14:7
Jauhilah kehadiran si bebal, ketika kamu tidak mengesan bibir berpengetahuan di dalamnya.
Jauhilah orang bebal. Kamu mengesan mereka melalui ucapan. Ketika kata-kata orang bercanggah dengan kebenaran dan hikmah Alkitab, dia orang bebal. Jauhilah dia. Dia mungkin ada ijazah PhD atau MBA dari sistem dunia atau mempunyai IQ 150, tetapi dia orang bebal. Muliakan hikmah dan bantuilah dirimu sendiri dengan menjauhi diri. Jika kamu mengabaikan peraturan penting bagi kejayaan ini, teman yang bebal itu akan menjatuhkanmu.
Allah mengilhamkan Raja Solomo untuk menulis Amsal untuk mengajarmu hikmah untuk kehidupan yang makmur. Peraturan mudah ini kalau dipakai pada hari ini dapat dengan lekas dan dengan besar menaikkan potensimu di pandangan Allah dan pandangan orang lain yang penting dalam kehidupanmu. Berapa banyak kanak-kanak dan remaja sudah dirosakkan oleh kawan jahat dan tekanan rakan sebaya? Peraturan ini juga penting bagi kejayaan orang dewasa.
Jauhilah orang bebal. Mereka akan merosakkan adab yang berhikmahmu dan menjatuhkanmu (Ams 9:6; 13:20; 1Kor 15:33). Atau mereka akan memandang hina hikmahmu dan menghiris hatimu dengan itu (Ams 23:9; 9:7-8; Mat 7:6). Jika kamu memberi mereka perhatian, kamu memuliakan kebebalan mereka, dan mereka akan anggap bahawa kamu meluluskannya (Ams 26:1,4,8). Jadi, sebelum kamu menjauhi mereka, tutupilah mulut mereka dengan kebenaran (Ams 26:5).
Orang bebal ada di mana jua. Mereka orang yang tidak peduli akan Allah atau kebenaran Alkitab. Mereka yakin dalam fikiran mereka sendiri. Mereka terlalu malas untuk berfikir secara kritikal. Mereka lebih suka bercakap daripada mendengar dan belajar. Kepandaian dan pendidikan tiada apa pun kaitan dengan hal ini. Orang yang terpelajar atau yang pandai ialah orang yang paling bebal di dunia. Misalnya, Charles Darwin, Albert Einstein, Friedrich Nietzsche, Carl Sagan, Sigmund Freud, dan banyak lagi.
Orang bebal tiada pengetahuan; mereka membuktikannya ketika mereka bercakap. Pengetahuan memerlukan huraian penaakulan daripada praandaian yang betul. Orang bebal berhuraian dariapada praandaian yang gila – (1) segala kewujudan dan aturan di alam semesta adalah kebetulan sahaja (teori letupan besar), (2) kepandaian yang paling tinggi di alam semesta ialah fikiran mereka sendiri (teori sanjungan harga diri), dan (3) jika mereka dapat memujukmu untuk percaya kepada khayalan mereka, mereka menang kerana kebenaran (teori si bebal yang lebih bebal).
Seorang budak dapat mengolok-olok kebebalan mereka dengan apa yang dipanggil sebagai iman. Iman ialah anugerah Allah untuk mengenalpastikan kebenaran yang tidak boleh ditemui orang terpelajar dan yang pandai. Iman ialah satu-satunya dasar untuk penaakulan yang sihat. Orang yang beriman memulakan penaakulannya dengan kewujudan Allah, kebenaran Alkitab, dan kerosakan dirinya sendiri. Dia itulah yang satu-satunya orang yang munasabah di bumi (2Tes 3:1-2; Ibr 11:1-3). Si bebal yang menaakul daripada keangkuhan dan kewujudan, sungguh tidak munasabah.
Ketika kamu menemui orang yang tidak mempedulikan Allah dan Alkitab, atau dengan sewenang-wenang menawar pendapatnya, atau mengikut orang tolol di hadapannya ke dalam fahaman sains evolusi atau teori-teori lain yang gila, kamu telah menemui si bebal. Mereka tidak layak apa pun kehormatan atau perhatian daripadamu (Ams 19:10; 30:21-23). Mereka tidak layak menerima kebenaran, sebab hati angkuh mereka telah dikorbankan kepada dusta.
Yesus Kristus, Tuhan syurga dan bumi, memandang hina orang bebal. Dia berkata, “Jangan beri apa yang kudus kepada anjing, jangan pula membuang mutiaramu kepada babi, supaya jangan mereka menginjak-injakkannya di bawah kaki mereka, lalu berpaling semula dan mengoyak-ngoyakkanmu” (Mat 7:6). Orang bebal tidak layak untuk apa pun kebenaran. Mereka akan mengolok-olok dan menyampahkannya, dan mereka akan memutarbelitkan kata-katamu untuk memfitnahmu. Jauhilah mereka.
Yesus juga berkata, “Setiap tanaman, yang tidak ditanam oleh Bapa syurgawiku, akan dicabut keluar. Biarkanlah mereka: mereka itu pemimpin yang buta bagi yang buta. Dan jika yang buta memimpin yang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam parit” (Mat 15:13-14). Para murid fikir bahawa Yesus telah menyinggung orang Farisi (Mat 15:12). Dia memang menyinggung dengan sengaja! Dia telah mengutuk mereka. Jauhilah orang bebal.
Yesus Kristus menganggap hikmah moral dunia ini sebagai kejahilan gelap (Yes 8:20). Dia telah mengabdikan diriNya untuk menentang orang berhikmah dan apa yang kononnya pembelajaran mereka (1Kor 1:19-20; 3:19-20). Dia memanggil keutamaan-keutamaan dunia ini sebagai dongeng cabul dan dongeng isteri-isteri tua. Dia memanggil yang kononnya dipanggil sains sebagai bebelan yang cabul (1Tim 4:7; 6:20-21).
Jika seseorang lelaki berhujahan, berbahas, atau mempersoalkan doktrin Yesus Kristus, dia orang bebal (1Tim 6:3-5). Paulus berkata bahawa orang itu angkuh, tidak tahu apa pun, dan bebelannya membawa kepada persengketaan babil yang sama dengan orang yang mindanya rosak, dan yang kekosongan kebenaran. Apakah nasihat yang Paulus beri kepada Timotius tentang orang demikian? Sama seperti Solomo! Jauhilah mereka.
Pada zaman ini, orang-orang ini sudah menyeludup masuk ke dalam gereja dan telah menawan jantina yang lemah dan yang mudah terpengaruh dengan agama kompromi yang membenarkan perempuan untuk mengikuti fikiran nafsu dan cita-cita nafsu mereka (2Tim 3:1-7). Para guru palsu ini ada kawanan-kawanan perempuan tolol yang menjadi pengikut yang tergila-gilakan mereka. Mereka banyak belajar tanpa mendekati pengetahuan akan kebenaran. Apakah nasihat Timotius tentang guru Kristian yang demikian? Sekali lagi, jauhilah mereka.
Bagaimana untuk mengesan orang bebal? Dengar. Si bebal tidak dapat berdiam; hatinya meluap-luap untuk mengajarmu pendapat-pendapatnya (Ams 17:16; 18:2; Pkh 10:12-14). Dia harus memberitahumu fikirannya dalam apa pun subjek, meskipun dia tidak pernah mempelajarinya. Si bebal seperti Charles Darwin akan menulis buku yang berdasarkan sepenuhnya dan hanya kepada bayangannya sendiri. Charles Darwin memerlukan satu buku tebal untuk menceritakan khayalan-khayalannya, sementara Allah menyatakan asal usul alam semesta dalam satu bab (Kej 1:1-31).
Mengapakah kamu harus meninggalkan orang bebal, ketika mengesan kata-kata mereka yang angkuh, anti-Allah, dan yang anti-kebenaran? Kerana mendengar akan menyemarakkan keangkuhan mereka dan menjadikannya lebih sukar (Ams 26:12). Kerana memasuki perbincangan dengan mereka akan merendahkanmu ke tahap mereka (Ams 26:4). Kerana mereka akan memfitnah perbuatan dan perangai baikmu dan memperbenarkan kecabulan mereka itu (Ams 23;9; 2Tim 2:23). Kerana mereka akan besar kemungkinan memberi kesan kepadamu dan merosakkan hikmahmu (Ams 22:24-25; 1Kor 15:33).
Berapa jauh harus kamu pergi? Solomo mengajar, “Jangan memasuki jalan orang durjana, dan jangan menuruti jalan orang jahat. Elakkannya, jangan laluinya, berpalinglah daripadanya, dan jauhinya” (Ams 4:14-15). Jauhilah dirimu. Kamu tidak dapat menyelamatkan mereka. Mereka tidak layak untuk kebenaran. Mereka akan berpaling kepada kebebalan mereka sepasti seperti anjing memakan muntah sendiri dan babi kembali membenam diri di kubang lumpurnya (Ams 26:11; 27:22). Allah syurga ada ganjaran yang sesuai bagi mereka (Rom 1:21-28).
Adakah kamu bercakap seperti orang bebal? Atau adakah kamu mempunyai bibir berpengetahuan? Orang berhikmah dengan hati yang baru oleh Roh Allah dan yang menggiatkan kurnia iman akan sungguh berbeza dalam ucapannya berbanding si bebal. Dia akan memperakui Allah, kegilaan dunia, kerosakan dirinya sendiri, dan mencari Alkitab untuk mengesahkan atau menolak segalanya yang telah dia dengar atau percaya (Kis 17:11; 1Tes 5:21). Dia akan menunduk dengan rendah hati kepada pembetulan dan dengan sukacita menerima arahan. Dia orang berhikmah.
Hai ibubapa, adakah kamu melindungi anak-anakmu daripada orang bebal? Sekolah-sekolah awam ada agenda yang dikhaskan untuk kebebalan. Bacalah buku teks tentang apa pun subjek sastera liberal dan perhatikan kekurangan pengetahuan mereka. Penghasilan wayang Hollywood yang berdasarkan pandangan iman dan hikmah adalah sungguh jarang. Adakah kamu mengawal apa yang ditonton anak di televisyen? Bagaimana dengan kawan-kawan mereka? Anak-anakmu tidak akan melebihi tahap hikmah kawan-kawan pergaulannya (1Kor 15:33).
Kanak-kanak dan orang dewasa secara am tidak akan bangkit melebihi kawan-kawan mereka tanpa mukjizat daripada Allah, dan mukjizat itu tidak pernah dijanjikanNya. Bersikaplah lebih memilih bagi setiap kawan anakmu dan bagi pergaulan dirimu, termasuk dalam hal perniagaan, hal gereja, dan hal keluarga. Pilihlah jodoh kahwin dengan tahap yang tinggi dalam hal hikmah, dan dengan sikap kurang peduli kepada tarikan kecantikan, kepopularan, atau kekayaan. Pilihan-pilihan yang malas atau yang berkompromi dalam mana-mana pun perhubungan tersebut akan sungguh merugikanmu pada masa depan (Ams 13:20).
Sementara kamu menjauhi dirimu daripada si bebal, ada orang berhikmah yang patut kamu cari. Sama seperti kamu mengenalpastikan orang bebal dengan kekurangan pengetahuan dalam kata-kata mereka, orang berhikmah dikenali oleh ucapan yang berpengetahuan. Di manakah kamu dapat menemui mereka? Di gereja-gereja Yesus Kristus, yang telah Dia panggil mereka untuk mengkhutbahkan firmanNya. Kebanyakan orang pada zaman kini tidak akan tahan doktrin sihat, sebab mereka lebih mahu hiburan kenikmatan, dongeng, dan gimik [sesuatu penarik perhatian] daripada mahu kebenaran dan hikmah (2Tim 4:3-4).
Gereja-gereja sejati Yesus Kristus ialah pusat-pusat pertahanan dan penyanjungan kebenaran di dunia – stor-stor harta berharga hikmah tersembunyi yang tidak dikenali manusia yang alamiah (1Kor 2:6-8; 1Tim 3:15). Di sana kamu boleh mendapat penasihat dan kawan dari kedua-dua jantina dan yang merangkumi semua umur. Di sana kamu boleh ada persekutuan dan perhubungan yang lebih baik daripada keluarga. Semoga Allah memberkati usaha-usahamu yang akan datang untuk menemui dan menyertai gereja demikian dan dengan giat mengambil bahagian di kalangan orang-orang berhikmah.