14:5
Seorang saksi yang setia tidak akan berbohong: tetapi seorang saksi yang palsu akan menuturkan bohong.
Adakah amsal ini terlalu mudah sehingga tidak harus memakai masamu? Kamu dapat menanggap maksudnya yang cukup ketara dengan membacanya sekali. Tetapi sudahkah kamu menimbang kepentingan yang kurang ketara tentang kesetiaan, kejujuran, dan kebenaran? Kamu harus mengambil kata pujangga Salomo dan membukanya di terang Alkitab dan Roh Kudus. Biar setiap pembaca tertakjub oleh kepentingan kesetiaan yang sempurna.
Orang yang setia adalah jarang. Daud menulis, “Tolong, TUHAN; sebab orang yang salih sudah habis; sebab orang yang setia lesap dari antara anak-anak manusia” (Maz 12:1). Salomo menanya, “Kebanyakan orang akan mengisytiharkan kebaikannya sendiri: tetapi siapa yang dapat menemui seorang yang setia?” (Ams 20:6). Kamu dengan mudah dan dengan lekas dapat menjadikan dirimu cemerlang melalui kejujuran yang sepenuh-penuhnya.
Yeremia telah berkata, “Kalian berlarilah ke sana sini menerusi jalan-jalan Yerusalem, dan lihatlah, dan dapatlah tahu, dan carilah di kawasan-kawasan luas itu, jikalau kalian dapat menemui seorang pun, iaitu jikalau ada mana-mana orang yang melaksanakan penghakiman dan yang mencari kebenaran; maka aku akan mengampuni Yerusalem” (Yer 5:1). Mikha lagi menambah, “Orang baik sudah lesap dari bumi: dan tiada seorang pun yang jujur di antara manusia: Mereka semua mendekam menantikan darah; mereka, setiap orang, memburu saudaranya dengan jaring” (Mik 7:2).
Ia tidak berbeza pada hari ini; dan sebenarnya, ia mungkin lebih teruk, meskipun di kalangan orang yang kononnya Kristian. Sebab sifat-sifat Kristian badaniah, yang menjadikan zaman ini berbahaya, ialah pemecah damai, penuduh palsu, dan pengkhianat, di antara dosa-dosa yang lain (2Tim 3:1-5). Kamu patut sebaliknya mengikuti Paulus dengan menyediakan segala perkara dengan jujur kepada pandangan semua orang (Rom 12:17; 2Kor 8:21).
Dunia ini memandang orang Kristian, maka kamu harus jujur dengan sempurna pada setiap masa untuk membungkamkan tomahan-tomahan mereka (1Pet 2:12; 3:16). Paulus memberi perintah kepadamu untuk mengelak bukan sahaja apa yang jahat tetapi juga apa yang nampak jahat pun (1Tes 5:22). Kejujuran ialah satu-satunya dasar! Adakah kata-katamu selalunya suci seperti emas? Adakah kamu selalu berucap atau menulis tanpa tokok tambah atau membesar-besarkan cerita? Semak setiap perkataan!
Allah membenci perbuatan berbohong (Ams 6:16-19). Di antara tujuh perkara yang Allah benci, dua daripadanya ialah hal berbohong. Tiada orang yang berbohong di syurga, sebab mereka akan semuanya berada di lautan api (Wah 21:8,27; 22:15). Dia Allah kebenaran, dan Dia membenci saksi-saksi palsu (Kel 20:16). Jika seseorang memberi kesaksian yang palsu di Israel, dia akan dihukum dengan apa pun hukuman yang sedang dibicarakan (Ula 19:16-21).
Hai pembaca, adakah kamu mempunyai integriti yang sempurna? Adakah kamu selalu bercakap benar? Dapatkah semua orang menaruh percaya kepada setiap perkataanmu? Kamu harus membenci perbuatan membesar-besarkan cerita. Kalau ditanya tentang aktiviti-aktivitimu, kamu harus terbuka dan menyeluruh. Ketika ditanya tentang orang lain, kamu harus mewakili mereka dengan jujur. Ketika kebenaran nampaknya akan merugikanmu, nyatakan kebenarannya tidak kira apa pun. Adakah kamu orang setia itu yang jarang ditemui?
Yesus ialah Saksi Yang Setia dan Yang Benar (Wah 3:14). Dia dipanggil Yang Setia dan Yang Benar (Wah 19:11). Manusia menuduhNya dengan palsu dalam perbicaraan (Mar 14:56-60); mereka membenciNya kerana kejujuranNya (Yes 53:9). Para muridNya akan sama jujur dengan sempurna (Yoh 1:47; Wah 14:5). Kamu akan menjadi satu-satunya Alkitab yang banyak orang akan baca. Biar mereka belajar tentang Allah kebenaran daripadamu.