Amsal · Proverbs

12:8
Seseorang akan dipuji menurut hikmahnya: tetapi dia yang berhati babil akan dibenci.

Apa yang orang baik fikir tentangmu adalah penting. Ia sukatan yang lebih baik daripada apa yang difikirkanmu. Hikmah akan membawamu kehormatan. Kebebalan akan menyebabkan mereka memandangmu dengan hina . Ia suatu pilihan harian. Berapa banyak pujian yang orang baik beri kepadamu untuk hikmahmu? Setakat itulah yang kamu layak terima. Atau adakah mereka memandang hina kepadamu kerana pendekatanmu yang bebal terhadap kehidupan? Itulah apa yang kamu layak terima.

Pujian oleh orang baik adalah baik, dan ia harus dicari (Ams 3:3-4; 22:1; 27:2). Cara yang pasti untuk memenangi pujian mereka adalah melalui hikmah – daya penghakiman yang baik. Tetapi orang babil, yang berfikir, bercakap, dan bertindak dengan salah, akan dipandang hina. Pilihan terpulang kepadamu. Yang mana satu akan kamu jadi? Dipuji atau dipandang hina? Kamu boleh mengubahkan reputasimu.

Kamu tidak peduli apa yang orang lain fikir? Sampai tidak peduli pandangan orang baik pun? Maka kamu orang bebal! Firman Allah dengan tegas mengajar bahawa orang baik akan mengenalpastikan dan memuji orang berhikmah, dan mereka akan mengenalpastikan dan memandang hina orang dengan hati yang babil. Kamu tidak mungkin menyembunyikan keadaan berhikmah daripada orang baik, dan kamu tidak mungkin menyembunyikan keadaan babil juga (Ams 14:7; 27:15-16; Pkh 10:3).

Pendapat orang bebal tidak diambil kira, maka apa yang dunia fikir tidak bernilai. Padahal, jika dunia mengasihimu, maka ia bukti bahawa kamu keji di pandangan Allah (Luk 16:15). Kamu patut ingin budaya semasa membencimu. Orang baik satu-satunya orang yang ada hikmah untuk menanggapi hikmah, maka hanya pertimbangkan penilaian dan pujian yang mereka beri.

Pangkat dan reputasi seseorang bergantung kepada hikmahnya. Orang salih hanya akan beri sambutan dan perkenan kepada orang yang ada hikmah. Yesus bertambah dalam keredaan dengan Allah dan manusia, dan kita diberitahu bahawa itu disebabkan oleh pertumbuhannya dalam hikmah (Luk 2:52). Orang salih akan membezakan ini dalam orang lain, sebab mereka diarahkan untuk mengenalpastikan kedua-duanya (Maz 37:37; Rom 16:17; Flp 3:17).

Apakah hikmah? Ia daya penghakiman yang betul – kemampuan untuk tahu apa untuk dibuat dalam pelbagai keadaan. Ia orang yang melihat situasi dan bertindak secara salih yang diharapkan Allah dan yang ditakrifkan Alkitab. Dia ada pengetahuan dan pemahaman; dia bijaksana dan berhemat; dia berpandangan jauh dan berhati-hati; dia adil dan murah hati; dia menyanjungi belas kasihan dan kebenaran.

Apakah itu hati yang babil? Ia dorongan dalam manusia yang sama ada takut atau mengasihi Allah; dia tidak ada keinginan atau pertimbangan untuk kesalihan atau kekudusan. Fikiran yang angkuh dan yang mementingkan diri sendiri menyebabkannya untuk memilih tindakan yang bercanggahan, yang tidak munasabah, dan yang salah. Dia jahil akan hikmah; dia degil, bebal, terikut-ikut gerak hati, jelek, dan suka menyinggung. Dia memualkan orang baik.

Manusia sama ada memberi pujian atau membencimu. Kamu sama ada ditanggapi sebagai orang berhikmah atau orang bebal. Kurang ada keadaan tengah-tengah. Reputasimu sama ada hala hikmah atau hala kebabilan. Orang baik ada pendapat, dan mereka menyatakannya. Mereka akan menghormati, menyanjungi, dan mencari orang dengan ucapan dan perangai yang berhikmah. Mereka akan mengelak, mengabaikan, dan menolak orang bebal. Sebahagian penyelidikan diri sendiri adalah untuk dengan terkawal, serius, sungguh-sungguh dan jujur menimbang apa yang orang baik fikir tentangmu.

Jangan memperdayakan dirimu sendiri. Adakah orang baik mencarimu, memujimu, dan menyanjungimu? Atau adakah mereka mengelakmu, mengabaikanmu, dan menolakmu? Perbezaannya terang, walaupun ia mungkin memedihkan. Jangan harap keluargamu – mereka tidak boleh atau tidak akan memberitahumu kebenaran supaya dapat mengekalkan ketenteraman di rumah. Tambahan lagi, jangan harap fikiranmu sendiri, sebab hatimu yang suka memperdaya itu akan berbohong kepadamu terhadap kebenaran hakikat yang hodoh. Apakah yang orang baik benar-benar fikir tentangmu?

Adakah orang baik menikmatimu, atau bertahan denganmu? Mencarimu, atau mengelakmu? Ada jalan penyelesaian yang mudah. Jangan berputus asa kerana ada harapan. Tanggapilah suatu lagi aspek pelajaran di sini: hikmah dapat berfungsi! Tambahan kepada banyaknya manfaat hikmah, ia akan menaikkan pangkatmu dan reputasimu di kalangan orang baik. Jika kamu memerlukan hikmah, ia ditawarkan kepadamu dengan percuma di dalam kitab Amsal dan di dalam bahagian-bahagian lain Alkitab. Peluang ada di hadapanmu, jika kamu hanya mahu membaca dan belajar. Bergiat di dalamnya!

Kepandaian bukanlah isunya. Pendidikan tidak kira. Orang baik tidak kisah jika kamu berkawan dengan mereka, buat baik terhadap mereka, mengampu mereka, memberi hadiah, atau memiliki kemampuan yang istimewa. Apa yang kira kepada mereka ialah hikmah. Bagaimanakah kamu mendapatkannya? Ia bermula dengan takut akan ALLAH Jehovah, dan kemudian kamu menambahkan perintah-perintahNya dan kebencian kepada kejahatan (Ams 1:7; 8:13; 9:10; 16:6). Mudah sekali! Elakkanlah kebebalan sedikit pun, sebab itu boleh dengan lekas menyebabkan hikmahmu untuk berbau busuk (Pkh 10:1).

Nabal tidak sopan dan jahat; namanya pun bererti bebal: isterinya yang mulia memakai itu untuk menjelaskan perangainya yang babil, dan dia memanggil dia orang Belial (1Sam 25:25). Hamba-hambanya pun berkata ia tidak mungkin untuk bercakap kepadanya (1Sam 25:17). Dia dibenci oleh semua orang yang mengenalnya, dan walaupun Abigail menghentikan Daud daripada membunuhnya, Allah Sendiri melakukan itu.

Daud adalah jauh lebih baik daripada Nabal. Walaupun orang yang babil itu membencinya, seluruh bangsa menyanjungi nama Daud dengan tinggi, sebab dia memperlakukan dirinya lebih berhikmah daripada sesiapa pun yang lain di kerajaan Raja Saul (1Sam 18:30). Yonatan pun, yakni anak kepada Saul, sangat mengasihi Daud. Walaupun merupakan putera pewaris Israel, Yonatan membuat waad [perjanjian] dengan Daud untuk menjadi penolong orang kanannya!

Pertimbangkan Yesus Kristus, Anak Daud. Dia lebih baik daripada Daud seperti cahaya matahari melebihi bulan. Dia ada segala harta hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Ketika orang Yahudi mengutus para pegawai untuk menangkap Dia, mereka kembali tanpa Dia, dengan memberi penjelasan, “Belum pernah seorang manusia berkata seperti orang itu” (Yoh 7:45-46). Musuh-musuhNya pun memujiNya kerana hikmah.

Sekarang fahamlah ini! Suatu hari menjelang, ketika Tuhan Yesus Kristus akan menghakimi semua orang. Dia akan menyelidiki kehidupanmu, dan tiada apa pun yang akan disembunyikan. Dia akan memuji sesetengah orang dan membenci yang lain. Orang berhikmah yang telah mentaatiNya akan mendengar, “Syabas, hamba yang baik dan yang setia” (Mat 25:21). Orang dengan hati dan kehidupan yang bebal akan mendengar, “Aku tidak pernah mengenalmu: Nyahlah daripadaku, kalian yang mengerjakan kedurjanaan” (Mat 7:23). Syurga atau neraka akan memperlihatkan perbezaan itu!