15:7
Bibir orang berhikmah menyebarkan pengetahuan: tetapi hati orang bebal tidak melakukan sedemikian.
Berkomunikasi ialah keistimewaan yang besar. Ia merupakan peluang untuk menyebarkan pengetahuan melalui percakapan (atau menaip atau bermesej). Ia juga suatu tanggungjawab yang serius, kerana Allah benci pemakaiannya dengan bebal. Orang berhikmah memperoleh kebenaran dan hikmah untuk dikongsikan kepada semua, tetapi orang bebal hanya membuat bising. Apakah yang akan kamu buat dengan anugerah ini, terutamanya kerana Allah sudah memberitahumu bagaimana untuk memakainya?
Tujuan mulutmu melebihi tujuan memasukkan makanan. Ia juga digunakan untuk menyampaikan pengetahuan. Sementara hatimu membekalkan kepada mulutmu apa yang harus dikatakan, ia harus dijaga dengan segala ketekunan dan dipenuhi dengan isi yang cemerlang untuk dikongsikan dengan orang lain (Ams 4:23; 22:17-21). Sementara papan kekunci yang banyak berborak pada hari ini, pelajarannya boleh dipakai kepada emel dan bermesej juga.
Ucapanmu ialah bukti akhlakmu, dan ia menentukan pengaruhmu di dunia. Orang berhikmah memakai mulut mereka untuk menyebarkan pengetahuan, tetapi orang bebal tidak membantu sesiapa pun. Jika kamu berhikmah, orang lain akan dimanfaatkan; jika kamu bebal, orang lain tidak akan untung. Kamu memerlukan hikmah bagi dirimu sendiri dan kemudian memilih untuk juga mengongsikannya dengan orang lain.
Suatu kiasan mudah ada di sini. Dua otot merah jambu yang sedang menghiasi mulutmu tidak dapat memberi pengetahuan dan organ penyingkiran toksik di atas perutmu juga tidak dapat menyebarkan pengetahuan. Ini semua metonim-metonim dalam percakapan – hatimu menghasilkan perkataan, dan bibirmu menyebutnya. Orang berhikmah memakai ucapan untuk membantu orang lain, tetapi orang bebal tidak, sebab hati mereka dan mulut mereka kekosongan apa yang bernilai.
Pelajaran di sini adalah untuk memenuhi hatimu dengan hikmah dan kebenaran dan untuk mengarahkan mulutmu (atau papan kekunci) untuk berkomunikasi menyampaikan itu. Hati orang bebal penuh dengan kebebalan, jadi dia tidak dapat membantu sesiapa pun. Ucapannya adalah seperti penyalakan dubuk atau anjing liar, dan hatinya tidak melebihi itu. Perbezaan di antara orang ialah apa yang dimasukkan mereka ke dalam hati mereka supaya adanya ucapan yang menguntungkan.
Fikiran dan deria ucapan ialah keistimewaan yang besar. Pertimbangkan bahawa kamu berupaya untuk membentuk kata-kata yang Allah sendiri di syurga dapat mendengar dan bersuka di dalamnya. Bagi tujuan itu Dia memanggil lidah orang berhikmah sebagai kemuliaannya (Maz 16:9; 30:12; 57:8; 108:1). Manusia dapat dengan gemilang memberiNya kemuliaan dengan lidah mereka dnegan membentuk kata-kata yang baik. Tetapi orang bebal menyumpah, bergurau, dan berborak bebal. Biar Allah melarangkannya!
Bagaimana mungkin kamu memberi kesan kepada orang lain pada hari ini melalui percakapanmu? Akankah kamu menambahkan pengetahuan mereka? Atau akankah kamu mengisi telinga mereka dengan kebisingan dan langsung tidak menguntungkan mereka? Allah telah memberi kamu satu hati dan bibir untuk memujiNya dan membantu orang lain. Dia juga telah memberi Kitab Suci untuk memenuhi hatimu dengan pengetahuan, jadi kamu boleh memiliki kata-kata yang ajaib untuk diucapkan (Ams 22:17-21; Maz 119:146; 2Tim 3:16-17).
Kata-kata yang dipilih dengan berhikmah adalah indah, dan dengan itu kedua-dua Allah dan manusia akan menghormati dan memberi keredaan kepadamu (Ams 12:14,18; 15:23; 16:13,24; 22:11; 24:26; 25:11). Orang berhikmah memakai kata-kata sedemikian untuk memberi makan kepada banyak orang (Ams 10:21; 11:30). Mereka merupakan pokok-pokok kehidupan kepada orang di sekeliling mereka, tetapi orang bebal ialah perangkap-perangkap dosa dan maut (Ams 15:4). Berapa banyak orang yang telah kamu kenyangkan?
Orang bebal banyak bercakap, tetapi kata-kata mereka hanya kebisingan (Pkh 5:3; 7:6; 10:12-14). Allah tidak boleh tahan apa yang dikenali sebagai “gift of gab” (berbakat mulut murai), kerana tiupan angin kebisingan itu merupakan karut atau lebih teruk daripada itu. Maka, Dia mengutuk percakapan bebal dan pergurauan sebagai dosa-dosa yang serupa dengan perbuatan berkendak dan kekotoran (Efe 5:3-10). Biar setiap murid Krsitus menolak ucapan sedemikian. Penghakiman sedang menjelang!
Apakah itu pengetahuan? Pengetahuan bukanlah fakta-fakta yang remeh; ia bukan berita tentang orang lain; ia bukan perbualan yang biasa; ia bukan omong-omong kosong; ia bukan perbincangan hal dunia; ia bukan ramalan cuaca. Pengetahuan ialah maklumat dan nasihat yang memuliakan Allah dan memimpin seseorang daripada dosa kepada syurga dan kekudusan. Ia kebenaran dan hikmah yang dipakai dengan betul.
Dunia penuh dengan bunyi bising kepalsuan dan kebebalan – yang diucapkan, dicetakkan, dan dimesejkan. Di manakah lelaki dan perempuan yang berhikmah untuk mengisytiharkan pengetahuan, kebenaran, hikmah, dan pemahaman? Di manakah orang yang akan bermegah di dalam Tuhan dan memujiNya (Maz 34:1-3; 145:1-12)? Di manakah orang yang akan sedia dengan jawapan firman kebenaran kepada orang lain yang ada soalan (Ams 22:17-21)?
Setiap percayawan boleh mengajar. Mereka harus mengajar. Para rasul menegur percayawan yang Ibrani kerana kejahilan mereka dan keperluan mereka yang berterusan untuk guru dan arahan yang mudah. Sudah cukup masanya untuk mereka mampu mengajar orang lain, tetapi mereka memboros pembelajaran dan fikiran dan deria percakapan mereka (Ibr 5:12-14). Sebelum bercakap, kamu harus mendengar, renung, belajar, dan memakai kebenaran.
Tuhan Yesus Kristus Yang Maha Bahagia ada lidah orang terpelajar dan tahu bagaimana untuk berucap dengan baik (Yes 50:4). Dia memakai fikiran dan deria ucapan untuk menghibur, memberi makan, memberi amaran, dan menegur banyak orang (Yes 61:1-3). UcapanNya menyukakan kawan-kawanNya dan membingungkan musuh-musuhNya (Mat 7:28-29; 22:46; Mar 12:37; Luk 4:22; Yoh 7:46). Akankah kamu belajar untuk berucap sepertiNya (Efe 4:29; Kol 4:6)?
Hai pembaca, kejahilan berkelimpahan, dan orang lain memerlukanmu. Akankah kamu menyebarkan pengetahuan Allah pada hari ini dengan mulutmu? Atau akankah kamu mengisi udara dengan kebisingan dan kebebalan? Ingat amaran Yesus Kristus ini: “Tetapi aku berkata kepadamu, Bahawa bagi setiap perkataan kosong yang diucapkan manusia, mereka akan memberi pertanggungjawaban bagi itu pada hari penghakiman” (Mat 12:36).