10:5
Dia yang mengumpul pada musim panas ialah anak yang berhikmah: tetapi dia yang tidur pada musim menuai ialah anak yang menyebabkan malu.
Peluang ialah berkat – suatu pemberian daripada Allah. Bukan semua orang ada peluang yang sama untuk keuntungan atau manfaat. Setiap tahun tidak akan membekalkan kadar atau jenis peluang seperti tahun yang lain. Ketika orang berhikmah nampak suatu peluang, mereka dengan giat dan tekun mengambil kesempatan itu untuk keuntungan dan kehormatan. Orang bebal melepaskannya atau membazirkannya bagi kemiskinan dan malu mereka sendiri.
Jika Allah tidak membekalkan peluang-peluang untuk menggiatkan kekuatanmu atau kepandaianmu, ia akan dibazirkan. Tetapi ketika Allah oleh penentuan nasib membekalkan suatu situasi untuk mengumpul dan bertambah, yang kekurangan di dalam kekuatan atau kepandaian pun boleh menambahbaikkan keadaan mereka. Napoleon bersetuju dengan Solomo ketika dia berkata bahawa kemampuan kurang kesannya tanpa peluang.
Orang berhikmah nampak pintu peluang dan bergegas memasukinya dengan keghairahan yang hangat – mereka terjerat oleh potensi peluang yang luar biasa atau keuntungan. Orang bebal melepaskan pintu itu, atau menganggap ia akan selalu berada di sana, dan terus melangkah ke rumah dengan malas – mereka lebih suka bermain atau tidur. Peluang-peluang biasanya tidak kehilangan; orang lain akan mengambil peluang yang kamu lepaskan.
Alasan kebanyakan orang tidak dapat mengenalpasti suatu peluang ketika melihatnya adalah kerana ia biasanya nampak seperti Kerja Keras. Demikianlah anak lelaki amsal ini, yang tidak suka jerih lelah mengumpul pada musim tuaian dan sebaliknya suka tidur sementara orang lain bekerja. Dia melakukan ini meskipun tahu fakta bahawa berkebun adanya hari pulangan yang besar pada musim menuai.
Peluang tidak terjamin. Kehidupan ialah babak-babak perubahan kemakmuran dan kesukaran. Kitaran pertanian pada zaman Solomo ada banyak peluang pada waktu tuaian musim panas. Orang berhikmah dengan gembira mengumpulkan segalanya yang mereka dapat kumpul dengan mengerahkan lebih tenaga dan masa mereka. Orang bebal tidak suka tuntutan-tuntutan lebih dan tidak dapat melihat ganjaran, jadi, mereka meminimakan masa mereka di ladang yang panas.
Raja Solomo juga telah menulis, “Waktu untuk memperoleh, dan waktu untuk melepas; waktu untuk memegang, dan waktu untuk membuang” (Pkh 3:6). Hikmahnya di sini ada juga disebut dalam beberapa kata pepatah. Pernahkah kamu dengar, “Orang berhikmah tahu bila untuk memperoleh, dan orang bebal selalu kalah!”? Pernahkah kamu mendengar, “Jika kamu tidur, kamu undur!”? Pernahkah kamu dengar, “Membuat rumput kering sementara matahari bersinar”?
Ketika musim baik, kumpulkan seberapa banyak semungkin dan simpan separuh daripada itu untuk musim yang kekurangan yang menjelang. Allah mengutus kesusahan dan kemakmuran, tetapi amsal ini mengajarmu bagaimana untuk mengatasi kedua-duanya. Kitaran niaga, kemakmuran, kemurungan, dan kenaikkan pangkat ialah kerja Allah (Pkh 7:14). Kumpulkan banyak dengan tekun ketika ia mudah, dan kamu akan ada lebih sebagai sampingan ketika waktu menjadi sukar. Kmau tidak dapat bermegah tentang hari esok, jadi, kamu harus bersiap untuknya pada hari ini (Ams 22:3; 27:1; 23-24).
Di bahagian kitab Amsal ini, Solomo memberi anak lelakinya peraturan-peraturan untuk kejayaan (Ams 10:1), dan dia bermula dengan peraturan-peraturan kewangan. Dia mengajar kewajaran dalam hal perniagaan(Ams 10:2), penentuan nasib dalam perniagaan (Ams 10:3), dan ketekunan dalam perniagaan (Ams 10:4). Peraturan di sini ialah kehematan dalam perniagaan – untuk dengan tekun memakai peluang untuk mengumpul, sebab pengabaian peluang kerana malas akan membawa kemiskinan. Semut pun tahu bagaimana bekerja keras dan menabung pada musim panas (Ams 6:6-11; 30:25).
Amerika ialah negara yang penuh peluang untuk lama sudah. Orang berhikmah telah mengambil kesempatan atas berkat yang besar ini, tetapi orang bebal telah membazirkannya. Kebanyakan orang memasuki sempadan Amerika dengan tiada apa-apa, tetapi melalui kerja keras dan simpanan daripada sikap berjimat cermat, mereka telah membina pengumpulan harta milik yang cukup selesa. Orang lain, yang telah dilahir di negara tersebut, memikir bahawa mereka layak untuk keistimewaan atau memikir bahawa kemakmuran mudah sahaja, membazirkan banyak peluang sampai menjadi miskin dan memalukan diri sendiri.
Setiap orang, terutamanya di negara-negara yang diberkati, ada banyak peluang dalam pendidikan, perniagaan, dan pelaburan untuk memajukan diri. Dia harus melihat peluang yang ada, bersiapuntuknya, lalu mengambil kesempatan atas peluang itu. Alkitab menyatakan, “Waktu dan nasib terjadi kepada mereka semua”, tetapi sudahkah kamu memakai waktu dan nasib yang Allah telah beri (Pkh 9:11)? Kebanyakan peluang terjadi pada peringkat kehidupan yang lebih awal, kerana orang muda ada lebih dorongan dan kelenturan daripada orang lain; kesan-kesan kekukangan orang muda adalah lebih besar, jadi, amsal ini terutamanya dipakai untuk para pemuda.
Hai teruna, sedangkah kamu membuka pintu-pintu peluang pendidikan untuk mengumpulkan pengetahuan, belajar kemahiran yang bernilai, atau memperoleh suatu bidang kerja? Adakah kamu memakai pendapatan semasamu dengan kurang perbelanjaan untuk mengumpulkan modal untuk pelaburan masa depan? Adakah kamu menjalin perhubungan dengan jaringan perhubungan ayahmu dan jaringan yang lain untuk dirujuki masa depan? Hai teruna, adakah kamu bekerja dengan kuat benar di dalam suatu syarikat yang terkenal untuk menaikkan pangkat para pekerja di dalamnya? Adakah kamu tahu bahawa bermain atau tidur sekarang adalah lebih mahal daripada bermain atau tidur kemudian?
Kamu harus bersiap sedia untuk peluang-peluang yang akan datang. Salah satu rahsia untuk kejayaan dalam kehidupan ialah utnuk seseorang bersiap sedia bagi peluangnya ketika ia sampai. Anak lelaki di dalam amsal ini sudah patut mengosongkan kalendarnya, memudahkan kehidupannya, memperkasakan kekuatannya, mengumpulkan alat-alatnya, dan sudah tertumpudalam hati untuk usaha yang maksima. Beberapa aspek persiapan: Berfikir secara kewangan, selalu mengekalkan kecairan aset yang elok, pengadaran kredit yang cemerlang, suatu reputasi yang sempurna, dan surat pencapaian atau resume yang sudah dikemaskini.
Jika kamu membazirkan peluang, kamu mencubai Allah (Luk 4:12). Dia telah memberi kepadamu jalan untuk kejayaan, tetapi kamu telah mengabaikannya. Jika kamu ada bakat – apa pun jenis bakat, jangan menanamnya. Ketika datangnya masalah, Dia tidak akan mendengar, kerana kamu telah membazirkan pemberianNya (Ams 1:20-32; 20:4; Mat 25:14-30). Jika Dia membuka pintu – apa pun jenis peluang – bergegas melaluinya dengan keghairahan yang kudus. Daud telah berkata, “Melalui Allahku aku telah melompati tembok” (Maz 18:29). Banyak orang di dalam dunia ada kekurangan peluang, jadi pakailah peluang yang Allah beri kepadamu. Kepada sesiapa yang telah diberi banyak, banyak akan diwajibkan daripadanya.
Elisa telah memberi Yoas, raja Israel, suatu peluang untuk menentukan kejayaan-kejayaan Israel mengatasi Syria, tetapi raja yang lemah itu hanya memukul tanah tiga kali (2Raj 13:14-19). Elisa berdukacita akan itu kerana Yoas tidak mengambil kesempatan atas pemberian peluang ilahi untuk menghapuskan orang Syria. Berapa banyak kali dalam kehidupanmu sudah kamu bazir kerana hanya memukul tanah tiga kali? Akuilah itu. Minta dengan rendah hati untuk satu lagi peluang.
Ketika peluang pendapatan mekar, pakai habis peluang itu, dan menabung kebanyakan hasil itu. Ketika ada perubahan anggota syarikat di pejabatmu, carilah jawatan yang kekosongan, dan isikannya. Ketika seorang bintang yang sedang maju dapat menjadi gurumu atau pelatihmu, peganglah tepi kain jubahnya dengan kedua-dua tanganmu. Ketika orang berjaya ingin menawarkanmu sebahagian peluang yang dia ada, lakukanlah sedaya upaya kemampuanmu dan junam masuk. Ketika masa overtime yang jarang sedia ada, relakan dirimu bagi itu sebelum ditanya. Ketika kamu membaca firman Allah dan merasakan pengetahuan dan kenikmatan dalam jiwamu, baca lebih lama supaya mengambil kesempatan sepenuhnya atas rahmat yang istimewa itu.
Ada lebih daripada peluang kewangan, yang kamu juga harus ambil kesempatan dengan keghairahan yang tekun. Bagaimana dengan peluang hikmah dalam amsal ini dan ulasannya? Adakah kamu membacanya dengan keghairahan yang bernyala dan dengan keterujaan kudus? Adakah kamu bertekad untuk mengumpulkan apa yang paling berharga – hikmah? Adakah kamu merenungi setiap ayat? Adakah kamu meminta Allah untuk memakmurkan usaha-usahamu untuk menjadi lebih berhikmah? Atau akankah Dia merampas daripadamu pengetahuan sedikit yang kamu ada untuk diberi kepada orang yang memang berusaha demikian (Luk 8:18)?
Bagaimana dengan peluang keinsafan untuk menyenang Tuhan dengan lebih sempurna? Ketika musim-musim tuaian memasuki kehidupanmu oleh rahmat Roh Kudus, adakah kamu bergegas menerusi pintu terbuka itu untuk mendekat dengan lebih erat kepada Allah Yang Maha Hidup? Atau adakah kamu sebegitu mencintai dunia sehingga pintu-pintu terbuka ini nampak hanya sebagai almari kosong sementara bergegas ke dewan kesia-siaan hidup dan keterlampauan generasi ini yang cabul, yang babil, dan yang terkutuk?
Bagaimana dengan peluang untuk bersiap sedia berdiri di hadapan Raja segala raja dan Tuan segala tuan? Jika kamu memahami kenyataan peristiwa yang akan datang ini, kamu telah diberi berkat peluang. Kamu akan tidak lama lagi lesap daripada dunia yang keasyikan ini melalui kegelapan maut ke dalam cahaya hadiratNya yang mulia. Kamu patut, seperti hamba yang tidak adil itu, mengumpulkan bagi dirimu suatu dasar yang baik bagi masa yang akan datang itu (Luk 16:1-15; 1Tim 6:17-19).