Amsal · Proverbs

10:4
Dia yang berurus dengan tangan yang lamban menjadi miskin: tetapi tangan orang tekun menjadikan kaya.

Kemiskinan atau kekayaan, pilihannya untuk dirimu sendiri! Kamu akan membuat pilihan itu pada hari ini, esok, dan pada hari kemudian. Orang yang memakai dirinya dengan tekun kepada kerja profesionalnya dan tugas-tugasnya yang lain akan menjadi kaya, tetapi orang yang berat tulang, atau yang lamban, akan menjadi miskin. Pilihannya terpulang kepadamu!

Suatu godaan bagi lelaki, terutamanya lelaki muda, ialah kemalasan dalam kerja. Solomo kerap kali memberi amaran terhadap kesalahan ini, dan di sini dia memakai sinekdok untuk mewakili orang melalui tangannya. Dia memakai tangan (Ams 31:17), jiwa (Ams 13:4), atau seluruh manusia (Ams 22:29) pada waktu yang lain bagi pelajaran yang sama itu. Kejayaan mewajibkan tumpuan yang bertenaga dan usaha yang cekal hati. Pergilah bekerja sekarang!

Sementara tangan ialah kiasan bagi seluruh manusia, jangan dialihkan tumpuan olehnya, seperti sesetengah orang buat dengan bahasa metafora. Walau bagaimanapun, si lamban suka menyimpan tangan mereka di dalam kocek atau terlipat di dada mereka (Ams 19:24), yang sudah pasti membawa kebinasaan di dalam kehidupan mereka (Pkh 10:18). Dan ia hakikat bahawa majikan yang berhikmah mempertimbangkan jabat tangan seorang pemohon, sebab mereka takut akan jabat tangan yang tidak bermaya, lemah, dan keperempuanan, oleh seorang si lamban atau si penakut yang akan gagal.

Bekerja untuk gaji atau keuntungan ialah suatu keistimewaan dan berkat (Pkh 9:10). Orang salih menyerang tugas-tugas hariannya dengan kesungguhan dan tenaga. Jika dia tekun dengan cekal hati, dan dengan anggapan segalanya sama rata, dia akan dengan cepat dan dengan banyak melebihi kemajuan orang yang malas, lambat, dan mengelak kerja keras. Inilah hukum Allah dan alam semula jadi, dan itulah pelajaran yang mudah untuk mengajar anak. Kerja yang tekun membawa ganjaran kewangan, dan itu boleh membawa ganjaran emosi dalam tugasan yang disiapkan dengan baik.

Tangan yang lamban mewakili orang yang kurang tenaga atau ketekunan, cenderung untuk menjadi malas atau melahu, kurang perhatian, tidak mengambil berat, atau cuai berjaga-jaga dalam hal tugas-tugasnya. Si berat tangan ialah orang yang kurang lekas, yang mengelakkan kerja atau menghindari penggunaan tenaga. Orang jenis ini menangguhkan kerja sepanjang semungkin; dia membenci jerih lelah yang benar; dia membenci tugas yang memerlukan tumpuan dan usaha. Dia pemalas yang gagal.

Si berat tangan selalu ada alasan yang angkuh bagi kemalasannya; dia akan menolak hujahan-hujahan yang sihat daripada tujuh orang yang akan menegurnya (Ams 26:16). Dia ada penyakit yang jahat – kemalasan – dan dia tidak akan mendengar hikmah. Hai pembaca, remukkanlah fikiranmu dan percayalah kepada amsal ini! Solomo telah belajar lebih dalam satu hari daripada apa yang kamu dapat belajar dalam sepanjang hayat, dan dia telah menulis menurut ilham Allah Yang Maha Tahu. Kerja keras pasti menang! Pergilah bekerja!

Apakah alasan-alasan si berat tangan? Dia suka tidur (Ams 20:13) yang merosakkan lelaki dan perempuan dan membawa kemiskinan (Ams 6:6-11; 24:30-34). Dia suka melipat tangannya yang malas dan mengerekot di bawah selimut pada waktu pagi. Dia suka butang tangguh pada jam loceng. Dia suka bergolek ulang-alik di katil seperti pintu yang mengayun pada engselnya (Ams 26:14). Dia membenci waktu pagi. Dia terlalu bebal dan ketagihan tidur sehingga tidak dapat sedar bahawa tidur yang melampau itu akan menjadikannya lebih mengantuk (Ams 19:15).

Dia takut dan membenci kesusahan atau kesukaran (Ams 20:4). Dia tidak akan membajak kerana memakai alasan sejuk. Dia selalu mengharapkan hari yang “turun salji” supaya dapat bercuti daripada kerja. Daripada memakai kot dan terus bekerja sahaja, dia suka apa pun alasan untuk duduk di rumah atau mengelak kerja yang sukar. Allah Yang Berbahagia akan menaruh duri yang lebih di jalan-jalannya untuk mengajar dia atau mengoyak dia (Ams 15:19; 22:5).

Dia ditakuti cabaran (Ams 22:13; 26:13). Dia membayangkan seekor singa yang menghalang jalannya. Kata-kata kegemarannya ialah, “Aku tidak berdaya”, dan, “Itu tidak akan berhasil”. Perniagaan jangka masa panjang atau kerjaya yang berjangka panjang terlalu besar tanggungan bagi dia. Dia mahu sesuatu yang lebih mudah; dia mahu kejayaan yang akan terus jatuh di pangkuannya. Jadi, daripada menyahut cabaran itu, dia tidak berbuat apa-apa (Ams 26:14-15). Tetapi semenjak Adam memilih jerih lelah keras daripada menghiasi Taman itu, tiada jalan alternatif yang mudah.

Dia membenci kekuasaan dan membenci disuruh orang (Ams 19:10; 27:18; 30:22). Orang sosialis ini fikir bahawa suatu kampung yang semuanya penghulu atau yang semuanya anak buah adalah baik. Dia tidak mahu menjadi anak buah di bawah penghulu. Dia suka bekerja bagi dirinya sendiri. PemberontakanNya menahan dia daripada melihat hakikat bahawa semua penghulu merupakan anak buah yang bekerja keras dahulu (Ams 17:2; 22:29).

Dia tergoda oleh gagasan-gagasan yang sia-sia untuk jalan yang lebih mudah dan menarik untuk menjanakan wang (Ams 12:11; 28:19). Dia mengaitkan diri dengan orang yang tidak berpuas hati dan mendengar tentang skim-skim cepat kaya yang dapat mengatasi sistem kerja keras (Ams 14:23; 21:5). Dia selalu sibuk merancang bagi masa depannya untuk kejayaan. Dia percaya dia sudah memahami kehidupan lebih daripada Solomo dan tujuh orang yang sudah berjaya (Ams 26:16).

Orang yang tekun mengetawakan si berat tangan dan mengolok-olok lima alasannya itu, dengan awal-awal pergi ke kerja setiap hari, dan menyerang tugas-tugasnya dengan tenaga dan dengan cekal hati. Dia tahu bahawa jangka hayat adalah singkat; dia tahu bahawa Allah telah menciptakan dia untuk bekerja; dia menanti-nanti adanya peluang untuk tangannya yang tekun mengerjakan suatu projek; dan dia akan melakukannya dengan sekuat tenaganya (Pkh 9:10). Dia akan tidak lama lagi memerintah atas si berat tangan itu dari segi kekayaan dan kehormatan (Ams 12:24; 13:4; 22:29). Terjamin!

Tiada banyak yang berubah dalam 3000 tahun sejak Solomo menulis kata-kata ini. Dan tiada apa pun yang telah berubah dalam 2000 tahun ini, sejak Paulus menulis amaran-amarannya terhadap si berat tangan yang demikian (Rom 12:11; 1Tes 4:11-12; 2Tes 3:6-13). Jerih lelah yang tekun ialah hukum Allah dan hukum kejayaan. Ia harus diajar dengan setia dan dengan kuat, sebab alasan-alasan si berat tangan belum lagi lenyap. Ibubapa harus mendidik anak mereka untuk kerja keras dan untuk membenci dan menyingkirkan alasan-alasan si berat tangan itu.

Ada banyak alasan yang jiwa-jiwa orang malas pakai, seperti diskriminasi dari segi umur, kepercayaan, bangsa, atau jantina, seperti kekurangan pendidikan, kekurangan kepandaian, kekurangan kawan yang lebih berpengaruh dalam syarikat, dan sebagainya. Tetapi orang yang paling berhikmah di kalangan orang yang pernah hidup mengajar di sini dan di tempat lain bahawa kerja keras akan menyeimbangkan apa pun yang ditanggapi sebagai kekurangan (Ams 14:35; 17:2; 22:29).

Jika kamu mengutamakan dahulu takut dan kasih Allah dalam kehidupanmu dan kemudian bekerja dengan tekun bagi kerja yang patut kamu buat, kamu akan dihormati dan dipampasi. Terjamin! Yusuf makmur di Mesir, meskipun salah bangsa, berlatar bidang kerja yang dipandang hina, dan bermula sebagai hamba abdi yang terbelenggu. Daniel makmur untuk 70 tahun di pangkat tertinggi Kerajaan Babel meskipun dia berasal daripada bangsa yang dipandang hina, bangsa yang musuh, agama yang terbenci, dan bermula sebagai orang sida!

Orang Kristian harus menjadi pekerja yang paling tekun di mana-mana pun syarikat atau di dalam apa pun pekerjaan. Dunia akan melihat suatu teladan yang hidup bagi tenaga yang tertumpu, kecekalan yang padat, dan kesungguhan yang ceria untuk melakukan apa pun yang perlu untuk menyiapkan tugas-tugas yang tidak disukai orang. Orang Kristian tidak harus mempertimbangkan alasan-alasan si berat tangan, kerana ia bercanggah dengan doktrin yang sihat (Efe 6:5-8; Tit 2:9-10).

Tuhan Kristus Yang Berbahagia sungguh tekun dengan tidak terbandingkan (Mar 3:20-21; 6:31; Yoh 4:34; 9:4). Dan para rasul mengikuti teladannya yang hebat itu (1Kor 4:9-14; 2Tes 3:8). Lagi pula, saudara Paulus yang disayangi bermegah dalam rahmat Allah bahawa dia telah berjerih lelah lebih banyak daripada semua rasul yang lain (1Kor 15:10). Ada banyak tugas dan keistimewaan dalam hal melayani bagimu dalam Wasiat Baru. Dapatkah kamu, hai pembaca, bermegah tentang pemakaian tekun akan rahmat Allah dalam melakukan hal melayani itu?