Amsal · Proverbs

14:6
Seorang pencemuh mencari hikmah, dan tidak menemuinya: tetapi pengetahuan adalah mudah bagi dia yang memahami.

Seorang pencemuh membenci pembetulan dan arahan, dan dia membenci orang yang sedang memperbetulkannya dan mengarahnya. Dia seorang pemberontak yang babil, dan dia tidak akan bertumbuh dalam hikmah. Tetapi orang yang ada pemahaman, yang mengasihi pembetulan dan arahan, akan bertumbuh dalam pengetahuan dengan mudah. Betapa besarnya perbezaan di antara manusia! Ia tugas dan keistimewaanmu, hai pembaca, untuk menjadi orang yang berhikmah.

Para pencemuh tidak berguna bagi Allah Yang Berbahagia. Allah membenci mereka, dan Dia merupakan musuh mereka dalam kehidupan. Mereka merayau dengan jahil dalam keangkuhan dan sikap menganggap diri benar, sementara Dia mengolok-olok mereka di hadapan malaikat dan manusia. TUHAN suka manusia yang rendah hati, yang akan secara rela menerima FirmanNya dan bersyukur untuk itu. Mereka mengasihi para pengkhutbah dan guruNya, sama ada ia ibubapa ataupun ia pastor.

Manusia dilahirkan kebergantungan dan jahil. Mereka memakai setahun untuk belajar berjalan, satu tahun lagi untuk belajar beberapa perkataan yang asas, dua tahun lagi untuk menunggang basikal roda tiga, dan dua belas tahun lagi untuk belajar memandu kereta dengan bahaya. Orang yang ada pemahaman tahu kejahilan dan kebergantungan mereka kepada wahyu dan guru Allah. Mereka mengasihi ibubapa, pastor, dan mana-mana pengajar yang akan mengajar mereka hikmah. Mereka sedar bahawa Allah telah memilih orang lain untuk memimpin mereka kepada pengetahuan yang sejati.

Tetapi para pencemuh mengasihi fikiran mereka sendiri, dan mereka membenci diberitahu bahawa mereka salah. Keangkuhan mereka tentang pendapat sendiri menjadikan mereka lebih teruk daripada orang yang bebal (Ams 26:12). Mereka tidak akan pergi kepada orang berhikmah untuk belajar, kerana mereka anggap sendiri sudah tahu segalanya (Ams 15:12). Dan oleh sebab mereka merupakan pencemuh, orang berhikmah tidak mempedulikan mereka lalu menolak mereka (Ams 9:7-8). Mereka sudah sesat!

Peraturan yang paling penting untuk hikmah adalah untuk mengaku bebal dan menjadi rendah hati (1Kor 3:18). Allah menolak orang angkuh dan menyembunyikan kebenaran daripada mereka (Mat 11:25-27; Yak 4:6). Salomo berkata bahawa dia hanya seorang anak yang kecil; Yosafat berkata bahawa dia tidak tahu apa untuk dibuat: kedua-dua orang diberkati dengan kelimpahan. Semakin rendah kamu menunduk dalam kerendahan hati yang sejati, semakin Allah akan menaikkanmu.

Sementara merendahkan dirimu, kamu harus takut akan Allah dan percaya kepada firmanNya dalam segalanya (Ams 1:7; 3:5-6; 9:10; Maz 119:128). Kemudian kamu mencari para orang utusanNya dengan semangat yang mulia dan yang suka diajar seperti orang Yahudi yang dikumpulkan semula dan seperti orang Berea (Neh 8:1-12; Kis 17:11). Gabungan itu sungguh berkuasa! Allah akan memimpinmu dalam segala hal hikmah dan pengetahuan.

Generasi ini suka mencemuh, maka mereka sungguh jahil. Guru-guru yang keperempuanan melayani perempuan tolol, yang lebih suka kelas Alkitab daripada mahu menunduk sebagai isteri dan mahu melaksanakan keibuan yang kudus (2Tim 3:1-7; 1Kor 14:34-35). Orang yang kononnya Kristian yang dianggap biasa pada zaman kini telah menolak doktrin sihat untuk kenikmatan dan dongeng (2Tim 4:3-4). Mereka sudah sesat. Mereka tidak akan belajar apa pun. Tetapi pengetahuan adalah mudah bagi orang yang akan mengikut peraturan Allah dengan rendah hati.