Amsal · Proverbs

14:35
Keredaan raja adalah terhadap hamba yang berhikmah: tetapi murkanya adalah terhadap orang yang menyebabkan keaiban.

Diskriminasi adalah jarang, jika seseorang berhikmah. Amsal ini ialah peraturan am yang menyanjungi hikmah dan mengutuk kebebalan. Walaupun perbezaan di antara seorang raja dan seorang hamba sungguh besar, perangai yang berhikmah akan memperoleh keredaan raja dan perangai yang bebal akan membawa murkanya. Ia bukan kekurangan kegemaran kepada hamba yang menyebabkan raja murka; ia biasanya kebebalan yang mengaib oleh seorang hamba. Para raja gembira memberi keredaan dan mengangkat pangkat seorang hamba, jika dia berhikmah dan berguna.

Kamu hidup di zaman kegemilangan sikap tidak bertanggungjawab. Hanya sedikit orang yang akan mahu menanggung perhitungan kesalahan kebebalan mereka. Mereka menolak tanggungan kegagalan mereka sendiri; mereka mahu menjadikan orang lain bertanggungjawab bagi diri mereka. Mereka selalu ada alasan, yang tidak bererti kepada orang lain, kerana ia tidak berasaskan fakta. Mereka mengharap untuk upah terlalu tinggi bagi usaha yang terlalu kecil. Mereka menuduh dan mengutuk orang lain, jika tidak diganjari dengan mahal dan dengan cepat.

Perempuan memakai jantinanya sebagai alasan, orang negro pula warna kulit, orang tua pula umur, dan orang muda pula kemudaan mereka. Orang pendatang, orang cacat, orang asli, dan banyak lagi ingin memakai faktor-faktor yang tidak terkawal bagi status kehidupan mereka. Maka adanya banyak aduan tentang diskriminasi jantina, bangsa, umur, dan agama di antara banyak lagi alasan. Tetapi isu yang sebenarnya banyak kali ialah ketidakcekapan, kebebalan, atau kekukangan daripada pihak yang sedang mengadu dengan lantang.

Amsal ini mengandungi satu peraturan. Perangai yang berhikmah akan membawa kenaikan pangkat, tidak kira betapa besarnya perbezaan di antara orang yang sedang menaikkan pangkat dan orang yang sedang dinaikkan pangkat. Adanya kurang diskriminasi akan jantina, bangsa, dan umur dan jauh lebih diskriminasi akhlak dan perangai – hakikat yang kurang diakui orang. Dan diskriminasi akhlak dan perangai adalah baik.

Jika seseorang berbudi baik dengan hati yang suci, raja mahu menjadi sahabatnya (Ams 22:11). Tuan-tuan mengganjari orang yang menggenapi tugas-tugas mereka; mereka menghukum orang yang kekukangan (Mat 24:45-51). Secara am, orang tidak dengan sewenang-wenangnya menghukum orang yang setia dan sebaliknya mengganjari sampah masyarakat. Seorang hamba yang berhikmah dapat dinaikkan pangkat mengatasi seorang anak lelaki yang membawa malu dan mendapat bahagian dalam pewarisan harta pusaka (Ams 17:2). Diskriminasi yang terbalik!

Akhlak dan perangai ialah kunci kepada kenaikan pangkat atau hukuman, dan kamu hari demi hari memilih salah satu itu bagi dirimu sendiri (Ams 9:12; Gal 6:3-5). Jangan menuduh diskriminasi atau nasib. Pencapaian lebih kesannya daripada kesukaan, akhlak lebih kesannya daripada nasib, dan perangai lebih kesannya daripada keadaan-keadaan. Situasimu dalam kehidupan ialah kebanyakan apa yang telah kamu buat dalam kehidupanmu.

Jangan memperdayakan dirimu sendiri, walaupun ini masalah yang biasa. Inilah kebenaran amsal yang sedang dikaji: kekurangan akhlak ialah alasan sebenar di sebalik kehidupanmu dan perhubunganmu yang mudarat. Jika kamu menyakinkan dirimu bahawa kamu mudarat kerana orang lain dan kerana diskriminasi, maka kamu akan kehilangan cita-cita, berpahit hati, mengkritik orang lain, dan lebih lanjut mengurangkan apa-apa berkat atau keredaan daripada Allah atau manusia. Perbezaan di antara orang yang ada kejayaan dan orang yang gagal ialah kadar mereka berhikmah atau bebal. Lakukanlah perubahan dalam kehidupanmu pada hari ini juga – jadilah mulia dan berhikmah.

Jangan biar apa pun memesongmu dari tujuanmu dengan Allah atau manusia. Setiap orang akan memberi perhitungannya tidak lama lagi. Jangan rasa ditakuti oleh Tuhan yang kamu layan lalu menanam talentamu ke dalam tanah, sebab Dia orang yang keras dan harap untuk mendapat pulangan pelaburannya, meskipun ia hanya satu talenta. Dia mengganjari dan menghukum dengan keadilan yang sempurna.