Amsal · Proverbs

12:6
Kata-kata orang durjana adalah untuk mendekam menantikan darah: tetapi mulut orang jujur akan menyelamatkan mereka.

Orang durjana memakai perkataan untuk memfitnah dan menjerat mangsa-mangsa mereka. Mereka mahu membinasakan orang yang tidak berupaya mempertahankan diri, orang tertindas, atau orang benar. Mereka bersuhabat untuk mencuri aset-aset orang tersebut; mereka mengejar sampai orang tersebut mati (Ams 1:11-19). Tetapi orang jujur memakai mulut mereka untuk menyelamatkan orang yang tidak berupaya mempertahankan diri, orang tertindas, dan orang benar daripada masalah. Mereka hanya mahu berbicara kebenaran dan membantu.

Kamu tidak boleh percaya kepada perkataan orang durjana. Mereka berbicara untuk mengelirukan, untuk menggoda, untuk memfitnah, atau untuk memerangkap. Matlamat-matlamat mereka adalah untuk menyakiti, mencuri, atau membunuh. Sementara objek iri hati, ketamakan atau niat jahat mereka bukanlah darah mereka sendiri, maka objek harus difaham sebagai darah orang yang tidak berupaya mempertahankan diri, orang tertindas, atau orang benar. Itulah orang-orang yang dianiaya yang diselamatkan oleh orang jujur.

Orang baik selalu bercakap benar, dan ia keinginan mereka untuk membantu sesiapa pun dalam masalah. Ibu Raja Lemuel menggesakannya untuk memakai mulutnya untuk menyelamatkan orang miskin, orang keperluan, dan sesiapa pun yang dijatuhkan hukuman mati dengan tidak adil (Ams 31:8-9). Sebagai raja, dia mempunyai peluang keemasan untuk dengan benar menghakimi kes-kes orang yang sedang dikejar oleh para pembunuh yang memperdayakan.

Pertimbangkan kata ganti nama “mereka” dalam amsal ini. Apakah antesedennya yang jamak? Siapakah “mereka” yang diselamatkan oleh orang jujur? Ia tidak mungkin orang durjana, kerana itu akan mengelirukan. Ia bukan kata-kata orang durjana, kerana mereka tidak boleh diselamatkan. Ia tidak mungkin orang jujur, kerana itu meniadakan maksud keselarian amsal ini, dan “orang jujur” pun tunggal. Ia patut dianggap sebagai mangsa-mangsa orang durjana, yang dapat difahami oleh elipsis klausa yang pertama.

Haman yang durjana mengampu dan memperdayakan Raja Ahasyweros dari Empayar Parsi untuk menggubalkan undang-undang bagi penghapusan bangsa orang Yahudi. Kata-katanya dimaksudkan untuk mendekam menantikan darah, bukan sahaja bagi musuhnya Mordekai tetapi juga bagi seluruh bangsa Mordekai. Namun, mulut Permaisuri Ester itulah yang telah menyelamatkan kedua-dua Mordekai dan bangsaNya daripada perintah dekri itu.

Yesus Kristus pernah makan di rumah Simon, seorang Farisi yang telah memandang hina perempuan yang berdosa yang datang untuk merayu untuk belas kasihan (Luk 7:36-39). Tetapi Tuhan Yesus, iaitu orang yang paling jujur, memakai mulutNya untuk mengutuk Simon dan menyelamatkan perempuan itu (Luk 7:40-50). Dia melakukan apa yang serupa dalam hal perempuan penzina yang dibawa oleh orang Farisi kepadaNya (Yoh 8:1-11).

Allah memandang hina orang yang memakai perkataan untuk membawa celaka kepada orang lain (Ams 26:24-26). Mati dan hidup berada di dalam kuasa lidah, maka berhati-hatilah cara kamu memakainya (Ams 18:21). Lidah ialah suatu kejahatan yang tidak terkawal yang harus dijaga dan dikuasai (Yak 3:1-12). Tuhan menganggap nama panggilan yang tidak wajar disebut sebagai pelanggaran kepada hukum yang keenam, “Kamu tidak akan membunuh”, (Mat 5:21-26). Dia mengisar sampai jadi serbuk satu generasi orang Yahudi yang memakai perkataan untuk memerangkap AnakNya (Mat 21:44; Luk 20:20).

Elakkanlah orang yang marah dan yang memperdayakan (Ams 22:24-25; 23:6-8). Berjaga-jaga akan keangkuhan, hal mengumpat, perdayaan, pengampuan, tohmahan, cemuhan, hasutan, atau hal membawa mulut. Halaulah lidah-lidah yang durjana sedemikian (Ams 25:23). Selalu pakailah kata-katamu untuk membantu orang yang bermasalah, kerana Allah yang kudus dan yang benar akan mengganjari atau menghukummu dengan sewajarnya (Ams 24:11-12; 31:8-9; Efe 4:29). Mungkinkah adanya orang yang tidak berupaya mempertahankan diri, orang tertindas, atau orang benar yang dapat kamu selamatkan pada hari ini dengan mulutmu? Buatlah demikian.