15:10
Pembetulan adalah sengit bagi dia yang meninggalkan jalan: dan dia yang membenci teguran akan mati.
Adakah kamu suka untuk diperbetulkan? Kamu patut suka itu, kerana ia ciri yang utama bagi orang berhikmah. Kamu patut suka itu, kerana itu cara untuk belajar dan memajukan kehidupanmu. Kamu patut suka itu, kerana ia mungkin dapat menyelamatkan kehidupanmu bukan sahaja sekali tetapi juga beberapa kali dengan banyak cara. Hanya orang bebal, orang pemberontak, dan para pencemuh membenci pembetulan.
Majukanlah akhlak jiwamu. Dapatkah kamu menerima pembetulan? Dapatkah kamu menerimanya dengan gembira? Adakah kamu menghargai teguran? Adakah kamu berterima kasih kepada para penegur? Perangaimu terhadap pembetulan dan teguran menyatakan lebih tentang hatimu daripada banyak cara sukatan yang lain. Ia wajib untuk kehormatan.
Orang bebal dan para pencemuh membenci pembetulan dan teguran, tetapi kedua-duanya akan mati di dalam kebebalan mereka. Mereka mahu menjalani hidup menurut kepandaian sendiri. Sukatan akhlak ini bersama amaran-amarannya ialah tema yang berulang-ulang dalam Amsal Solomo (Ams 9:8; 10:17; 12:1; 13:18; 15:32; 29:1).
Kamu memasuki dunia ini secara jahil dan rosak dalam hati. Hatimu mati kepada Allah dan perbuatan baik, dan ia hidup kepada pemberontakan dan dosa. Ibubapamu memperbetulkan perangai kebudakanmu dan menyiapkanmu untuk mengharungi kehidupan. Mereka memperbetul dan menegur kebebalan kemudaanmu. Jika kamu memberontak terhadap nasihat baik mereka, maka mereka dan dunia yang kasar tidak lama kemudian menghukummu.
Kanak-kanak akan melakukan banyak hal yang bebal dan yang berbahaya, jika ibubapa tidak kerap kali memperbetul dan menegur mereka. Itu sama bagi para remaja, walaupun hal-hal bebal dan berbahaya berubah. Untuk menjadi berhikmah, kamu harus belajar sepanjang hayatmu. Ada dua perkara yang perlu untuk belajar – orang yang rela memperbetul, menegur dan mengajarmu, dan kerelaanmu untuk menerima dan mentaati mereka.
Jika Allah dengan murah hati telah mengubahkan hatimu, maka satu-satunya jalan untuk dapat belajar jalan kewajaran adalah melalui pembetulan dan teguran. Kamu memerlukan guru-guru untuk menegur kebebalanmu dan mengarahkanmu kepada hikmah. Allah telah memilih untuk melaksanakan ini terutamanya melalui ibubapa dan para pengkhutbah. Amaran-amaran dan arahan Firman Allah ialah apa yang menyiapkanmu untuk kejayaan.
Hatimu yang jahat tidak suka untuk diperbetulkan. Kamu membenci ditegur. Kamu tidak suka untuk diberitahu bahawa kamu salah dan perlu berubah. Kamu mahu berpegang kepada dosa-dosamu. Kamu membenci orang yang menyelidiki dan mengutuk perangaimu. Tetapi yang kamu benci tersebut ialah jalan untuk memperbolehkanmu mendapat hikmah dan diselamatkan daripada jerat-jerat kehidupan. Mengapakah kamu membenci apa yang telah ditahbiskan bagi berkatmu dan keselamatanmu? Kerana hatimu yang rosak dan yang berdosa itu suka kebebalannya sendiri.
Ada dua peraturan yang diajar dalam amsal ini. Pertama, jika kamu membenci pembetulan, maka ia membuktikan bahawa kamu telah meninggalkan jalan kewajaran dan hikmah. Orang yang mencari pengetahuan dan kebenaran tidak ada roh yang memberontak sebegitu. Kedua, jika kamu membenci teguran, kamu akan mati. Kejahilan akan memerangkapmu; pemberontakan akan menjahanamkanmu. Kebebalan dan dosa akan pasti, lama-kelamaan membinasakanmu.
Jika kamu membenci pembetulan dan teguran dan membenci orang yang menyampaikan itu ke dalam kehidupanmu, kamu telah memilih satu kehidupan yang pedih dan yang penuh dengan masalah dalam perjalananmu ke maut. Dan dalam perjalananmu ke kebinasaan, Allah akan menyampaikanmu perdayaan dan bohong kerana menolak kebenaran yang telah Dia tawarkan (2Tes 2:9-12; Yeh 14:1-11). Allah mengharapkanmu untuk menghargai guru-guru yang Dia hantar kepadamu.
Ia memerlukan kasih dan ketabahan untuk memperbetul dengan wajar orang lain. Di sinilah satu lagi alasan untuk menghargai guru dalam kehidupanmu. Solomo berkata, “Teguran terbuka lebih baik daripada kasih yang rahsia. Luka oleh kawan adalah setia; tetapi ciuman musuh memperdayakan” (Ams 27:5-6). Daud menganggap pukulan daripada orang benar sebagai perbuatan murah hati terhadapnya (Maz 141:5). Orang yang mengambil masa untuk memperbetul atau menegurmu adalah orang yang benar-benar paling mengasihimu.
Bagaimanakah mungkin orang jahil belajar kebenaran dan hikmah? Mereka memerlukan pembetulan dan arahan. Jika kamu membenci jalan-jalan ini untuk memperoleh hikmah, maka kamu akan mati dalam kebebalanmu yang degil itu. Bohong-bohong dan jerat-jerat orang durjana akan memperdayakanmu; kekuasaan-kekuasaan yang lain dalam kehidupanmu akan menghakimimu; dan Allah Yang Berbahagia di syurga akan membinasakanmu. Tetapi Allah ada Alkitab yang berilham yang bermanfaat untuk teguran, pembetulan, dan arahan (2Tim 3:16-17).
Ada hanya satu cara sejati untuk hidup. Ada hanya satu set kepercayaan sejati. Ada hanya satu agama yang sejati. Dalam amsal ini ia dipanggil “jalan”. Ia jalan Allah Alkitab; ia jalan kehidupan, kewajaran, kebenaran, dan hikmah. Agama Kristian Paulus dipanggil “jalan itu” di kota pagan Efesus (Kis 19:8-10). Sehingga kepercayaan dan amalan seluruh hidupmu sepadan dengan firman Allah yang berilham, kamu perlu diperbetul dan ditegur.
Selidikilah hatimu. Adakah kamu mengasihi pembetulan dan teguran. Adakah kamu mengasihi ibubapa dan pastor yang memperbetulkanmu dan menegurmu? Inilah sukatan akhlakmu dan hikmahmu. Jika kamu ada masalah dalam hal diberitahu bahawa kamu salah atau membenci orang yang menegurmu, rendahkanlah dirimu di hadapan Allah dan rayulah bagi belas kasihanNya sebelum ia terlambat. Maut menjelang.
Yesus Kristus telah menyedia dan melantik orang-orang untuk mengkhutbahkan nas-nas kitabNya kepadamu, dan Alkitab menyediakan segalanya yang diperlukan mereka untuk menjadi sempurna bagi pembelajaranmu dan kemajuanmu. Ia akan sekali sekala menyakiti hati ketika mereka mengkritik kehidupanmu dengan api dan tukul firman Allah, tetapi kamu tidak harus sesekalipun memandang hina khutbah demikian (Yer 23:28-29; 2Kor 10:4-6). Kamu harus mengasihi itu. Kamu memerlukan itu. Adakah kamu mempunyai suatu gereja dan pastor sebegitu, atau adakah kamu lebih suka pastor yang pandai senyum dan yang tidak pernah menyinggung orang? Pilihanmudiluluskan atau dikutuk oleh amsal ini.