19:15
Kekukangan membuang ke dalam tidur yang lelap; dan jiwa yang melahu akan menderita kelaparan.
Kekukangan adalah untuk melakukan tugas dengan perlahan. Ia adalah untuk merasa jemu terhadap pekerjaan dan merasa geram terhadap usaha yang diwajibkan tugas itu; dan ini ialah kitaran yang kejam. Kemalasan itu menghilangkan tenaga, memperlahankan dirimu, menakut-nakuti semangatmu, dan menjadikan dirimu tidur. Kemalasan melahirkan lebih kemalasan sehingga kamu menjadi suatu lagi sampah masyarakat. Ia membawa kepada, “Aku terlalu letih untuk berbuat apa-apa; jadi aku fikir aku akan tidur untuk seketika”. Lama-kelamaan, perbuatan makan pun akan rasa terlalu “letih” bagi dirimu (Ams 19:24; 26:15)!
Apakah kesan-kesan kemalasan? Di masyarakat yang salih, kamu akan mati kelaparan. Yesus Kristus yang diceritakan Alkitab tidak membenarkan orang yang malas untuk makan (Ams 20:4; 2Tes 3:10)! Jiwa yang melahu, iaitu, seorang yang tidak melakukan tugasnya, akan menderita kelaparan. Oleh sebab kamu malas, majikan yang baik tidak akan menaikkan pangkatmu atau gajimu; kamu akan kekal di pangkat yang paling rendah dan menjadi semakin miskin (Ams 10:4; 12:24; 13:4). Tidak lama kemudian kamu tidak akan ada cukup makan.
Apakah itu kekukangan? Ia bersikap seperti kukang! Apakah kukang? Kukang itu sesuatu mamalia yang hidup di atas pokok di negara-negara khatulistiwa seperti di Amerika Selatan, Malaysia, dan Indonesia. Ia bergerak dengan sangat perlahan – dengan terbalik. Ia adalah mamalia yang paling lambat dan berjalan sungguh lembap apabila di atas tanah (hanya 5 kaki seminit). Apabila bergerak di atas pokok terbalik, ia lebih cepat (sekitar 12 kaki seminit). Kukang ialah binatang yang sangat malas dan tidur untuk 15 jam sehari secara purata.
Setiap hari membawa ujian untuk mengesahkan dirimu sebagai seekor kukang ataupun tidak. Salah satu ujian ialah pada waktu pagi, sewaktu masa untuk bangun. Apakah yang dilakukanmu? Jika kamu berguling-guling, memeluki diri dengan selimut, dan berharap tidak perlu berjaga, maka kamu seekor kukang. Salomo memperolok-olok perbuatan kamu dengan menyamakan dirimu dengan pintu yang disokong engsel, berulang-alik dalam keselesaan selimut kamu sehingga kemiskinan itu membinasakanmu (Ams 6:9-11; 24:33-34; 26:14). Orang yang tekun bersyukur untuk satu hari lagi, suatu tempat untuk bekerja, dan tugas-tugas untuk dibuat; mereka bangkit dan langsung bergerak.
Satu lagi ujian ialah waktu kamu berselisih dengan tugas yang kamu tidak suka, seperti sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk kotor, atau suatu laman rumah yang perlu dipotong rumputnya pada hari yang panas terik. Kamu mungkin, melompat melangsungkan tugas itu, ataupun memberitahu diri sendiri betapa deritanya untuk bekerja begitu rajin, dan merungut dan melarat sepanjang perlaksanaan tugas itu. Jangan menjadi kukang! Jangan memikir betapa susahnya tugas itu! Fikirlah tentang hal besyukur untuk kesihatan, kekuatan, matahari, mesin rumput, rumput, dan untuk memiliki laman kamu sendiri. Keluarlah ke sana dan jadikannya suatu pemandangan yang indah.
Orang yang rajin bekerja, menyiapkan kerjanya sebelum orang lain, menikmati kerja keras, mempunyai rasa pencapaian, dan diberi ganjaran oleh Allah dan manusia. Dia sedang maju. Dia memandu kereta yang barunya melewati laman orang yang malas dan melihatnya menapak [melangkah dengan berat] di belakang mesin rumputnya. Orang yang malas menyiapkan kerjanya dengan lebih lambat, merungut akan segala sesuatu, dan diremukkan oleh semangat yang kalah dan letih, dan dia kereta “second-hand” dia dirampas balik kerana tidak menjelaskan hutang. Pecatlah si lamban itu! Pekerja yang bekerja keras itu berbahagia, dinaikkan pangkat, dan meminta untuk OT. Orang yang kekukangan itu hanya merindui tidurnya.
Ini semua berkenaan dengan perangai. Dan perangai kamu ialah pilihan kamu. Jika kamu bangun dengan lambat dan dengan berharap kamu masih berada di atas katilmu, maka kamu akan menghilangkan tenagamu dan menjadikan diribergerak lembab. Jika kamu memulakan tugas dengan keluhan dan dengan geram, maka tugas itu akan dirasai sebagai gunung yang tidak habis-habis. Setiap tugas orang kekukangan ada pagar berduri yang menghalang jalannya (Ams 15:19). Tetapi jika kamu melompat pada waktu pagi, dan berterima kasih kepada Allah untuk satu hari lagi untuk berkhidmat bagiNya, maka kamu boleh menghabiskan beberapa tugas sebelum tengah hari, mendapat suatu rasa pencapaian, damai dan sukacita, dan beroleh kejayaan.