15:8
Korban orang durjana ialah kekejian bagi TUHAN: tetapi doa orang jujur ialah kesukaannya.
Adakah Allah membenci sembahyangmu, atau menyukainya? Betapa besar perbezaannya! TUHAN Allah menganggap sembahyang sesetengah orang sebagai kekejian. Dia bukan sahaja tidak suka sembahyang mereka: Dia membencinya! Tetapi Dia bersukacita dalam doa-doa orang lain. Betapa besar perbezaannya! Adakah sembahyangmu suatu bau keji kepada hidungNya yang kudus? Atau adakah Dia senang hati dengannya dan dengan doa-doamu?
Ketika orang durjana bersembahyang kepada Allah, tidak kira betapa tepat, tulus, atau mahal usahanya, ia meluatkan, menjijikan, dan memualkanNya (Ams 21:27). Dia membenci itu! Dia telah memberitahu Israel, “Dupa ialah kekejian kepadaku; bulan baru dan sabat, seruan untuk berhimpun, aku tidak dapat tahan dengan itu; ia kedurjanaan, bahkan pertemuan yang suci. Bulan baru kalian dan pesta-pesta yang ditetapkan kalian jiwaku benci: ia merupakan masalah kepadaku; aku jemu menanggungnya” (Yes 1:12-14). “Aku benci, aku memandang hina pesta-pesta hari raya kalian, dan aku tidak akan mencium bau ketika di dalam perhimpunan-perhimpunan suci kalian” (Amo 5:21).
Allah membenci korban-korban, doa-doa, dan sembahyang kamu, jika kamu datang dengan dosa dalam kehidupanmu. Upacara agama tanpa kewajaran sungguh meluatkanNya. Dia mengingini ketaatanmu, bukan sembahyangmu. Korban yang Allah ingini ialah hati yang remuk (Maz 51:17). Dia tidak mengingini persembahan-persembahan daripada Israel: Dia mengingini ketaatan (Yer 7:22-23). “Dan Samuel berkata, Adakah TUHAN mempunyai kesukaan besar dalam persembahan dan korban bakaran, seperti mentaati suara TUHAN? Lihatlah, taat lebih baik daripada korban, dan untuk mengendahkan lebih baik daripada lemak domba-domba jantan” (1Sam 15:22).
Orang bebal memakai sut, menghadiri gereja, memegang Alkitab, menyanyi kidung jemaah, menunduk kepala, mengucap doa, dan bersembahyang dengan dosa dalam kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa kegiatan keagamaan demikian akan menyemah atau meredakan Allah. Mereka fikir Dia akan menutup matanya terhadap kedurjanaan mereka, kerana mereka menghadiri gereja. Tetapi Dia membenci kemunafikan mereka. Mereka mengekalkan suatu sandiwara untuk orang memikir lebih tinggi tentang diri mereka, tetapi Allah akan mendedahkan dan membinasakan semua orang munafik (Ams 26:24-26; Ayb 27:8; Maz 144:11-15).
Orang durjana cuba mencari hiburan dalam upacara, agama, atau tinggalan purbakala [relik]. Israel menyembah ular tembaga Musa (2Raj 18:4), Tabut Waad/Perjanjian (1Sam 4:3), bait suci (Yer 7;4), dan Alkitab (Yer 8:8). Orang Katolik memakai salib, dan orang Baptis menghadiri kelas Alkitab. Tetapi hal-hal ini tiada kuasa keselamatan. Ia hanya menambahkan keterkutukan kepada para orang munafik, sebab Allah yang cemburu tidak akan bertahan dengan pemakaian agama yang memandai oleh para pendosa yang berpura-pura.
Doa-doa yang tidak dijawab ialah kesalahanmu, bukan Allah punya salah! Dia selalu menjawab doa orang benar. Dia mungkin tidak memberi jawapan yang diharapkan mereka, tetapi Dia selalu menjawab. Ia kesalahanmu! “Lihatlah, tangan TUHAN bukanlah dipendekkan sehingga ia tidak dapat menyelamatkan; dan telinganya juga bukanlah kurang jelas sehingga ia tidak dapat mendengar: Tetapi kedurjanaan kalian telah memisahkan kalian dengan Allah kalian, dan dosa-dosa kalian telah menyembunyikan wajahnya daripada kalian, sehingga dia tidak akan mendengar” (Yes 59:1-2). Ia kesalahanmu! “Dia yang memalingkan telinganya daripada mendengar hukum, doanya pun akan menjadi kekejian” (Ams 28:9).
Ketepatan sembahyang, kejituan doktrin, dan ketulusan sembahyang tidak kena mengena dengannya. Allah tidak peduli betapa tepat, jitu, atau tulus dirimu, jika kamu datang dengan hati yang kurang suci dan yang kurang gementar (Yes 66:1-2). Dia tidak mahu menundukkan kepala; Dia mahu hati yang tertunduk (Yes 58:3-7). Tidak berdoa lebih baik daripada berdoa dengan munafik (Wah 3:15-16).
Walaupun orang durjana membawa korban-korban yang lebih mahal, walaupun dia memberi banyak masanya, walaupun dia memimpin sembahyang Allah dengan sungguh membara, namun Allah menolak itu supaya menerima doa yang sederhana dan yang miskin oleh para orang kudusNya yang rendah hati. Betapa besar perbezaannya! Tidak kira betapa banyak diberi kepada Allah atau gereja, hanya satu sesuatu yang diperkenanNya ialah permohonan rendah hati orang yang benar.
Allah bersukacita dalam doa orang jujur – Dia mendengarnya dan menjawabnya dengan sungguh senang hati. “Doa berkesan yang membara oleh seorang yang benar akan cukup banyak berhasil” (Yak 5:16). “TUHAN jauh daripada orang durjana: tetapi dia mendengar doa orang benar” (Ams 15:29). Jika para bapa yang berdosa dapat memberi benda baik kepada anak-anak mereka, betapa lebih banyak benda baik diberi Allah kepada anak-anakNya yang mentaatiNya (Mat 7:11). Pelajaran ini mudah dan benar. Percayalah itu.
Apakah yang menyebabkan Allah untuk memandang hina sembahyangmu? Satu dosa yang tidak diakui! Daud tahu, “Jika aku mempedulikan kedurjanaan dalam hatiku, Tuhan tidak akan mendengarku” (Maz 66:18). Petrus menulis, “Sebab mata Tuhan memandang kepada orang benar, dan telinganya terbuka kepada doa-doa mereka: tetapi muka Tuhan menentang mereka yang berbuat jahat” (1Pet 3:12). Akuilah dosa-dosamu sekarang juga!
Jika kamu bersembahyang kepada Allah dengan dosa dalam kehidupanmu, kamu sedang memburukkan lagi keadaanmu yang teruk di hadapanNya. Kamu akan menurunkan murkaNya yang pasti dan yang cemburu untuk menimpa kepalamu. Selidikilah dirimu! Bertaubat! Akuilah dosa-dosamu! Sembahyanglah kepada Tuhan dalam keindahan kekudusan. Sembahyanglah kepadaNya dengan keseganan dan ketakutan salih. Dia merupakan api yang menghanguskan (Ibr 12:28-29).