Amsal · Proverbs

13:14
Hukum orang berhikmah ialah mata air kehidupan, untuk melepaskan diri daripada jerat-jerat maut.

Adakah kamu benci diberitahu apa untuk dibuat? Ketika seorang ibubapa, guru, atau pastor memberimu hukum, ia adalah bagi kebaikanmu sendiri. Bersyukur! Anggapnya sebagai mata air kehidupan! Hukum mereka adalah untuk memberkati kehidupanmu dan untuk menyelamatkanmu daripada masalah. Tiada seorang pun oleh sifat semula jadinya suka untuk diberitahu apa untuk dibuat, tetapi orang yang mulia dapat cam bahawa hukum yang berhikmah adalah untuk kebaikannya sendiri (Ams 6:23; 14:27; 15:24; Maz 141:5).

Ponce de Leon mencari mata air kemudaan untuk hidup lebih lama. Hukum daripada orang berhikmah ialah mata air kehidupan, supaya hidup lebih lama dan dengan lebih baik! Ia akan menyelamatkanmu daripada jerat maut, yang merupakan jerat kehidupan berdosa yang membawa kemurungan dan pembinasaan. Jika kamu berhikmah, kamu tidak akan mahu membenci pembetulan guru yang berhikmah (Ams 8:36; Kis 17:11; 1Tes 5:20).

Mengapakah ibubapa ada peraturan melarang bermain di tengah-tengah jalan? Kerana mereka mahu anak mereka hidup dan tidak dibunuh oleh kereta. Patutkah seorang anak membenci peraturan demikian? Tidak! Mengapakah ibubapa yang baik mengehadkan aktiviti dan jantina yang lain? Kerana mereka mahu anak-anak mereka untuk ada perkahwinan yang penuh kasih tanpa parut-parut gaya hidup berkendak [berzina]. Dalam setiap kes, hukum ibubapa ialah suatu berkat.

Jika kamu mulia dan berhemat, kamu akan menghargai hukum yang diberi oleh orang yang lebih berhikmah daripada dirimu. Jika kamu mendambakan kejayaan dalam kehidupanmu, kamu akan menerima dan mentaati peraturan yang diberi untuk memakmurkan dan melindungi dirimu. Kamu akan menanggap kepentingan untuk belajar daripada hikmah orang lain. Dan kamu akan mengingati bahawa hukum yang mereka kena kepadamu adalah untuk memberkati kehidupanmu dan untuk melindungimu daripada maut.

Mengapakah negara ada undang-undang lalu lintas? Mengapakah sekolah ada peraturan untuk senjata? Tentera pula ada protokol kekuasaan? Kilang ada peraturan keselamatan? Syarikat penerbangan ada jadual penyelenggaraan? Ubat ada dos yang terperinci? Perkakas elektrik ada amaran untuk pengguna? Kerana hukum dan peraturan diberi untuk melindungi orang daripada bahaya dan maut, dan itu diberi untuk menyediakan cukup pedoman untuk kejayaan yang besar.

Mengapakah kamu membenci peraturan? Kamu fikir kamu tahu lebih baik? Kamu mengenal guru bukan sempurna? Peraturan mengehadkan kebebasanmu? Pemberi hukum itu terlalu mendesak? Kamu fikir ia hanya suatu hal pendapat masing-masing? Dalam semua kes tersebut, kamu sedang bebal, sebab hukum diberi untuk membantu dan untuk melindungimu, bukan untuk menyenangkan atau untuk memperkayakan si pemberi hukum. Orang berhikmah suka arahan dan pembetulan. Hanya orang bebal dan para pencemuh membenci mereka. Jadilah dewasa pada hari ini untuk mula makmur dengan mentaati peraturan.

Hukum Allah adalah sempurna, lebih baik daripada mana-mana pun hukum yang ibubapa, guru, atau penguasa dapat beri (Maz 19:7-10; 119:96). Perintah-perintahnya tidak mendukakan – tidak dibentuk untuk menyebabkan kesakitan atau masalah (1Yoh 5:3). Ia pemberontakan bebal untuk fikir bahawa peraturan Alkitab adalah untuk menyakiti dirimu. Israel dengan hukum Allah merupakan iri hati dunia bagi hikmahnya dan kejayaannya (Ula 4:1-8; 6:24-25; 10:12-13; Yos 1:6-9), dan demikian juga Amerika ketika ia mengikuti hukum Allah (Maz 33:12; 144:11-15).

Alkitab adalah seperti cermin yang mendedahkan noda dan cela yang menghalangmu daripada menyenangkan Allah dan manusia sepenuh-penuhnya (Yak 1:23-24). Jika kamu ingin makmur dalam kehidupan, maka kamu akan bukan sahaja mendengar atau membaca firman Allah, tetapi juga memakainya dalam amalan-amalanmu, seperti lelaki dan perempuan memperbaiki wajah mereka sebelum masuk untuk temuramah (Yak 1:21-22,25). Kamu dapat diberkati mulai hari ini kalau minum daripada mata air kehidupan, hukum orang berhikmah, untuk melepaskan diri daripada kebebalan dan maut.

Bagaimanakah kamu dapat belajar lebih banyak hukum orang berhikmah? Percayalah ibubapamu, yang telah menghidupi kehidupanmu sebelum dirimu. Cari banyak penasihat berwibawa untuk keputusan-keputusan yang besar. Dambakanlah khutbah pastormu, sementara dia memberi hukum-hukum Allah. Dan bacalah Alkitab untuk mengenal peraturan-peraturan hikmah untuk memberkati kehidupanmu dan melindungimu daripada maut. Firman Allah ialah pelita dan cahaya bagi kehidupanmu (Maz 119:105), dan ia berupaya untuk membersihkan kehidupan orang muda untuk kejayaan (Maz 119:9).