Amsal · Proverbs

17:19
Dia yang menyukai persengketaan menyukai pelanggaran: dan dia yang menyanjungi pintu gerbangnya mencari kebinasaan.

Lelaki yang sejati suka bergaduh. Itu bohong! Bergaduh ialah dosa, dan ia membawa kepada dosa-dosa yang lain. Lelaki yang suka bergaduh suka berdosa, kerana itulah apa yang mereka buat dengan roh mereka yang suka berbalah, yang suka berdendam, dan yang suka keganasan. Lelaki yang salih ialah pendamai (Mat 5:9; Rom 12:18; Yak 3:17-18). Satu-satunya perjuangan yang boleh kita lawan ialah perjuangan kudus untuk kebenaran (Neh 13:23-28; Yud 1:3).

Lelaki yang sejati membela dirinya sendiri. Itu juga bohong! Pengharapan untuk melindungi dan menyanjungi dirimu ialah keangkuhan, kebongkakan, dan kesombongan. Lelaki yang suka menyanjungi diri sendiri sedang berharap untuk dibinasakan, kerana itu apa yang sedang datang (Ams 16:18; 18:12; 29:23). Orang yang salih adalah rendah hati, suka menunduk dan mengelak menghebohkan diri sejauh semungkin (Ams 15:33; 18:12; 29:23).

Dua klausa di dalam amsal ini berhubung kait dengan rapat. Klausa yang pertama mengutuk perbuatan bergaduh sebagai dosa, dan klausa yang kedua menjanjikan kebinasaan kepada orang yang angkuh. Apakah hubung kait kedua-dua klausa ini? Keangkuhan itulah yang menyebabkan pergaduhan (Ams 28:25). “Hanya oleh keangkuhan datangnya perbalahan: tetapi yang telah dinasihati dengan baik datangnya hikmah” (Ams 13:10). Segala persengketaan akan berakhir dengan lekas kalau tiada keangkuhan manusia.

Pertimbangkan klausa yang pertama. Betapa serius amarannya! Jika kamu suka bertengkar, berbahas, berlawan, bercekcok, atau bertikai, kamu pasti mencintai dosa, sebab itu apa yang sedang kamu buat. Tetapi Allah berkata, “Biarlah segala kepahitan, dan murka, dan amarah, dan kekecohan, dan percakapan jahat, dibuang daripada kalian bersertakan segala niat jahat: Dan kalian jadilah baik hati terhadap satu sama lain, berlemah-lembut, dan saling mengampuni satu sama lain, seperti Allah demi Kristus telah mengampuni kalian.” (Efe 4:31-32).

Jika kamu terangsang adanya pergaduhan yang mungkin tercetus, hentikannya! Pergaduhan akan bertambah hangat, kecuali salah satu pihak mengakhirinya (Ams 17:14; 26:21). Elakkanlah orang yang suka marah, kerana mereka dengan bebal suka bergaduh (Ams 15:18; 22:24-25; 29:22). Tolaklah orang yang suka membenci, kerana ia kasih yang mengakhiri pergaduhan (Ams 10:12; 17:9; 1Pet 4:8). Jadilah pendamai pada bila-bila masa dan di mana jua, sebab orang sebegitu adalah hebat di pandangan Allah dan akan diganjari (Mat 5:9; Rom 12:18; 14:17-19; 1Kor 1:10; Efe 4:3; Yak 3:17-18).

Tolaklah para pembawa mulut, kerana mereka menyebabkan pergaduhan (Ams 16:28; 26:20). Jika kamu melihat seorang pencemuh – orang yang memandang hina pembetulan, singkirkannya, kerana dia juga menyebabkan pergaduhan (Ams 22:10). Pergaduhan datang daripada nafsu-nafsu dagingmu yang berdosa, yang harus ditolak (Gal 5:19-21; Yak 4:1). Lakukanlah yang paling baik untuk memulaukan dirimu dan kawan-kawanmu daripada mana-mana jiwa yang suka berbalah dan yang mahu bergaduh.

Pertimbangkan klausa yang kedua. Satu lagi amaran yang serius! Jika kamu menyanjungi dirimu, kamu akan dibinasakan. Pintu gerbangmu ialah harta milikmu, reputasimu, atau pengaruhmu. Jangan menyanjungi hal-hal ini. Keangkuhan membawa pembinasaan (Ams 16:18). Kerendahan hati jauh lebih baik (Ams 16:19; Maz 138:6). Allah dan orang baik akan menghormati dan mengganjarimu, jika kamu dengan rendah hati dan dengan diam-diam memenuhi perananmu dalam kehidupan.

Biar orang lain memujimu, tetapi jangan sendiri melakukannya (Ams 27:2). Biar sikapmu selalu mencari tempat duduk yang paling rendah di acara-acara keramaian (Ams 25:6-7). Belajarlah jalan Allah untuk disanjungi – dengan merendahkan dirimu sendiri (Luk 14:11). Jadilah seperti Yohanes Pembaptis, “Dia harus semakin bertambah, tetapi aku harus semakin berkurang” (Yoh 3:30). Rendahkanlah dirimu di bawah tangan Allah yang kuat; Dia akan menyanjungimu (1Pet 5:6; Yak 5:6,10).

Lakukanlah apa yang kamu mampu untuk memulaukan dirimu dan orang yang kamu sayangi daripada orang yang angkuh dan yang sombong, sebab mereka akan membawa penghakiman Allah dan juga penolakan daripada orang yang baik. Mereka tidak patut menjadi kawanmu atau dibenarkan apa pun urusan di dalam perniagaan atau gereja. Roh yang bongkak harus dididik dan diusir keluar daripada anak. Sanjungilah kerendahan hati dengan apa pun cara yang kamu boleh buat untuk membawa keredaan Allah dan manusia.