10:6
Berkat-berkat ada di atas kepala orang benar: tetapi keganasan menutupi mulut orang durjana.
Apakah yang akan mendatangimu pada hari ini? Berkat di atas kepalamu? Atau keganasan untuk menutupi mulutmu? Sama ada berkat ataupun keganasan daripada Allah akan mendatangimu. Apakah perbezaannya? Kamu sama ada sedang menjalani kehidupan orang yang benar, ataupun kamu sedang menjalani kehidupan dunia yang berdosa.
Yakinkah kamu bahawa kamu dapat terlepas daripada kesan berdosa? Maka kamu serupa jiran-jiran Nuh! Kamu percaya Allah memikir seperti dirimu dan tidak mahu menghakimi dosa-dosamu? Dengarlah jawapan daripada pemazmur manis dari Israel, “Sekarang pertimbangkanlah ini, hai kalian yang melupakan Allah, supaya jangan aku habis mengoyak-ngoyakkan kalian dan tiada yang dapat menyelamatkan kalian” (Maz 50:22). Hai pembaca, percayalah dan bertindak sewajarnya kepada amsal ini!
Mengapakah kepala orang benar? Kerana kepala ialah tempat yang berkat-berkat rasmi ditaruh (Kej 48:17; Maz 133:2; Zak 6:11; Mat 26:7). Mengapakah mulut orang durjana? Kerana ia lubang dari mana kedurjanaan dimuntahkan dengan angkuh terhadap syurga dan meluahkan kata-kata yang berniat jahat terhadap orang benar (Maz 12:3; 31:18; 59:12; 63:11; 107:42; 140:9-11).
Berkat-berkat ialah keredaan yang murah hati dan yang baik budi daripada Allah dan manusia yang ditujukan kepada orang benar, yang menjalani kehidupan yang salih dalam takut akan Tuhan. Orang benar berusaha di dalam setiap bahagian kehidupan mereka untuk menjadi adil, baik, betul, dan wajar. Mereka membenci dosa dan tidak akan berkompromi dengan dunia. Mereka tidak boleh dibeli, ditekan, digoda, atau diseksa untuk berdosa.
Ada janji yang ajaib dalam amsal ini (dan juga disertai amarannya yang teruk). Jika kamu menjalani hidup yang baik dan yang benar seperti yang dijelaskan Alkitab, maka Allah akan membawa keredaan bagi perkara-perkaramu dan rancangan-rancanganmu dengan kemakmuran. Dari hal perkahwinan sampai kepada hal pelaburan dan dari hal kesihatan sampai kepada hal perhubungan, Allah dapat membuka pintu kejayaan yang melebihi apa pun yang dapat diberi orang berpengaruh atau mana-mana kuasa di alam semesta.
Keganasan ialah hal-hal buruk yang Allah dan manusia buat terhadap orang durjana yang tidak peduli akan Dia atau jalan-jalanNya (Maz 7:11-16). Kutuk-kutuk dan hukuman-hukuman ini melibatkan bencana ekonomi, masalah kesihatan, kegagalan kewangan, kehilangan mata pencarian, disfungsi keluarga, ketidakstabilan fikiran, dan apa pun lagi masalah yang Allah segala daging mencurah dengan adil ke atas para pendosa bebal.
Salasilah keluarga Kanaan dikutuk kerana dosa seksual Ham (Kej 9:24-27). Izebel telah dilempar keluar dari tingkap tingkat yang tinggi sebelum Yehu menginjak-injak tubuhnya di bawah kudanya (2Raj 9:30-37). Saul yang beriri hati terhadap Daud telah dipancung dan dipaku kepada dinding (1Sam 31:9-10). Yudas telah diserah kepada iblis supaya membunuh dirinya dengan teruk sekali (Kis 1:18). Ananias dan Sapira berbohong tentang pemberian mereka lalu disambar mati Roh Kudus (Kis 5:1-11). Herodes Agripa menjatuhkan hukuman mati kepada Yakobus lalu dia sendiri dimakan cacing (Kis 12:21-23). Orang Yahudi menyalibkan Yesus, dan orang Rom menyembelih mereka semua dan anak-anak mereka (Luk 19:42-44). Ahli-ahli evolusi yang angkuh dan yang tidak bersyukur diberi minda orang jahanam untuk mencabuli jantina mereka sendiri (Rom 1:18-28).
Hanya orang bebal hairan mengapa budak-budak gila membawa senapang ke sekolah dan dengan kejam menembak murid-murid yang lain, sementara adanya di jalan sekolah itu sebuah klinik pembunuhan bayi dalam kandungan, kerajaan Amerika yang membenarkan Hollywood menjual gambar pembunuhan dan gambar kacau-bilau untuk hiburan, dan zoo awam yang mengajar evolusi sementara melarang Sepuluh Hukum Allah. Ada kesan-kesan untuk dosa, dan para pembaca amsal ini sedang diingatinya. Orang bebal akan tidak mempedulikan amaran lalu akan melulu ke depan dalam ketamakan mereka untuk memuaskan nafsu-nafsu mereka, dengan tidak melihat bencana-bencana dan kepedihan yang sedang mendatangi mereka.
Hai pembaca, ia belum terlambat. Jika kamu sedang mempertimbangkan amsal ini, maka Allah Yang Berbahagia ada belas kasihan kepada jiwamu. Jangan mendiamkan suara hati nurani atau gesaan Roh Kudus. Rendahkanlah dirimu di hadapan Tuhan Yesus Kristus, yakni Yang Maha Benar Sendiri, dan rayulah untuk belas kasihan bagi kedurjanaanmu, dan berpaling supaya langkah-langkahmu mengikuti jalan-jalan kewajaran.