Amsal · Proverbs

11:29
Dia yang menyusahkan rumahnya sendiri akan mewarisi angin: dan orang bebal akan menjadi hamba kepada orang yang berhati hikmah.

Di sini ada dua cara kamu boleh menyebabkan masalah dan merugikan diri dengan sungguh banyak. Kamu boleh menyalahgunakan keistimewaan atau mengabaikan tugas-tugas di dalam keluargamu, dan kamu akan akhirnya ditinggalkan ketandusan. Kemakmuran berpotensi untuk melesap seperti angin melepasi jari-jari tangan. Itu dan pilihan-pilihan lain akan menjatuhkan dirimu: kamu akan akhirnya melayani orang yang berhemat dan yang berhikmah dalam pilihan-pilihan mereka.

Seorang ayah boleh menyusahkan rumah tangganya dengan pelbagai cara. Sikap tamak untuk keuntungan ialah cara yang cukup jelas (Ams 15:27). Mereka bekerja terlalu banyak jam, membazirkan wang dalam pelaburan yang bebal, kurang memberi perhatian peribadi kepada keluarga, kedekut dengan wang, mengkompromikan integriti, dan berminda badaniah, semuanya sia-sia dalam pengejaran kemakmuran. Kemalasan dan orang bebal juga menyakiti keluarga sendiri dengan keperluan dan kesempatan yang tidak digenapi melalui kekukangan dan kejahilan.

Ayah juga boleh menjadi terlalu suka memerintah, kasar, mengkritik, dan suka mendominasi, yang mungkin menawarkan hati isteri dan anak, atau memprovokasi mereka kepada murka (Efe 6:4; Kol 3:21). Sebaliknya, seorang ayah yang mengelak membuat keputusan atau mengelak menjadi seorang pemimpin menyusahkan rumah tangganya. Isteri dan anak berada di lautan tanpa seorang nakhoda kapal. Mereka kekurangan jaminan keselamatan dan hala tuju untuk kehidupan mereka.

Sementara ayah yang sedang disebut di sini, mana-mana orang pun tahu bahawa isteri dan ibu yang terlalu suka memerintah juga merupakan sesuatu celaka (Ams 12:4; 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15-16; 30:21-23). Mereka mendesak kanak-kanak kepada kemarahan, kepahitan, tawar hati, kegeraman, malah kepada kemarahan juga, meskipun mereka memutihkan perangai mereka yang jelek itu dengan berkata, “Aku hanya membantu”. Mereka merupakan penyibuk yang selalu menggali, meleter, dan menekan cadangan tentang aspek-aspek kehidupan yang tidak penting.

Apakah hukuman bagi orang-orang yang mementingkan diri ini – iaitu ayah yang bebal dan ibu yang bebal? Mereka kehilangan keluarga mereka. Anak-anak mereka tidak sabar menunggu berkahwin supaya dapat melepaskan diri daripada mereka. Sesetengah anak akan melarikan diri sebelum perkahwinan. Anak-anak yang demikian hanya kembali ke rumah kerana terpaksa. Mereka sungguh ingin melepaskan diri daripada kegemasan hidup bersama ibubapa yang mementingkan diri atau yang suka mengkritik. Mereka mahu ketenteraman dan damai, dengan kesayangan dan kebahagiaan, yang dikuasai kasih; mereka mahu melepaskan diri daripada ibubapa yang kejam.

Orang-orang bebal demikian rugi perlumbaan kehidupan. Naiklah krim, iaitu orang yang berhemat dan berhikmah; turunlah endapan, iaitu orang yang bebal dan yang gopoh. Orang yang pengalah ini akhirnya melayani orang yang berhati hikmah. Mereka beriri hati dengan orang yang berhati hikmah; mereka mengemis untuk mendapat kebajikan; mereka meminjam daripada orang yang berhati hikmah; mereka besar kemungkin bekerja untuk orang yang berhati hikmah. Orang berhikmah menang dalam pertandingan kehidupan, dan orang bebal akhirnya kalah kepada mereka. Dekapilah hikmah pada hari ini juga.

Menyusahkan keluarga sendiri ada kesan-kesannya. Ibubapa yang bebal, yang dengan mementingkan diri sendiri mengabaikan anak-anak mereka atau yang dengan jelek bercampur tangan dalam kehidupan mereka, akan menyahkan mereka. Maka mereka akan mati sunyi, meskipun anak-anak mereka sekali sekala melawat mereka kerana keberhutangan. Pilihan-pilihan bebal akan menyebabkan seseorang kerugian darjatnya; orang berhemat akan mengambil alih dan menguasainya. Penghakiman-penghakiman ini alamiah dan wajar.

Amsal ini juga berkenaan kepada kanak-kanak yang tidak menghormati ibubapa mereka. Mereka juga akan mewarisi angin – mereka akan rugi faedah yang mungkin dapat menjadi milik mereka. Itu melalui penghakiman alamiah dan penghakiman ilahi. Mereka akan akhirnya melayani adik beradik mereka atau orang lain yang berhati hikmah. Pelajaran yang berterusan dalam Kitab Amsal ialah manfaat kewajaran dan hikmah.