13:15
Pemahaman yang baik memberi keredaan: tetapi jalan para pelanggar adalah sukar.
Kehidupan yang diberkati atau yang sukar – pilihannya terpulang kepadamu. Suatu pemahaman yang baik, atau atau kehidupan menuruti peraturan hikmah, akan membawa berkat-berkat yang alamiah dan yang luar biasa. Terjamin! Tetapi jika kamu memilih untuk berbuat sewenang-wenang dan menolak peraturan hikmah, maka kehidupanmu akan menjadi sukar. Terjamin! Kamu tidak boleh menipu sama ada Allah atau hikmah. Kamu akan pasti menuai apa yang kamu tabur.
Dengan hanya sebelas perkataan, kamu ada suatu tawaran dan janji yang sungguh berharga. Hai pembaca, apakah yang akan kamu buat dengan kata-kata ini? Ia lebih bernilai daripada apa pun nasihat yang pernah diterimamu, atau apa pun nasihat yang akan diterimamu. Kamu akan meninggalkan amsal ini dan membuat suatu pilihan – sama ada untuk hidup dengan hikmah atau untuk melanggari peraturan-peraturannya. Dan kamu akan menghadapi kesan-kesannya. Terjamin!
Dunia pun tahu bahawa kehidupan yang berdosa, atau kehidupan sukar, mempercepatkan seseorang ke kubur. Penyanyi dan bintang rok ada jangka hayat yang teruk benar. Semaklah Kelab 27 rok – 27 bintang rok yang telah mati pada umur 27. Dan purata umur mati bagi para penyanyi rap adalah serupa. Populasi sejagat biasanya hidup sampai umur 79! Para penyanyi rok dan rap terkenal dengan gaya hidup mereka yang tidak salih, dan kadar kematian mereka mengesahkan amsal Salomo yang ditulis 3000 tahun dahulu.
Dunia pun tahu, walaupun ia tidak tahu banyak, bahawa kehidupan yang sederhana menambahkan jangka hayat. Pengalaman dan sains sudah mengajar mereka itu, tetapi Salomo menulisnya 3000 tahun dahulu, kerana hikmah yang salih melibatkan kehidupan sederhana menurut takrif (Ams 20:1; 23:20-21; Flp 4:5; Rom 13:13-14; Efe 4:26; 1Pet 4:1-5). Gaya hidup Kristian mengutuk seks di luar perkahwinan, kemabukan, kelahapan, kepahitan hati, kemarahan, ketidakpuasan, keganasan, dan sebagainya.
Tetapi ada lagi! Kehidupan yang berdosa menyalahgunakan tubuh dan perhubungan, sehingga mengurangkan kenikmatan dalam kehidupan. Kehidupan sederhana melindungi tubuh dan perhubungan. Ada juga hukum yang menentang gaya hidup yang melampau yang menentang para pelanggar dengan lebih lanjut. Tetapi yang paling besar, Allah memberi keredaan kepada orang yang salih. Maka ada suatu faedah yang berkuasa juga. Dan Dia menghakimi dan menghukum para pendosa, yang juga menambahkan lagi jurang perbezaan yang besar dari segi kesan-kesan di antara orang baik dan orang jahat.
Pemahaman baik bermula dengan takut akan Tuhan (Ams 9:10). Ia kemudian gementar di hadapan firman Allah yang tertulis, sebab di dalamnya ialah cahaya ilahi dan peraturan salih hikmah sejati (Maz 119:128; Yes 8:20). Arahan yang praktikal untuk kehidupan ditemui di sini dalam amsal-amsal Salomo. Orang yang dengan rendah hati mentaati amsal-amsal ini akan memperoleh keredaan daripada Allah dan manusia.
Tetapi para pelanggar menolak arahan. Mereka mungkin mendengar sekali sekala, tetapi mereka tidak akan taat. Mereka berniat untuk berbuat menurut cara sendiri. Mereka tidak akan menunduk kepada kekuasaan Allah atau manusia. Mereka percaya mereka melebihi hukum Allah dan manusia. Mereka benci diberitahu apa untuk dibuat, dan mereka dengan bongkak membenci orang yang cuba membantu mereka. Mereka para pendosa yang bebal.
Buatlah perbandingan di antara Abraham dengan Lot. Yang satu takut akan Allah dan ada pemahaman yang baik. Walaupun memperoleh tanah yang kurang baik setelah berpisah daripada anak buahnya, dia menjadi kaya, secara rohani dan secara kewangan (Kej 15:1; 24:35). Tetapi Lot, sementara memilih tanah yang lebih baik, mendirikan khemahnya menghala ke Sodom; dan dia membinasakan kehidupannya dalam hampir segala cara yang mungkin (Kej 19:15-18; 2Pet 2:7-8).
Yusuf menolak godaan seorang perempuan dan akhirnya menduduki takhta Mesir. Dia ada pemahaman yang baik, dan TUHAN dan manusia memberi keredaan kepadanya. Simson dan Daud tidak menolak perempuan yang asing, dan mereka menderita kesan-kesan sukar daripada TUHAN dan manusia. Amsal ini benar! Taatilah peraturan-peraturan hikmah, dan kamu akan diberkati; kalau tidak mengendahkannya, kamu akan dihukum.
Manasye, seorang raja yang sungguh durjana, merendahkan dirinya, maka Allah memulihkannya dari penjara ke takhtanya semula (2Taw 33:11-13). Dia belajar pemahaman yang baik pada waktu lanjut umurnya. Nebukadnezar, meskipun berhikmah secara duniawi dan kaya, melanggari amaran sihat Daniel lalu meluangkan tujuh tahun hayatnya seperti lembu jantan di padang rumput (Dan 4:27-37). Dia telah belajar pemahaman yang baik dengan cara yang sukar. Hai pembaca, bagaimanakah kamu ingin belajar pemahaman yang baik, dan bilakah kamu mahu pelajarinya? Tiada waktu yang lebih baik daripada hari ini juga untuk berhenti melanggar hukum-hukum Allah dan sebaliknya mengikuti hikmah.