11:30
Buah orang benar ialah pokok kehidupan; dan dia yang memenangi jiwa berhikmah.
Apakah kehidupan yang hebat? Hidup yang berlangsung dengan baik? Kehidupan mulia yang bererti dan yang bernilai? Kehidupan yang hebat ialah orang yang mempunyai epitaf [penyataan ringkas memperingati orang yang meninggal dunia] ini: “Dia mengasihi Allah lebih daripada orang lain; dia pokok kehidupan kepada semua yang lain.”
Mengapakah kamu hidup? Apakah tujuanmu? Kamu ada dua matlamat – untuk mengasihi Allah dan membantu orang lain. Kenikmatan bukanlah matlamatmu, tetapi memenuhi tugas-tugas ini membawa kenikmatan yang paling besar.
Adakah kamu pokok kehidupan? Orang yang benar memberi kesan kepada kehidupan orang lain untuk kebaikan. Adakah kamu seorang pemenang jiwa? Orang berhikmah akan bekerja untuk menyelamatkan nyawa orang di sekelilingnya. Perintah yang kedua di dalam agama Kristian, sesudah mengasihi Allah, adalah untuk mengasihi orang lain. Hal yang paling mengasihi yang dapat kamu buat untuk orang lain adalah untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang salih dan yang berhikmah.
Orang yang hebat ialah pokok-pokok kehidupan – memenangi jiwa daripada dosa dan kebebalan kepada kewajaran dan kebenaran. Di dalam perhubungan-perhubunganmu, tiada panggilan yang lebih tinggi daripada membantu mereka dengan pembetulan dan arahan untuk menyenangkan Sang Pencipta mereka dan menikmati kehidupan yang kelimpahan kesalihan dan hikmah. Sukatan yang paling tinggi akan kasih ialah untuk menyempurnakan orang lain di hadapan Allah.
Ada dua klausa di dalam amsal ini. Adakah ia semata-mata mengulangi maksud, atau adakah salah satu sedikit lebih baik daripada yang lain? Orang benar oleh kehidupan mereka menghasilkan buah kesalihan, yang orang lain dapat meniru atau belajar dengan menanya soalan. Tetapi yang lebih baik ialah orang berhikmah yang dengan aktif menaruh usaha-usaha yang elok untuk mengenalpasti, menarik, dan memujuk orang lain kepada kesalihan.
Amsal ini tidak mengajar bahawa seseorang manusia dapat menyelamatkan seorang jiwa dengan mengalihkannya dari neraka kekal ke syurga. Hanya Tuhan Yesus Kristus dapat berbuat demikian. Transaksi ilahi yang menjadikan manusia diperkenan di hadapan Allah hanya oleh kehendakNya, tujuanNya, rahmatNya, dan ketaatan tunggal kepada Yesus Kristus Sendiri (Yoh 1:13; 5:21; Rom 5:12-19; 9:15-16,21-24; Efe 1:3-12; 2Tim 1:9; Ibr 1:3).
Allah telah memilih umatNya kepada hidup yang kekal dan akan memuliakan setiap satu di antara mereka di syurga tidak lama lagi (Rom 8:28-39; Tit 1:1-2). Dia telah mempertanggungjawabkan Yesus Kristus untuk hidup kehidupan yang sempurna bagi mereka dan untuk mati kematian gantian bagi mereka, dan Dia tidak akan kehilangan satu jiwa pun (Yoh 6:37-39; 10:26-29; 17:2). Tetapi ia keistimewaan injilmu untuk menunjukkan kebenaran ini kepada orang pilihan Allah (2Tim 2:10; 1:10).
Solomo tidak mempunyai apa pun gagasan yang sia-sia seperti pemenang jiwa moden sehingga dia dapat mengisi syurga dengan mendapatkan manusia untuk mengulangi suatu doa yang lapuk. Dia tidak meluangkan satu minit pun untuk menulis risalah-risalah kepada orang Filistin untuk menakutkan mereka untuk mengundang Yesus ke dalam hati mereka. Dia telah menulis amsal yang berilham ini untuk menggalakkan umat Allahmembantu satu sama lain maju dalam kesalihan, kebenaran, dan hikmah.
Amsal ini mengajar bahawa kamu dapat menyelamatkan jiwa daripada kesalahan dan kebebalan yang merugikan manusia persekutuan mereka dengan Allah dan membawa mereka kepada masalah dan kebinasaan dalam kehidupan ini. Hikmah membawa kepada kehidupan yang baik (Ams 3:18; 4:13; 8:35), dan orang benar membantu orang lain menemuinya. Kebebalan menyebabkan kepedihan dan maut, dan orang berhikmah akan membantu orang lain keluar daripadanya (Ams 8:36; 11:19; 13:14-15).
Yakobus menjelaskan hal memenangi jiwa, “Saudara sekalian, barang siapa antara kalian menyesat daripada kebenaran, dan ada yang memalingkannya kembali; Ketahuilah bahawa dia yang memalingkan pendosa itu daripada kesesatan jalannya akan menyelamatkan seorang jiwa daripada maut, dan menutupi banyak dosa” (Yak 5:19-20). Hal memenangi jiwa yang sebenarnya adalah di kalangan saudara seiman, dengan memalingkan mereka dari kesalahan kepada kebenaran. Itulah perpalingan. Hanya Allah dapat menjanasemulakan seseorang manusia dari maut ke hidup. Manusia memerlukan perpalingan banyak kali, sesudah Allah menjanasemulakan sekali.
Ibubapa dapat menyelamatkan anak-anak mereka daripada maut dan neraka dengan memakai tongkat dan teguran dengan berhikmah (Ams 22:6,15; 23:13-14; 29:15). Walaupun Solomo memakai kata-kata maut dan neraka, dia tidak bermaksud bahawa kamu dapat menyelamatkan anakmu daripada api neraka yang kekal dengan mendisiplinkan anakmu. Tetapi kamu dapat menyelamatkannya daripada kehidupan yang neraka di bumi dan daripada kematian yang muda dengan memakai teguran dan tongkat.
Solomo, sebagai seorang ayah yang mengasihi, meluangkan banyak amsal dengan harapan untuk menyelamatkan anak lelakinya daripada maut dan neraka dosa-dosa seksual (Ams 2:18-19; 5:5; 7:27; 9:18; 22:14; 23:27-28). Banyak kehidupan telah menderita kepedihan teruk perbuatan berkendak dan perzinaan, dan itulah maut dan neraka dari beberapa segi. Ayah yang baik menyelamatkan jiwa-jiwa anak lelaki (dan perempuan) daripada bahaya ini.
Ayah yang mengasihi ini juga memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan jelek, untuk menyelamatkannya daripada perkahwinan yang memedihkan (Ams 12:4; 14:1; 19:13-14; 21:9,19; 25:24; 27:15-16; 30:23). Ibu kepada Raja Lemuel dengan penuh kasih memberi anak lelakinya suatu penjelasan yang panjang akan perempuan yang berakhlak mulia untuk menyelamatkan nyawanya dengan isteri yang hebat (Ams 31:1-3,10-31). Banyak ibubapa mengelak tugas-tugas yang jelas ini (Ams 1:8; 6:20).
Fikir akan keluargamu. Hai kaum lelaki, kamu patut dengan aktif memimpin (Kej 18:19; Ula 6:6-9; Yos 24:15; 1Kor 14:34-35). Hai kaum ibu, kamu ada perananmu (2Tim 1:5; 3:15; Tit 2:3-5). Hai adik-beradik, jadilah seperti Andreas yang telah memberitahu saudaranya Petrus tentang Yesus (Yoh 1:40-42). Jadilah seperti Filipus, yang telah menemui dan memberitahu Natanael (Yoh 1:43-46). Bermulalah dengan keluargamu sendiri.
Pertimbangkanlah Akwila dan Priskila (Kis 18:24-28). Pasangan suami isteri ini merupakan pengusaha perusahaan barangan khemah. Ketika mereka mendengar Apolos berkhutbah, mereka mengambilnya dari rumah dan dengan lemah-lembut menunjukkannya di manakah kesalahannya. Walaupun orang yang fasih, kuat dalam nas-nas kitab, sungguh berpengetahuan, dan membara dalam roh, mereka memalingkan Apolos, dan dia pergi untuk memalingkan banyak orang lagi.
Jangan nak fikir untuk menjadi mubaligh ke luar negara kalau belum menjadi seorang mubaligh di rumah. Kamu tidak harus menanam sebuah gereja di negara yang lain kalau belum menanam benih-benih kebenaran dan hikmah dengan orang di sekelilingmu. Ada orang pada ketika ini juga yang patut dicarimu untuk diselamatkan daripada kepedihan atau masalah yang disebabkan oleh kesalahan, kebebalan atau dosa. Jangan cari padang rumput yang lebih menghijau. Mula di padang rumput sendiri, iaitu rumah.
Sudahkah kamu membantu orang yang telah diperdayakan agama lain? Sudahkah kamu membantu orang lain dibebaskan daripada ajaran sesat mengagungkan Hari Sabat, iaitu pegangan tahayul bahawa Hari Sabtu bagi Israel masih berkuatkuasa? Sudahkah kamu memperbetulkan perdayaan-perdayaan terkutuk seperti pengagungan Maria dan ajaran-ajaran sesat lain dari Gereja Roman Katolik? Sudahkah kamu melindungi keluarga dan kawan daripada Benny Hinn dan Joseph Smith?
Sudahkah kamu membantu orang lain mengadakan perkahwinan yang lebih baik oleh teladan, arahan, atau amaran? Bagaimanakah pula dengan kewangan yang lebih baik oleh tiga jalan yang sama? Berapa banyak orang yang telah kamu bantu dengan didikan anak, kemajuan kerjaya, berdamai dengan orang lain, menunduk kepada kerajaan dan mengelak penghasut gerombolan, mengubahkan tabiat ucapan, menghormati ibubapa, dan mengenal Alkitab?
Kamu harus memberi amaran kepada orang lain tentang dosa, yang merupakan kasih sejati (Ima 19:17). Bacalah itu. Inilah hal yang serius. Jika kamu ada peluang, berbicaralah tentang hal mengumpat, kepahitan hati, merungut, pembakaran mayat, kemabukan, iri hati, kecurigaan jahat, percakapan bebal, hal berkendak, kelahapan/kegelojohan, dendam, horoskop [menilik nasib], gurau senda, niat jahat, cara pembaptisan, raya orang pagan, keangkuhan, hal mencilap, mencemuh, hasutan, mengasihi diri sendiri, memfitnah, meliwat/sodomi, membawa mulut, penguasaan diri, larangan alkohol, sihir, dsb.
Hai pembaca, adakah kamu sebuah pokok kehidupan? Adakah orang lain bersyukur kerana kamu membantu mereka menyenangkan Allah? Adakah kamu memenangi jiwa? Berapa banyakkah jiwa yang telah kamu memaling kepada kebenaran? Adakah kamu dikenali dengan hikmah yang bergantung dari ranting-rantingmu? Adakah kamu sebuah rumah api bagi orang yang keperluan dalam ribut dan badai kehidupan? Adakah kamu membantu orang lain memperoleh hikmah dan manfaat-manfaatnya? Kamu harus menjawab soalan-soalan demikian.
Ketika kamu berada dengan orang lain, apakah yang dibicarakanmu? Adakah kamu dengan lemah-lembut membawa segala perbualan balik kepada tujuan-tujuan yang menguntungkan bagi kebaikan mereka dan kemuliaan Allah? Kamu patut sedar ketika berbual di telefon juga. Apakah isi emelmu? Apakah isi mesej telefonmu kepada orang lain – cuaca dan mata sukan? Apakah yang dapat kamu mesej? Apakah yang dapat kamu ciapkan? Jadilah dirimu keasyikan!
Sudahkah kamu siap untuk memenangi orang lain? Ada dua asas. Pertama, kamu harus menetapkan teladan yang salih dengan penundukkan penuh kepada Allah dan perbuatan baik (1Pet 3:15; Mat 5:16; Tit 2:1-10). Kedua, kamu harus belajar kebenaran Allah dan hikmah untuk mampu memberi kata-kata kebenaran yang pasti kepada orang yang menanya tentang kehidupanmu yang berjaya (1Pet 3:15; Ams 22:17-21). Akankah kamu memenangi orang lain?
Ia hanya memerlukan sedikit pengetahuan untuk percaya akan sesuatu. Ia memerlukan lebih pengetahuan untuk mampu mengajar sesuatu – untuk menjadi pemenang jiwa seperti amsal ini. Adakah kamu bersiap sedia? Ia memerlukan banyak pengetahuan untuk mempertahankan kebenaran terhadap orang bebal dan para pencemuh. Paulus harus menegur orang Kristian Ibrani kerana tidak bersiap sedia bagi tahap kedua pemenang jiwa pun (Ibr 5:12-14).
Semakin banyak yang kamu tahu melalui pembelajaran dan persiapan, semakin kurang kamu mungkin kehilangan kawalan diri dan kebudian dalam suatu perbualan (Ams 15:2,28; 13:16; 16:23; 29:11; 1Pet 3:15). Seorang yang salih adalah berbudi baik dari hati yang suci (Ams 22:11; Pkh 10:12; Kol 4:6). Kata-katanya ialah kesihatan dan kebudian (Ams 15:4; 12:18). Dia tidak pernah bergegas tetapi mendengar seseorang dahulu (Ams 18:13; 29:20).
Berapakah banyak yang telah kamu benar-benar membantu orang yang mengenalmu? Adakah mereka menyenangkan Allah dengan kehidupan mereka, dan kebanyakan itu hasil daripada usahamu terhadap mereka? Adakah mereka menikmati kehidupan kelimpahan dan kemakmuran seseorang yang berjalan dengan Allah? Adakah mereka berterima kasih akan kesan kekayaan yang kamu beri kepada kehidupan mereka dengan menunjukkan mereka kebenaran dalam firman dan perbuatan?
Berapakah orang yang telah kamu bantu di kalangan pertemuan-pertemuanmu? Sepuluh? Seratus? Berapakah banyak yang lebih lanjut memakai kehidupanmu sebagai dorongan untuk menjadi pokok kehidupan kepada orang yang lain pula? Banyak yang suka bisnes pemasaran berbilang aras bagi lilin dan kosmetik yang harganya melampau, tetapi di sinilah pemakaian konsepnya yang paling baik. Berapakah besar downline kamu bagi orang yang mengenal kebenaran dan hikmah Allah kerana dirimu?
Allah ada kesukaan besar terhadap orang yang memalingkan orang lain kepada kewajaran. Daniel memuji para pelayan di dalam Wasiat Baru, “Dan mereka yang berhikmah akan bersinar seperti kecerahan cakerawala; dan mereka yang memalingkan banyak kepada kewajaran seperti bintang-bintang untuk selama-lamanya” (Dan 12:3). Adakah ini matlamat utama bagi kehidupanmu? Bagaimanakah pencapaianmu akan itu?
Usahakanlah epitafmu, “Dia mengasihi Allah lebih daripada orang lain; dia pokok kehidupan kepada semua yang lain.”