19:16
Dia yang memelihara perintah memelihara jiwanya sendiri; tetapi orang yang memandang hina jalan-jalan dia akan mati.
Adakah kamu mengambil berat akan dirimu sendiri? Ada cara hidup yang membawa kebahagiaan dan kejayaan, dan ada cara hidup yang akan membunuhmu. Pilihan itu kepunyaanmu. Hasil-hasil pilihanmu kepunyaan Allah. Kesan-kesannya adalah pasti. Adakah kamu mengasihi atau memandang hina jalan Allah sebagai pedoman menjalani kehidupanmu?
Jika kamu memegang perintah Allah, kamu memelihara diri daripada kepedihan dan masalah. Jika kamu memandang hina jalan-jalan Allah, kamu membunuh diri. Allah Sang Pencipta tidak memberi perintah cara hidup manusia supaya merosakkan nikmat manusia; Dia memberi perintah supaya manusia memaksimakan kehidupan. Orang yang bebal dan yang suka memberontak itulah yang menolak firmanNya lalu merosakkan kehidupan sendiri dengan pelbagai cara.
Apakah perintah untuk memelihara jiwamu? Ia semua perintah Allah, merangkumi semua bahagian kehidupan yang setiap perintah mungkin dapat dipakai (Maz 119:128). Kata nama yang tunggal untuk “perintah” ialah kata nama kelompok bagi semua perintahNya (Ams 6:20,23; 13:13). Kata nama yang tunggal itu juga merupakan takut akan Tuhan, yang melibatkan semua perintah yang lain (Ams 1:7; 19:23; Maz 111:10; 112:1; Pkh 12:13).
Orang yang memelihara perintah Allah sedang melakukan sesuatu yang sangat baik bagi jiwanya sendiri. Dia sedang mengejar hikmah dan segala manfaat hikmah bagi kehidupannya (Ams 4:4-9). “Lebuhraya orang jujur adalah untuk meninggalkan kejahatan: dia yang menjaga jalannya mengekalkan jiwanya” (Ams 16:17). “Sesiapa yang menjaga mulutnya dan lidahnya menjaga jiwanya daripada masalah” (Ams 21:23).
Bagaimanakah manusia memandang hina jalan-jalan Dia? Dia menolak jalan-jalan Allah kerana pelbagai aspek kehidupannya. Kamu harus faham “jalan-jalan dia” sebagai jalan-jalan Allah, kerana Allah harus difaham secara elipsis dari klausa yang pertama, dan kerana manusia tidak benar-benar membenci jalan mereka sendiri. Orang di sini percaya dirinya mempunyai gagasan yang lebih baik berkenaan cara hidup, maka dia menolak nasihat Allah bagi kehidupannya.
Apakah kesan-kesannya? Ketika seseorang memilih jalannya sendiri untuk sesuatu keputusan yang menyimpang dari jalan Allah, dia memilih maut. “Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya merupakan jalan-jalan maut” (Ams 16:25). “Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya merupakan jalan-jalan maut” (Ams 14:12). Dengarkah kamu amaran itu?
Wahyu Allah yang tidak pernah salah, iaitu Alkitab, mengajar manusia bagaimana untuk berbahagia dan untuk berjaya. Jika mereka memberontak menentang hikmahNya, mereka membawa kepada diri sendiri padah disfungsi, kepedihan, kesesakan dan akhirnya maut. Mereka mati awal dengan kemalangan, hukuman mati, penyakit, balas dendam, atau penghakiman Allah. Jika seseorang benar-benar mengambil berat akan dirinya, dia akan memegang perintah-perintah Allah.
Beginilah caranya Musa mengajar hikmah ini kepada Israel, “Kalian akan berjalan di dalam semua jalan yang telah diperintahkan TUHAN Allah kepada kalian, supaya kalian dapat hidup, dan supaya ia dapat beroleh baik bagi kalian, dan supaya kalian dapat memanjangkan hari-hari hayat kalian di tanah yang akan dimiliki kalian” (Ula 5:33). Dan, “Sebab itu bukan sesuatu yang sia-sia bagi kalian; kerana ia merupakan hidup kalian: dan melalui itu kalian akan memperpanjangkan hari-hari hayat kalian di negeri, di mana sahaja kalian pergi menerusi Yordan untuk menaklukinya” (Ula 32:47).
Pertimbangkan contoh yang mudah difaham. Daripada menghormati ibubapa seperti yang diperintahkan Allah, manusia sebaliknya membenarkan sikap biadap, gurauan, dan pemberontakan, dengan tidak pernah sedar bahawa orang bebal yang biadap demikian akan akhirnya berselisih dengan kekuasaan manusia yang akan meremukkan mereka, dan mereka kehilangan berkat-berkat Allah yang telah dijanjikan dalam hal menghormati ibubapa (Kel 20:12; Efe 6:2-3). Ia salah untuk menolak perintah Allah ini.
Pertimbangkan satu lagi contoh. Daripada menjadi setia kepada satu pasangan yang telah diperintahkan Allah, manusia sebaliknya menyanjungi seks bersahaja dan perzinaan, dengan tidak pernah sedar bahawa orang bebal yang suka persetubuhan rambang akan akhirnya berpenyakit, bercerai, sunyi, dipedihkan selamanya, tidak dikasihi, atau dibunuh. Mereka ada kemungkinan sudah dapat menikmati seorang pasangan yang setia dan keluarga yang bahagia, tetapi mereka mahu menuruti jalan mereka sendiri.
Pertimbangkan suatu lagi contoh. Daripada mendidik anak dengan kaedah-kaedah mudah yang diajar Alkitab, terutamanya dalam buku Amsal ini, kebanyakan ibubapa fikir mereka boleh mengikuti jalan-jalan yang permisif [suka mengizin]dan yang berkompromi yang disyorkan ahli-ahli psikologi yang duniawi. Mereka tidak pernah menanggap mengapa anak-anak mereka menyebabkan sebegitu banyak dukacita, kepedihan, perbelanjaan, dan keaiban kepada diri mereka. Mereka telah memandang hina jalan-jalan Allah.
Pertimbangkan suatu lagi contoh. Daripada bersyukur untuk hikmah, modal, dan pertaruhan risiko yang harus dipikul seorang usahawan yang membina syarikat dan menggajikan pekerja, orang bebal bersubahat dengan orang bebal yang lain untuk membentuk kesatuan dan menuntut gaji dan faedah yang lebih tinggi bagi kerja mereka yang sedikit itu. Daripada ketekunan dan kesetiaan, mereka memilih kekukangan dan pemberontakan. Syarikat itu terpaksa tutup, dan mereka kehilangan kerja. Mereka memandang hina jalan Allah yang wajar untuk melayani majikan.
Pertimbangkan suatu lagi contoh. Daripada menyukat gereja dengan doktrin dan amalan sihat seperti yang ditemui dalam Alkitab, kebanyakan orang memilih gereja mereka sendiri oleh program, kepopularan, atau kemakmuran. Mereka akhirnya hairan akan jiwa mereka yang nampaknya mati, dan jawapannya adalah bahawa mereka telah merayau keluar dari jalan pemahaman dan menyimpang ke dalam jemaah orang mati (Ams 21:16).
Allah akan suatu hari memisahkan semua orang pada Hari Penghakiman – orang yang melakukan kehendakNya, dan orang yang melakukan jalan sendiri. Yesus telah memberi amaran, “Bukan semua orang yang berkata kepadaku, Tuhan, Tuhan, akan masuk ke dalam kerajaan syurga; melainkan dia yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga. Banyak yang akan berkata kepadaku pada hari itu, Tuhan, Tuhan - Dan kemudian aku akan menyatakan kepada mereka, aku tidak pernah mengenalmu: Nyahlah daripadaku, kalian yang mengerjakan kedurjanaan” (Mat 7:21-23).
Seorang penyanyi di Amerika, Frank Sinatra (1915-1998), kerap kali menyanyi apa yang dianggap lagunya yang paling popular, “I Did It My Way” [Aku Telah Menuruti JalanKu Sendiri]. Sejak dia mati dan bertemu dengan Sang Penciptanya, dia telah belajar bahawa dia tidak patut menjalani kehidupannya menurut jalannya sendiri. Dia patut menjalani kehidupan menurut jalan Allah.
Inginkah kamu satu peraturan bagi kehidupan? “Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu; dan janganlah bersandar kepada pemahamanmu sendiri. Dalam segala jalanmu akuilah dia, dan dia akan mengarahkan jalanmu” (Ams 3:5-6). Daripada memandang hina jalan-jalanNya, sebaliknya, rendahkanlah dirimu sendiri dan hargailah jalan-jalanNya. “Aku akan merenung ketetapan-ketetapanmu, dan mengamati segala jalanmu” (Maz 119:15). Mana satu bahagian kehidupanmu pada hari ini yang kamu memakai jalanmu sendiri dan bukan memakai jalan Allah? Bertaubatlah pada hari ini juga.