takhta syurga pada saat ini juga (2Sam 7:11; Kis 2:29-36).
Keredaan Allah tidak terhad kepada sesetengah wira iman ini. Jika kamu dengan rendah hati berjalan di hadapan Allah dan hidup dengan benar oleh tahap-tahap Alkitab, maka Raja segala raja akan dengan rasmi dan dengan terang-terang memujimu di hadapa seluruh alam semesta (Mat 6:3-4; 25:31-46; 1Tim 5:24-25; Ibr 6:10). Tambahan pula, adanya janji-janji untuk warisanmu melalui anak-anakmu (Ams 11:21; 13:22; 20:7; Maz 25:13; 37:26; 102:28; 112:1-2; Yer 32:39; Kis 2:39).
Jika hanya Allah dan orang berhikmah dipertimbangkan, maka Charles Darwin dan khayalan-khayalannya sudah meninggal dengan sepenuh-penuhnya, tetapi William Tyndale telah membekalkan suatu warisan dan dasar yang kekal dan pada masa ini juga berada di bawah mazbah Allah (Wah 6:9-11). Princess Diana telah lesap dari kewujudan dan telah meninggalkan suatu tugu peringatan akan perzinaan dan keaiban, sementara Raja James I telah meninggalkan kepada dunia suatu kitab yang dinamakan menurut namanya dan diberkati Allah mengatasi segala kitab yang lain.
Apakah yang akan kamu buat pada hari ini untuk membina suatu pengaruh dan kehidupan yang kekal dan yang tidak akan dibinasakan? Berpeganglah kuat kepada kebenaran, kewajaran, dan hikmah dalam perpustakaan ilahi yang dipanggil Alkitab dan bawalah kehidupanmu untuk mentaati syarat-syaratnya. Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah Yang Maha Besar (Yak 4:8-10; 1Pet 5:6) dan ikutilah Paulus untuk memperoleh sebuah mahkota pada Hari Penghakiman, ketika orang durjana dibinasakan dan orang benar mewarisi syurga baru dan bumi baru (2Tim 4:8; 2Pet 3:10-14).
Orang benar bersukacita ketika orang durjana dibinasakan (Ams 11:10; Maz 58:1-11). Walaupun orang durjana dibinasakan pertama-tama dengan kematian, mereka akan dibangkitkan semula untuk berdiri di hadapan Allah dan dibuang ke dalam neraka. Orang benar membina rumah-rumah mereka di atas dasar gunung batu hikmah ilahi yang telah dihidupi dan dikhutbahkan oleh Yesus Kristus, dan mereka akan menempuhi ribut dan badai kehidupan ini dan juga penghakiman terakhir (Mat 7:24-27). Dia yang melakukan kehendak Allah berdiam untuk selamanya (1Yoh 2:15-17).