12:7
Orang durjana terguling, lalu lenyap: tetapi rumah orang benar akan teguh berdiri.
Pemeliharaan dan kemakmuranmu – dan keluargamu – bergantung kepada kewajaran. Orang durjana hanya kekal untuk waktu yang singkat, sementara terperdaya oleh kenikmatan yang cetek dan yang sementara, sebelum mereka digulingkan dan dilupakan.Kemudian kamu tidak dapat menemui mereka, kerana mereka sudah lenyap.
Tetapi orang benar dan keluarganya akan bertahan, di dunia ini dan di akhirat, kerana Allah, manusia, dan hukum-hukum alam berpihak kepadanya. Pilihan itu kamu punya. Berapa lama dapatkah keluargamu bertahan? Apakah yang akan kamu buat supaya dijadikan pusaka yang bertahan pada hari ini? Carilah Tuhan sementara Dia dapat ditemui.
Kamu dan keluargamu berada dalam keadaan berisiko. Dosa akan membinasakan kedua-duanya. Melanggari hukum-hukum dan hikmah Allah membinasakan kehidupan dan harta milik kebanyakan orang. Dosa pertama-tama membawa amarah penghakiman Allah. Kamu bermasalah besar ketika Allah syurga yang dahsyat dan yang menakutkan menjadi musuhmu (Maz 34:16; Yes 63:10). Dia boleh melemaskan semua orang dalam banjir (yang tidak seorang pun dapat hidup). Dia boleh menjatuhkan para pemberontak hidup-hidup ke dalam lubang kubur (Bil 16:29-33). Dia boleh mengarahkan beruang bentina menyerang kanak-kanak (2Raj 2:23-24).
Dosa kemudian membawa penghakiman manusia, yang oleh hati nurani dan tugas ada hukum yang rasmi dan hukum yang tidak rasmi untuk menghukum orang durjana. Para penzina, pemabuk, pembohong, pembunuh, pencemuh, pemfitnah, si lamban, ahli sihir, pemboros, dan para pendosa yang lain dipandang hina dan dihukum dengan pelbagai cara. Jika para penguasa sivil tidak membinasakan mereka, maka ibubapa, bos, pasangan, atau jiran akan berbuat demikian. Mereka tidak lama kemudian diserahkan ke ambang kepapaan, mati kematian yang teruk, dan kenangan hidup mereka mereput (Ams 10:7).
Dosa juga ada kesan-kesan yang alamiah, yang membinasakan orang durjana. Memboros menyerahkan orang kaya kepada kemiskinan. Keangkuhan merugikan raja dalam pertempuran atau peperangan. Pelampiasan nafsu seksual membawa penyakit yang teruk. Kemabukan menyebabkan kemalangan dan membinasakan keluarga. Pembunuhan boleh membawa hukuman mati. Ucapan yang biadap, terlampau banyak tidur, atau mencuri tulang boleh menjadikan seseorang dipecat jawatannya.
Sebaliknya, Allah memberi orang benar damai sejahtera, perlindungan, dan kemakmuran. Dan manusia akan menghormati dan mengganjari orang benar, meskipun manusia mungkin buat itu dengan mementingkan diri sendiri untuk faedah-faedah yang dia dapat daripada orang benar. Dengan kehidupan sederhana tanpa maksiat orang durjana, orang benar secara am ada kesihatan yang lebih baik dan berhayat lebih panjang. Hukum alamiah pula yang menentang orang durjana berpihak kepada orang benar. Kekecualian ialah ketika Allah dengan kasih sayang membawa pulang orang benar ke rumah syurga lebih awal (Yes 57:1-2).
Bandingkan dan bezakan di antara Mordekai dan Haman di Empayar Parsi, antara Raja Saul dan Daud di Israel, antara Yohanes dan Yudas di kalangan para rasul, keturunan Jonathan Edwards dengan keturunan Joseph Kennedy. Di manakah Aleksander Agung, keluarganya, atau harta miliknya pada hari ini? Apakah yang terjadi kepada Rothschilds dan Vanderbilts? Apakah yang tertinggal dengan Howard Huges atau Marilyn Monroe?
Labur di dalam masa depanmu sekarang. Bertaubatlah bagi dosa-dosamu. Rayulah kepada Allah untuk pengampunan. Buat damai bagi segala kesalahanmu. Belajar kewajaran daripada Alkitab. Berdoa untuknya. Hidupinya. Tuntutilah Mazmur 112 sebagai janji peribadimu daripada Allah. Biar firman kudus Allah, iaitu Alkitab menjadi satu-satunya pedoman hidupmu yang selalu dipakai. Ada ganjaran bagi orang benar (Yes 58:1-11).