Amsal · Proverbs

17:18
Orang yang kekosongan pemahaman berjabat tangan, lalu menjadi penaja jamin di kehadiran kawannya.

Orang yang menjunam ke dalam risiko mengikut gerak hati adalah bebal. Tanpa memikir, mereka membuat perjanjian kewangan yang mereka tidak patut buat. Sementara menyombong dengan keangkuhan, mereka mahu kelihatan lebih kaya daripada keadaan sebenar mereka. Sementara rabun jauh, mereka tidak dapat melihat bahawa janji-janji yang dibuat pada hari ini mungkin lebih daripada apa yang mereka mampu bayar pada masa depan. Untuk mengagumkan rakan-rakannya, merekamenandatangani janji pinjaman atau janji penunaian sesuatu bagi pihak lain.Orang berhikmah mencari jalan untuk mengurangkan risiko, tetapi orang-orang bebal ini tidak faham.

Berjabat tangan ialah budaya saling menggoncang tangan untuk mengesahkan seseorang punya janji, walaupun kerap kali ia hanya memegang tangan orang lain. Berjabat tangan ialah perbuatan yang berlebihan kepada sesuatu tindakan – tangan saling dipegang teguh untuk memantapkan suatu transaksi atau janji sesuatu niat. Dalam konteks amsal ini, tangan-tangan yang dipegang adalah untuk menjamin sokongan kewangan bagi seorang kawan dengan kredit yang kurang baik.

Seorang penajajamin ialah penjamin. Si bebal itu menjamin hutang kawannya dengan menjabat tangan si pemiutang dan berjanji untuk membayar kalau kawannya tidak. Walaupun orang yang memberi pinjaman itu tidak ingin menerima baik aset-aset kawannya mahupun akhlak kawannya, si bebal dalam hal kewangan dengan berani menunjuk-nunjuk kuasa ekonominya untuk melengkapkan urusan itu. Banyak isteri dan anak telah belajar terlalu lambat bahawa aset-aset keluarga dan pendapatan masa depan sudah dijanjikan kepada orang lain hanya kerana ada seketika dahulu suatu tindakan kewangan melulu yang bebal telah dibuat.

Membantu seorang kawan dalam keperluan dengan sedikit sokongan kewangan bukan salah. Tetapi terlebih-lebih berjanji dengan menanggung liabiliti bersyarat yang keterlaluan merupakan perkara yang berbeza. Suatu rayuan daripada kawan yang malas dan fikiran-fikiran angkuh untuk berjaya mencapai kelulusan suatu urus niaga boleh membentuk suatu godaan yang sungguh berkuasa. Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perampasan katilnya hanya kerana urusan sedemikian (Ams 22:26-27). Dia telah memberitahu anak lelakinya untuk keluar daripada perjanjian sedemikian dengan keterdesakan seekor rusa yang cuba melepaskan diri daripada si pemburu atau seekor burung daripada si pemikat burung (Ams 6:1-5). Menandatangani janji pinjaman bagi orang lain ialah bahaya kewangan yang besar (Ams 11:15; 20:16; 27:13).

Banyak orang politik dan kerajaan melanggari peraturan yang mudah ini. Orang berhikmah mengurangkan risiko kewangan dan meminimakan liabiliti bersyarat. Tetapi orang yang sedang bertanding untuk jawatan teramat tergoda untuk menjanjikan hal-hal yang besar. Bagaimana caranya yang halal untuk membeli undi? Sementara tidak boleh merasuah setiap pengundi, mereka sebaliknya menjanjikan faedah-faedah masa depan kepada setiap pengundi, meskipun seluruh kos manfaat demikian adalah tidak mungkin secara kewangan dan/atau secara politik. Mereka sama ada sudah ditolak daripada jawatan kerana tidak menunaikan janji, atau mereka berputus untuk berbelanja defisit supaya dapat memenuhi hutang-hutang mereka.

Pelajarannya mudah. Jangan saling meminjam pinjaman, kecuali jumlahnya kecil, situasinya memang terdesak, dan ia bagi keperluan yang benar. Pelajaran-pelajaran lain adalah cukup nyata: Bencilah hutang; Kurangkan risiko; Biar diri diinsurankan; Elakkanlah kontrak; Takut akan pajak gadai; Hadkan janji-janjimu; Suka tunai; Benci kredit; Sanjungi penabungan; Maksimakan pengadaran kredit; Beri kewaspadaan kepada kawan-kawan terhadap bahaya pinjaman.

Pertimbangkan kisah penajajaminan yang paling besar di seluruh alam semesta. Allah merupakan si pemiutang. Para pendosa merupakan penghutang, dan mereka tidak dapat membayar atau membeli kemerdekaan mereka. Sifat Allah yang kudus mewajibkan mereka untuk mati dan dilemparkan selamanya ke penjara penghutang lautan api. Tetapi seorang Penguasa melangkah ke depan lalu berjanji untuk membayar bagi mereka. Adakah Dia benar? Ya! Bagaimana? Dengan cara mati bagi mereka! “Dengan sebegitu banyak telah Yesus dijadikan jaminan bagi suatu wasiat yang lebih baik” (Ibr 7:22).

Hai pembaca, kamu seorang pendosa yang banyak berhutang kepada Allah Yang Maha Kuasa. Jika Yesus bukan Penajajamin bagimu untuk menjamin kewajaranmu kepada Allah, maka kamu akan bayar bagi dosa-dosamu di alam seksaan kekal (Wah 20:10-15). Larilah kepada Yesus Kristus dan rayulah kepadaNya untuk menjadi jaminanmu dengan bertaubat bagi dosa-dosamu, sementara percaya kepadaNya sebagai Anak Allah dan satu-satunya penajajamin bagi para pendosa, dan melakukan apa yang diwajibkanNya untuk menjadikan keselamatanmu pasti (Mat 7:21; 2Pet 1:5-11; 1Tes 1:2-4).