15:9
Jalan orang durjana ialah kekejian kepada TUHAN: tetapi dia mengasihi orang yang mengikuti kewajaran.
Adakah gaya hidupmu suatu kekejian kepada Allah? Atau adakah Dia mengasihimu dan gaya hidup kewajaranmu itu? Kamu dapat melihat dua jenis orang, dan pilihan-pilihan harianmu menentukan mana satu jenis orang merupakan dirimu. Jika Allah membenci kehidupanmu, kamu akan bermasalah. Jika Dia mengasihimu, maka kamu sungguh diredai. Allah suka Daud, dan betapa besarnya perbezaan yang terjadi dalam kehidupannya berbanding orang lain (1Taw 28:4; Maz 18:19-26).
Kebanyakan orang tidak dapat membayangkan bahawa Allah membenci apa pun, sebab mereka telah diasuh sejak lahir dengan ajaran sesat bahawa Allah mengasihi mereka tanpa bersyarat tidak kira bagaimana mereka menjalani kehidupan mereka pun. Mereka tidak pernah membaca amaran-amaran Salomo yang berilham itu (Ams 6:16-19; 3:32; 11:20; 12:22; 15:8; 16:5; 17:15; 28:9). Mereka menganggap bahawa walaupun Allah membenci iblis, namun, “Dia mengasihiku tak kira apa pun”.
Di sinilah suatu amaran yang tak ternilai daripada raja yang kaya dan berhikmah. Dia telah menyurat bagi kemakmuranmu dan kejayaanmu, yang kedua-duanya itu tidak mungkin jika Allah menentangmu. Ketika Allah mengasihi seseorang, seorang budak yang dijual menjadi hamba abdi pun dapat mengambil alih takhta pemerintah suatu negara, atau seorang anak yatim perempuan dapat menjadi pemaisuri, atau orang tawanan yang telah dikembirikan pun boleh menjadi penasihat utama raja. Fikir akan Yusuf, Ester, dan Daniel.
Selidikilah hidupmu. Adakah ia menyenangkan Allah atau menyinggung Allah? Alkitab ialah satu-satunya tahap piawai yang akan diambil kira. Allah tidak kisah apa pun yang kamu fikir, apa yang ibubapamu fikir, apa yang pastormu fikir, atau apa yang betul secara politik. Aliran-aliran popular dan nilai-nilai sosial yang berubah-ubah menjadikanNya mual. Dia kudus dan benar, dan Dia sesekalipun tidak akan meluluskan orang bebal atau gaya hidup durjana mereka.
Ia tugas dan keistimewaan kepada dirimu untuk dapat mengaku dosa-dosamu kepada Allah, sebab Dia akan mengampuni dan memakmurkanmu (Ams 28:13). Kamu harus belajar untuk membenci setiap fikiran yang bercanggahan dengan firmanNya, seperti yang dilakukan Daud (Maz 119:128). Dunia tidak ada sedikit pemahaman pun tentang apa yang wajar dan apa yang salah, terutamanya di dalam generasi ini (Yes 8:20; 1Tim 6:3-5). Pilihan terpulang kepadamu – dan Allah melihat segalanya.
Kebanyakan orang berkata, “Allah membenci dosa, tetapi mengasihi pendosa”. Tetapi itu bukan daripada Alkitab! Manusia telah mereka-rekakan pepatah itu untuk memuaskan gatal-gatal telinga orang bebal, yang mahu seorang Allah yang akan menerima mereka tidak kira apa pun. Khayalan itu bukan lebih benar daripada kewujudan pari-pari. Ketika amsal ini difahami, ia mengesahkan kebenaran bahawa Allah membenci dan dan meluat akan orang durjana, doa-doa mereka, dan gaya hidup mereka.
Pertimbangkan fikiran yang babil pada zaman kini. Sodomi/liwat bukan lagi kekejian kepada TUHAN; ia gay [gembira]! Perzinaan bukan lagi suatu kekejian kepada TUHAN; ia suatu asmara cinta! Anak-anak yang pemberontak bukan lagi suatu kekejian kepada TUHAN; mereka berpenyakithiperaktif! Tetapi orang berhikmah menerima segala ketetapan Allah dan membenci setiap pendapat yang bercanggahan (Maz 119:97-104,113,128).
Amsal itu ada dua klausa yang membekalkan maksud yang sepenuhnya. Allah membenci jalan orang durjana, dan Allah mengasihi orang yang mengejar kewajaran. Dengan membandingkan, “jalan orang durjana”, dengan, “orang yang mengikuti kewajaran”, kamu dapat belajar bahawa Allah membenci kedua-dua pendosa dan gaya hidupnya dan mengasihi kedua-dua orang benar dan gaya hidupnya. Perhatikan perubahan daripada dosa kepada pendosa dalam senarai Salomo tentang tujuh perkara yang Allah benci (Ams 6:16-19).
Pertimbangkan konteks. Amsal yang sebelum ini adalah serupa dan membantu untuk menyatakan kebencian yang Allah ada untuk gaya hidup berdosa. “Korban orang durjana ialah kekejian bagi TUHAN: tetapi doa orang jujur ialah kesukaannya” (Ams 15:8). Allah membenci sampai kepada tahap sembahyang keagamaan orang durjana pun. Tetapi Dia mengasihi doa-doa orang yang jujur. Ketika seseorang memilih untuk berdosa terhadapNya, Allah membenci dan meluatsembahyangnya (Ams 21:27; 28:9; Yes 1:10-15).
Perbezaannya sungguh besar! Sama ada Allah rasa keji akan kehidupanmu ataupun Dia mencintainya. Sama ada kamu mengikuti jalan kedurjanaan ataupun kamu mengikuti jalan kewajaran. Bagaimana mungkin kamu tidak dapat menanggapi perbezaan di antara benci Allah dan kasih Allah? Ia sungguh besar! Kamu tidak boleh mengelak perasaan Allah yang sama ada membencimu ataupun meredaimu. Kebanyakan orang tidak lagi peduli, kerana mereka telah digoda kepada kehidupan badaniah oleh ajaran palsu kasih Allah yang tidak bersyarat bagi mereka.
Sudah tentulah dongeng, “Allah membenci dosa, tetapi mengasihi pendosa”, menenangkan hati. Tetapi kamu patut menguji pepatah itu dan apa-apa pun sebelum kamu mula percaya kepadanya (Ams 14:15; Kis 17:11; 1Tes 5:21). Biar Allah benar, tetapi setiap orang pembohong (Rom 3:4). Guru-guru yang keperempuanan yang mencadangkan karut sedemikian tidak ada apa pun pemahaman tentang Allah Alkitab dan penghakiman wajarNya ke atas para pendosa. Mereka mengampu para pendosa untuk membesarkan lagi bilangan pengikut mereka dan mengembungkan kocek mereka.
Mungkinkah orang di neraka menyanyi, “Yesus mengasihiku, ini aku tahu, sebab Alkitab memberitahuku”? Mungkinkah Nuh memasang pelekat berwarna cerah di luar bahtera yang berbunyi, “Senyum! Allah mengasihimu!”? Apakah yang akan dimaksudkan Yesus Kristus ketika Dia berkata kepada orang durjana pada Hari Penghakiman, “Aku tidak pernah mengenalmu: nyahlah daripadaku, kalian yang mengerjakan kedurjanaan” (Mat 7:23). Adakah kamu menganggap bahawaDia juga mengasihi Syaitan, yang lebih gemilang daripada mana-mana pun manusia?
Apakah lagi yang dinyatakan Alkitab tentang orang durjana? Daud telah menulis, “Sebab kamu bukanlah Allah yang ada kesenangan dalam kedurjanaan: dan kejahatan juga tidak akan berdiam bersamamu. Orang bebal tidak akan bertahan di hadapan pandanganmu: engkau membenci segala pekerja kedurjanaan. Engkau akan membinasakan mereka yang berbicara kepalsuan: TUHAN akan memandang keji orang yang menumpah darah dan yang memperdayakan” (Maz 5:4-6). Terkejut? Jika kamu seorang Kristian celup pada hari ini, satu-satunya mazmur yang mungkin kamu kenal ialah Mazmur 23 sahaja.
Daud yang digelar pemazmur manis Israel, juga telah menulis, “TUHAN berada di dalam baitNya yang kudus, takhta TUHAN adalah di syurga: matanya melihat, dan kelopak matanya menguji anak-anak manusia. TUHAN menguji orang benar: tetapi orang durjana dan orang yang suka keganasan dibenci jiwanya. Ke atas orang durjana dia akan menghujani jerat, api dan belerang, dan ribut yang dahsyat: inilah yang akan menjadi bahagian cawan mereka. Sebab TUHAN yang benar mengasihi kewajaran; wajahnya memang memandang kepada orang yang jujur.” (Maz 11:4-6).
Allah syurgawi adalah kudus sebelum Dia kasih. Dia tidak dapat memandang dengan perkenan kepada apa pun dosa (Hab 1:13). Dia tidak boleh melepaskan orang durjana (Nah 1:3). Dia tidak boleh melepaskan orang yang bersalah (Kel 34:7). Dia mengasihi kewajaran, dan Dia membenci kedurjanaan (Maz 45:7; Ibr 1:9). Dia melemaskan seluruh dunia dengan banjir. Dia membakar kota-kota Sodom dan Gomora. Dia menghapuskan tujuh bangsa di Kanaan. Dia marah dengan orang durjana setiap hari (Maz 7:11). Inilah Allah yang sebenarnya.
Bahagian sifat Allah ini tidak diendahkan orang pada zaman kini, kerana manusia ingin seorang pengedar gula-gula di langit yang akan senyum dan menghulurkan kepada mereka halwa rambut yang manis ketika mereka berdosa. Tetapi pertimbangkan Daud, yang merupakan orang yang mengejar hati Allah. Dia membenci musuh-musuh Allah dengan kebencian yang sempurna (Maz 139:21-22; 26:5; 31:6; 2Sam 5:8). Ketika keturunannya, Yosafat, cuba berkawan dengan orang durjana, Allah beroleh marah terhadapnya kerana mencabuli kewajaran (2Taw 19:2).
Bagaimanakah mungkin Allah mengasihi sesiapa pun, sementara semua pun merupakan pendosa (Maz 14:1-3; Rom 3:23)? Dia telah memilih sesetengah orang dalam Kristus Yesus sebelum permulaan dunia supaya mereka kudus dan tidak tercela di hadapanNya dalam kasih (Efe 1:3-4). Oleh sebab pilihan itu dalam Kristus, Dia melihat kepada mereka sebagai kudus dengan sempurna di pandanganNya. Dia mentakdirkan mereka untuk menjadi anak-anakNya dengan kemurahan adoption [pengambilan anak angkat], kerana Dia telah memilih oleh kehendakNya sendiri untuk menjadikan mereka diperkenan dalam Kristus Yang Terkasih itu (Efe 1:5-6).
Kasih Allah ialah pilihan, dan Dia memilih untuk mengasihi sesetengah orang (Rom 9:14-18). Berdasarkan alasan yang sungguh penting itu, Alkitab dapat berbicara tentang Yesus Kristus mengasihi gereja (Efe 5:25), tentang tidak sesuatu pun yang dapat memisahkan kasih Allah bagi umatNya (Rom 8:29-39), tentang Yesus yang mengesahkan bahawa Dia tidak akan hilang satu jiwa pun yang Allah telah beri kepadaNya untuk diselamatkan (Yoh 6:38-39; 10:26-29; 17:2), dan tentang Dia hanya menghukum anak yang dikasihiNya, dan bukan anak gampang (Ibr 12:6-8).
Sudah tentulah, doktrin ini dipandang hina dan dibenci. Manusia datang ke dunia ini sebagai orang bebal, dan kebanyakan kekal bebal. Hanya orang yang sudah dilahir baru oleh Roh Allah untuk gementar di hadapan Allah dan FirmanNya dapat melihat dan percaya kepada kebenaran (Yoh 3:3; 8:47). Mereka sahaja yang dapat memahami hal-hal Allah (1Kor 2:14; 2Kor 4:3-4; 2Tes 2:9-14). Hanya mereka itulah yang akan menyelidiki kehidupan mereka, bertaubat bagi dosa-dosa yang diketahui, dan memilih jalan kewajaran.
Hai pembaca! Bukti bahawa kamu merupakan salah seorang pilihan Allah dan dikasihi di syurga ialah sikapmu yang mengejar kehidupan yang penuh kewajaran (2Pet 1:5-11; 1Tes 1:2-4; Mat 7:21-23). Berpalinglah daripada jalan-jalan durjana dunia ini dan ikutilah jalan yang suntuk dan yang sempit yang telah diterangkanNya bagimu di dalam Alkitab (Mat 7:13-14). Kamu akan diberkati dan dimakmurkan di dunia ini dan di akhirat kelak.