Amsal · Proverbs

15:1
Jawapan yang lembut memalingkan murka: tetapi perkataan sengit membangkitkan kemarahan.

Allah suka para pendamai, dan Dia memberkati mereka dengan sungguh besar (Mat 5:9; Yak 3:17-18; 2Kor 13:11). Kamu dapat menjadi seorang pendamai. Kamu dapat menghentikan pertengkaran, dendam, dan kemarahan. Amsal yang pendek ini ialah salah satu daripada amsal Solomo yang paling baik. Kamu dapat memakai hikmahnya setiap hari untuk berkat Allah.

Hikmahnya mudah. Jika adanya orang yang marah, pakai ucapan yang lembut untuk meredakannya. Jangan pakai kata-kata yang mempertahankan diri atau yang kasar, sebab itu akan menambahkan kemarahan. Kamu dapat mengakhiri persengketaan dan pertengkaran dengan kata-kata yang menenangkan. Tolaklah jawapan bebal dan jawapan durjana yang melawan api dengan api.

Dapatkah sesiapa pun berlawan dengan bantal? Tidak mungkin! Bantal akan menerima apa pun tumbukan yang diberi kepadanya tanpa menumbuk balik. Tiada lawan dengannya; semua tumbukan diterima, dan bantal itu tidak disakiti; kemarahan terus berputus asa, dan perlawanan itu berakhir. Dapatkah kamu menjadi bantal kepada kemarahan orang lain?

Di sinilah salah satu daripada amsal Solomo yang paling bernilai. Jika kamu ingat peraturan ini, kamu dapat mengendalikan setiap seteru yang marah dan apa pun konfrontasi. Jika setiap orang mengamalkan peraturan ini, damai sejahtera akan bertambai di setiap kawasan. Betapa bahagia peraturan ini, daripada Raja Damai!

Suatu pepatah yang biasa daripada sekolah untuk menjelaskan perlawanan mengisytiharkan, “Harus ada dua orang untuk berlawan”. Betapa benar! Jika salah satu pihak berhenti dan tunjukkan kemurahan, setiap perlawanan akan dihentikan. Guru-guru sekolah dan guru besar tahu peraturan ini dan memakainya untuk mencari dua-dua orang dalam perlawanan.

Kamu boleh ada pengaruh yang besar bagi damai sejahtera dengan mengakhiri perbalahan di tempat keberadaanmu di dunia ini. Mulai daripada perkahwinanmu dan keluargamu dan berusaha sampai ke perniagaanmu, gerejamu, dan jiranmu, kamu harus dikenali oleh Allah dan manusia sebagai pendamai yang hebat.

Tetapi kata-kata yang memprovokasi dan yang menyinggung, yakni kata-kata yang secara naluri timbul dalam fikiran ketika dihadapi kemarahan atau ketika mempertahankan diri kerana angkuh, menyebabkan perbalahan untuk berterusan dan bertambah. Kadang kala ia dipanggil sebagai, “kata-kata melawan”. Suatu perbalahan akan bertambah teruk dan menyebabkan binasa yang lebih besar, kecuali kamu dengan lekas mengakhiri kemarahan dan perbalahan itu (Ams 17:14; 26:21).

Jika ada orang yang marah kepadamu, meskipun itu kesalahanmu, kamu dapat mengakhiri hal itu dengan damai dengan memberi jawapan yang lemah-lembut dan yang murah hati, daripada berjawab dengan kemarahanmu sendiri yang mahu mempertahankan diri (Ams 12:16; 15:18; 29:22). Akankah kamu meremukkan keangkuhanmu dan mengakhiri perbalahan itu (Ams 13:10; 21:24; 28:25)? Peraturan ini berkesan dengan ahli keluarga, keadaan di tempat kerja, kerajaan, atau sesiapa pun. Pakailah itu.

Keangkuhanmu ialah sebab kamu berbahas dengan hikmah ini dengan berkata kamu harus mempertahankan diri sendiri. Jawapan yang berlawan hanya diperlukan dalam keadaan provokasi teruk seperti situasi yang mempertaruhkan nyawa atau perangai jenayah yang dapat merugikanmu dengan dahsyat. Sebaliknya, perselisihan biasa dalam kehidupan dan pelanggaran oleh orang lain dilangkaui dan tidak dipedulikan oleh orang yang mulia (Ams 19:11).

Sukatlah dirimu dengan peraturan disiplin diri dan sikap pendamai ini. Adakah kamu berasa jelek oleh provokasi orang lain? Haruskah kamu menempelak kepada apa-apa pun yang dikatakan tentang dirimu? Haruskah kamu memasukkan perkataan yang terakhir dalam perbalahan? Adakah kamu condong kepada pembenaran diri sendiri daripada perendahan diri sendiri? Adakah kamu memberi alasan kepada kecenderunganmu berbalah dengan memakai prinsip, meskipun ia jelas-jelas keangkuhan?

Solomo mengajar manusia untuk takut akan raja atau penguasa sivil yang lain, sebab raja pada zaman itu ada kekuasaan yang besar (Ams 19:12; 20:2; Pkh 8:2-5). Tetapi dia juga mengajar bahawa menunduk dapat meredakan murka mereka yang ganas (Ams 16:14; Pkh 10:4). Kata-kata yang lembut ialah senjata yang paling berkuasa terhadap penguasa yang tersinggung, atau sesiapa pun yang lain (Ams 25:15). Belajarlah tabiat yang berhikmah itu.

Allah suka para pendamai (Mat 5:9), dan Yesus mengajar mereka yang telah bersalah terhadap orang lain untuk berdamai dengan mereka (Mat 5:23-26). Yesus memakai amsal itu dengan mengajarmu untuk lekas bersetuju dengan seterumu bagi damai sejahtera. Roh Allah, yang setiap Kristian sejati ingin ada, adalah berdamai, lemah-lembut, mudah untuk dirayukan, dan aktif berdamai (Yak 3:17-18).

Anak-anak lelaki Zeruya, anak-anak buah lelaki Daud yang terkenal kerana kejayaan militi dan keghairahan yang besar, terlalu keras baginya (2Sam 3:39). Mereka tidak dapat memakai kata-kata yang lemah-lembut, sebab mereka tidak memiliki hati yang lembut. Yesus juga menegur anak-anak guruh, Yakobus dan Yohanes, sebab roh yang tidak salih mereka terhadap sesetengah orang Samaria yang jahil dan yang biadap (Luk 9:51-56).

Untuk menjadi seorang pendamai yang seharusnya kamu jadi untuk menyenangkan Allah dan berjaya di antara manusia, kamu harus bermula dari dalam rohmu, yakni sikapmu terhadap orang lain (Yak 3:13-18). Kata-kata yang berbudi baik dan kata-kata yang lembut hanya boleh datang daripada hati yang suci dan yang lembah-lembut (Ams 22:11; Luk 6:45). Ucapanmu haruslah selalu berbudi baik dan digarami seperti Yesus Kristus (Kol 4:6; Mat 5:13).