Amsal · Proverbs

12:20
Pendayaan berada dalam hati mereka yang membayangkan kejahatan: tetapi bagi para penasihat damai sejahtera ialah sukacita.

Betapa klasiknya amsal ini! Jika kamu suka menyelesaikan maksud kata-kata pujangga, maka di sinilah kesempatanmu (Ams 1:6). Kunci untuk memahami pelajaran di sini ialah perbezaan yang ada di antara dua klausa amsal ini. Orang yang membayangkan kejahatan terhadap orang lain ialah pembohong dan akan dihukum kerana itu. Orang benar mengusahakan damai sejahtera dengan kata-kata dan nasihat mereka, dan Allah akan memberkati mereka dengan kehidupan yang bahagia.

Sementara konteks kerap kali kurang nilainya dalam kitab Amsal, iaitu banyak ayatnya berdikari, namun, adanya hala tuju bagi amsal ini. Salomo menyanjungi kebenaran dan mengutuk perbuatan berbohong dalam konteks ini (Ams 12:17-19,21-22). Oleh sebab itu, “pendayaan” dalam amsal ini bukanlah perdayaan kepada diri sendiri bagi orang yang membayangkan kejahatan, tetapi sebaliknya merupakan pendayaan yang dirancang dan dipakai orang jahat rancang terhadap orang lain. Orang dengan cita-cita yang jahat atau yang iri hati terhadap jiran-jiran mereka akan berbohong untuk mengambil kesempatan atas mereka.

Perbandingan yang berbeza yang ada di dalam banyak amsal sungguh membantu untuk mencari elipsisnya [pengguguran sebahagian kata dalam suatu ungkapan]. Orang yang membayangkan kejahatan terhadap orang lain menjadi perbandingan yang berbeza terhadap orang yang menasihatkan damai sejahtera. Sesetengah orang ada cita-cita yang jahat terhadap jiran-jiran mereka, tetapi orang lain hanya mengingini kebaikan dan kesejahteraan mereka. Sementara salah satu pihak memakai pendayaan untuk merosak, mencuri, atau meluka, pihak yang lain pula memakai kebenaran untuk menyembuh dan menguat. Ganjarannya kepada yang pertama ialah dukacita dan masalah, tetapi berkat kepada orang benar ialah sukacita.

Apakah pelajarannya? Bohong berasal daripada hati manusia, di mana ia bermula dengan fikiran jahat tentang orang lain. Jika kamu ada kebencian yang pahit atau iri hati yang dengki terhadap orang lain, itu akan merosakkan urusanmu dengan mereka. Daripada berurus dengan jujur dan dengan benar secara mementingkan mereka, kamu sebaliknya akan berbohong kepada mereka atau tentang mereka untuk mengusahakan rancanganmu yang durjana.

Rawatannya adalah untuk menjaga hatimu dengan segala ketekunan, sebab dari situlah terpancar isu-isu kehidupan (Ams 4:23). Yesus dan Yakobus telah memberi amaran yang cukup jelas bahawa segala dosa bermula di dalam hati (Mat 12:34-37; 15:18-20; Yak 1:13-16). Jika kamu menyimpan dengki atau kebencian dalam hatimu, maka ia menjadikanmu rentan kepada kekeliruan dan setiap kerja jahat si iblis (Yak 3:14-16).

Apakah pelajarannya lagi? Allah mengasihi dan memberkati para pendamai (Mat 5:9). Jika kata-katamu dan nasihatmu kepada orang lain ialah kebenaran dan damai sejahtera, maka Allah akan memberi keredaan kepada kehidupanmu (Ams 15:23; 1Pet 3:10-13). Apa yang bertentangan dengan kekeliruan yang keiblisan dan kejahatan kebencian dan dengki ialah damai sejahtera dan kewajaran hikmah yang syurgawi (Yak 3:17-18). Perbezaannya sungguh hebat. Berilah nasihat damai sejahtera pada hari ini juga!

Perbezaan-perbezaan di antara manusia adalah sungguh biasa. Bagaimana caranya kamu berurus dengan mereka? Akankah kamu mengampuni orang yang bersalah kepadamu (Ams 19:11; Mat 18:21-22)? Jika kamu telah mengilan atau menyinggung orang lain, akankah kamu dengan lekas mencari pendamaian (Mat 5:23-26)? Jika kamu mengenal masalah di antara dua pihak lain, akankah kamu memberi nasihat kepada mereka untuk berdamai sejahtera dan bersatu (Rom 14:17-19)? Berilah nasihat damai sejahtera pada hari ini juga!