14:34
Kewajaran menyanjungi negara: tetapi dosa ialah keaiban kepada mana-mana bangsa.
Amerika sedang binasa sebagai suatu negara yang hebat, jika amsal ini benar. Kebanyakan negara itu bukan hanya mengabaikan kewajaran, ia memandang hina akannya dengan kebencian yang mencemuh. Ia tidak sahaja membenarkan dosa, ia menggalakkannya dengan keghairahan seperti anjing gila. Kalau Amerika tidak bertaubat dan kembali kepada kewajaran, dia binasa sebab amsal ini sudah pasti benar. Biar Allah benar, tetapi setiap orang pembohong!
Ada dua kemungkinan sebabnya Amerika masih kekal ada. Allah sedang mengekalkannya demi kewajaran rakyat dan doa-doa baginya, seperti Dia mungkin telah mengekalkan Sodom bagi keluarga Lot (Kej 18:23-33), atau Dia sedang menyiapkannya dengan kemakmuran palsu orang bebal, sebelum menjatuhkannya ke neraka (Ams 1:32; Ula 32:15-25; Maz 9:17; 50:21-23).
Allah membangkitkan Firaun tinggi-tinggi, tetapi ia bukan suatu berkat. Ia hanya supaya TUHAN Jehovah memperoleh seorang penguasa yang paling tinggi bagi negara yang paling besar untuk diremukkan seperti seekor serangga (Kel 9:16; Rom 9:17). Sudah tentulah, ibu-ibu PTA [Amerika punya PIBG], yang fikir bahawa sarapan sayur hangat di sekolah akan menjadikan Amerika suatu tempat yang lebih baik, tidak memahami kebenaran yang mendalam ini daripada Alkitab.
Suatu negara disanjungi ketika ia ditinggikan, iaitu ketika dinaikkan pangkatnya, kemuliaannya, kehormatannya, kuasanya, atau kekayaannya. Suatu negara adalah aib ketika ia dikecam, dicemarkan nama baik, atau dimalukan kerana kesalahan-kesalahannya. Orang dahulu beramai-ramai ke persisiran Amerika kerana ia terhormat dan mulia. Amerika menjadi buah mulut orang jauh-jauh dan luas-luas sebagai tanah idaman dan peluang keemasan. Tetapi apa yang dahulu merupakan sukacita dan harapan bangsa-bangsa sedang dengan lekas menjadi suatu lambang buruk.
Bagaimanakah mungkin suatu bangsa yang hebat berhutang $21 trilion, dan sedang bertambah hutangnya sebanyak $2 billion setiap hari? Bagaimanakah ia mulia untuk memikir Howard Stern atau MTV merupakan kenikmatan? Bagaimanakah ia benar untuk negara mengiktirafkan dua lelaki sebagai perkahwinan? Dan dua perempuan bersama seorang bayi sebagai satu keluarga? Bagaimanakah ia bangsa yang bebas kalau adanya anak-anak yang belum lahir, walaupun meneriak untuk belas kasihan, dikejar menerusi rahim, dan dicerai-beraikan anggota tubuhnya dengan tiub penyedut, hanya untuk memuasan sikap tidak tanggungjawab ibu dan keuntungan doktor?
Apakah jenis budaya membenarkan seorang perempuan muda mewarnakan rambut pendeknya ungu, memakai pembayang mata warna putih, memakai butang stad pada lidahnya dan bahagian-bahagian tubuh yang lain, memakai baju kulit hitam dengan rantai belenggu, mendengar muzik dan lirik yang anarki, dan membawa kekasihnya ke tempat awam dengan memakai tali cawak? Itu bukan kebebasan. Itu kegilaan. Itu bukan citarasa peribadi. Itu pemberontakan terhadap Allah dan kekuasaan. Dia tidak mempunyai hak sedemikian. Dia ada tanggungjawab, kepada Allah dan kepada sifat semula jadi.
Kedurjanaan tujuh negara pagan di Kanaan, yang bukan lebih teruk daripada beberapa segmen masyarakat Amerika pada zaman kini, menyebabkan Allah berfirman tentang mereka, “Dan tanah itu tercemar: oleh sebab itu, aku melawat kedurjanaannya ke atasnya, dan tanah itu sendiri memuntahkan para penghuninya” (Ima 18:25). Dia memberi amaran kepada umatnya sendiri, Israel, bahawa apa yang sama akan berlaku ke atas mereka, “Maka kalian akan memegang segala ketetapanku, dan segala penghakimanku, dan melakukannya: supaya tanah, yang akan kubawa kalian untuk berdiam di sana, tidak memuntahkan kalian keluar” (Ima 20:22).
Mengapakah Amerika sedang merosot? Adam Smith, yang dahulu pada tahun 1776 telah menulis, “Suatu Siasatan Kepada Sifat dan Penyebab Kekayaan Bangsa-Bangsa”, tidak tahu. Tetapi Solomo, raja dan penganalisa politik paling berhikmah yang pernah hidup, memang tahu. Amsal ini ialah hikmahnya yang berilham dari Allah Yang Maha Hidup dan Yang Maha Benar: kewajaran menjadikan suatu negara hebat; dosa membinasakan dan mengaibkan negara. Orang boleh main teka dan berdegil dalam pendapat sebanyak semana yang diinginkan mereka. Namun, Allah sudah berfirman, dan peraturanNya adalah muktamad.
Tiada apa pun Pendekatan Baru untuk menghentikan amsal yang purba ini. Tiada sesiapa pun presiden atau tindakan eksekutif yang dapat mencegah kemerosotan Amerika. Tiada perundangan yang dapat menampal lubang kapal yang sedang karam ini. Dan tiada arahan mahkamah yang dapat menahan tangan Yang Maha Tinggi. Kecuali Amerika bertaubat, dia semakin jatuh. Lebih wang untuk pendidikan, perundangan bagi penjara-penjara yang membentuk semula akhlak, atau Nike menaja pertandingan bola keranjang di kawasan yang tinggi kes jenayah, tidak akan menggulingkan kembali bola salji ini naik ke bukitnya semula (Ams 19:21; 21:30).
Projek-projek politik dan sosial membazirkan dan membahayakan. Ia mengelak masalahnya. Mereka tidak mencapai apa pun yang bernilai, dan sebaliknya mereka menyebabkan kerosakan lanjut dengan mengalihkan perhatian orang daripada penawar yang sejati bagi masalahnya. Janji manusia berharap kepada manusia, tiada apa pun yang dapat melambatkan kemerosotan ini, sebab tiada harapan dalam manusia. Hanya Jehovah dan kewajaran dapat menyelamatkan negara. Masalahnya ialah akhlak dan moral. Kedua-dua ini telah ditolak Amerika.
Bagaimana untuk menyukat kehormatan atau keaiban suatu negara? Amerika dahulu heabt seperti Israel hebat di bawah Musa, Daud, dan Solomo. Kedua-dua negara itu dikenali untuk hikmah, keadilan, damai sejahtera, kemoralan, ciptaan pintar, kekayaan, kekuatan, kehormatan, pentadbiran yang baik, hukum-hukum yang cemerlang, dan hadirat Allah (Ams 8:12-21). Tetapi seperti Israel telah menjadi keaiban, demikian juga Amerika. Sekarang, Amerika terkenal kerana kebebalan, jenayah, ketakutan, kelahapan, percanggahan, hutang, kemiskinan, kelemahan, kerajaan birokratik, kekeliruan perundangan, dan agama yang merosot.
Apakah yang menyebabkan kehormatan atau keaiban suatu negara? Ketika suatu negara takut akan Allah Jehovah dan memegang firmanNya, negara itu akan dihormati dengan lekas dan dengan pasti, sebab mereka sedang mengikut satu-satunya panduan untuk hikmah umum dan hikmah persendirian di seluruh alam semesta. Ketika suatu negara membenarkan dan menggalakkan dosa, ia akan menjadi suatu bahan hina dan malu, sebab mengikut takrif dosa, ia merupakan keputusan memilih percabulan daripada kewajaran (Ula 4:5-8). Penjelasannya mudah. Allah yang sejati telah mengisytiharkan, “Orang durjana akan diubahkan kepada neraka, dan segala bangsa yang melupakan Allah” (Maz 9:17).
Adakah Amerika benar atau berdosa? Doa dan sepuluh hukum Allah telah diharamkian di kebanyakan tempat awam; tetapi sodomi/liwat, Koran, dan Harry Potter dipertahankan dan digalakkan. Mein Kampf dan The Origin of Species lebih popular daripada Alkitab di sekolah-sekolah kerajaan. Bangsa yang membenarkan dan yang mempertahankan kesatuan pekerja, evolusi, perkahwinan sejenis, pembunuhan sejuta bayi yang belum dilahirkan setiap tahun, sihir, kenikmatan yang tidak senonoh yang menggalakkan anarki dan perbuatan berkendak, anak-anak yang suka memberontak, pastor yang lesbian, muzik yang huru-hara, penceraian yang berdasarkan kemudahan dan bukan kerana kesalahan, dsb.
Negara punya agama Kristian sudah banyak kali tenggelam kepada kemerosotan yang telah Paulus waspasdakan Timotius (2Tim 3:1-4:4). Mereka mengasihi diri mereka sendiri, tidak kudus, pembenci orang yang baik, mengasihi kenikmatan lebih daripada Allah, ada suatu bentuk kesalihan semata-mata, menekankan perempuan tolol, dan telah memilih kenikmatan dan dongeng mengatasi doktrin yang sihat.
Apakah penawarnya? Penyingkiran kedurjanaan, pertaubatan untuk dosa, kebangkitan hati, pembaharuan perilaku, dan pemulihan Kristian Alkitabiah! Amerika tidak memerlukan sekolah yang lebih baik, pembentukan semula ekonomi, lebih guru, apa pun daripada NEA (National Education Association), lebih kebebasan, lebih kenikmatan, UNICEF, lebih tempat lindung bagi binatang terbiar, atau idea-idea lain yang serupa dengannya. Amerika perlu membaca dan mentaati Alkitab seperti ia dahulu buat dan jauh melebihi apa yang sedang ia buat pada zaman kini.
Bagi apa pun negara untuk makmur, termasuk Amerika, para penguasa dan rakyat harus memupuk kehidupan benar, kebenaran, dan hikmah yang diajar dalam Alkitab. Mereka harus melakukan ini dalam kelima-lima peringkat kekuasaan – ibubapa, suami, magistret, majikan, dan pastor. Mereka harus melakukan ini dalam semua perhubungan dan segala aspek kehidupan. Walaupun ia dilakukan dengan tidak sempurna, kemajuan yang serta-merta akan muncul bagi kedua-dua masalah alamiah dan rohaniah (2Raj 17:24-41).
Hai pembaca Kristian, apakah yang harus kamu buat untuk mengekalkan bangsamu? Kamu harus hidup dengan benar, untuk memerangi kedurjanaan (Ams 28:4), berdoa bagi negaramu (Yer 29:7), dan pertahankan batasan dalam segala aspek kemerosotan moral yang berleluasa dalam negaramu (Yeh 22:30). Seperti yang Allah telah bersetuju dengan Abraham untuk menyelamatkan Sodom untuk keluarga benar Lot, orang Kristian dengan kehidupan kudus dan doa yang membara dapat memanjangkan ketenteraman suatu negara (1Tim 2:1-3; Dan 4:27).
Tetapi daripada menyanyi, “God bless America”, seakan-akan Dia berhutang untuk memberkati meskipun adanya dosa, Amerika harus kembali kepada satu-satunya hikmah di alam semesta – kehendak Allah Pencipta yang diisytiharkan dalam kitab-kitab kudus Alkitab. Amerika harus mempertahankan batasan Alkitab sahaja – pintu suntuk dan jalan sempit Yesus Kristus – tanpa mengikut dekat-dekat orang durjana ke neraka. Kompromi yang terkawal bukanlah kewajaran; ia dosa yang angkuh memandai!
Mungkinkah adanya harapan jangka masa panjang bagi Amerika? Mungkin, jika dia bertaubat, dengan mendalam dan dengan lekas. Allah memberitahu Solomo, “Jika umatku, yang disebut atas namaku, merendahkan diri mereka, dan berdoa, dan mencari wajahku, dan berpaling daripada jalan-jalan durjana mereka; maka aku akan mendengar dari syurga, dan akan mengampuni dosa mereka, dan akan menyembuhkan negeri mereka” (2Taw 7:14). Tetapi Israel pun menyesat dengan sebegitu teruk sehingga telah membatalkan pelepasan, tidak kira siapa pun yang mungkin berdoa baginya (Yer 15:1; Yeh 14:14). Rujuk kepada ulasan yang berkaitan di Amsal 1:26 dan Amsal 29:1.
Mungkinkah adanya harapan jangka masa panjang bagi Amerika? Langsung tidak, jika dia tidak mahu bertaubat, dan jika dia telah memasuki fasa terakhir sejarah manusia. Amerika tidak cukup penting untuk ada apa pun nubuatan tentangnya dalam Alkitab, tetapi Alkitab tidak menggambarkan suatu gambar pembaharuan dan kebangkitan pada zaman akhir ini. Sebenarnya, Syaitan sedang dilepaskan untuk menjadikan keadaan lebih teruk, tetapi Yang Diberkati dan Yang Satu-SatuNya Diraja akan datang tidak lama lagi utnuk membinasakan orang durjana dan menyelamatkan orang pilihanNya daripada mereka dan daripada dunia ini (2Tes 1:5-10; 1Tim 6:13-16; Wah 20:7-15).
Sehingga peristiwa yang indah itu, yakni kekembalian Yesus Kristus yang orang Kristian rindukan dnegan hati yang berharapan, Dia telah oleh rahmatNya menjadikan orang percayawan suatu umat yang istimewa dan rakyat suatu kerajaan yang kudus, untuk “mempamerkan puji-pujian dia yang telah memanggil kalian keluar daripada kegelapan ke dalam cahayanya yang mengagumkan” (1Pet 2:9). Para percayawan ialah anggota-anggota kerajaan Yesus Kristus, yang bukan daripada dunia yang cabul ini (Yoh 8:23; 18:36). Mereka harus melayani Raja mereka dengan paling sempuna semungkin dan untuk menantikan kedatanganNya yang mulia dengan keinginan yang sungguh besar (Tit 2:11-15).
Pemazmur itu tahu bahawa adanya harapan bagi orang benar, jika mereka memisahkan diri mereka daripada orang durjana. Dia telah menulis, “Nyahkan daripadaku, dan selamatkanku daripada tangan anak-anak asing, yang ada mulut yang mengucapkan kesia-siaan, dan tangan kanan mereka ialah tangan kanan kepalsuan: Supaya anak-anak lelaki kami dapat menjadi seperti tumbuhan yang sudah bertumbuh pada umur muda mereka; supaya anak-anak perempuan kami dapat menjadi seperti batu-batu penjuru, yang telah digilap menurut persamaan suatu istana: Supaya gudang-gudang kami dapat menjadi penuh, dan mampu muat segala jenis hasil: supaya domba-domba kami akan menghasilkan beribu-ribu dan berpuluh-puluh ribu di jalan-jalan kami: Supaya lembu jantan kami dapat menjadi kuat untuk berjerih lelah; supaya tiada apa pun pecah masuk atau apa pun pengerahan keluar; supaya tiada pengaduan di jalan-jalan kami. Berbahagialah umat itu, yang berada dalam kes sedemikian: ya berbahagialah umat itu yang Allah mereka merupakan TUHAN”.