19:14
Rumah dan kekayaan ialah warisan daripada ayah: dan seorang isteri yang berhemat ialah kurniaan Tuhan.
Di sinilah dua peraturan untuk hikmah perkahwinan dan keluarga. Hanya Allah Alkitab boleh menaruh sebegitu banyak hikmah dalam sebegitu sikit perkataan. Adakah kamu faham dua peraturan untuk kejayaan di sini? Adakah kamu faham bagaimana untuk memakai hikmah secara praktikal dalam kehidupanmu atau kehidupan orang yang kamu kasihi?
Ayah yang baik meninggalkan suatu warisan bagi anak-anaknya, dan hanya seorang isteri yang berakhlak mulia boleh jadi. Jika setiap ayah secara kewangan membekal bagi anak-anaknya, maka setiap keadaan generasi kemudian akan lebih maju. Jika setiap keluarga menuntut perempuan yang cemerlang, maka setiap generasi kemudian akan lebih maju dalam kesalihan. Dua peraturan ini ialah asas bagi pembinaan suatu keluarga yang hebat, dan yang salih untuk jangka masa yang panjang.
Kebanyakan lelaki tidak meninggalkan warisan bagi anak-anak mereka. Mereka gagal kerana dua alasan yang besar. Mereka sama ada tidak cukup bekerja keras dan tidak cukup bijak untuk menjanakan pendapatan melebihi keperluan, ataupun mereka membazirkan pendapatan mereka melalui perbelanjaan bebal atau pelaburan yang terlalu berisiko. Mereka sama ada terlalu kekukangan untuk mencari nafkah yang melebihi perbelanjaan, ataupun mereka terlalu bebal atau bersikap mementingkan diri sendiri sehingga tidak mengekalkan modal bagi generasi yang kemudian. Kedua-dua itu merupakan dosa yang dikutuk oleh Salomo (Ams 18:9).
Anak harus membantu ibubapa yang keperluan (1Tim 5:4-8,16), tetapi ini bukan rancangan Allah untuk keluarga yang hebat. Ibubapa yang tidak menyediakan bekalan untuk diri sendiri dan yang memerlukan bantuan daripada anak-anak mereka pada umur tua, membinasakan keluarga. Orang Kristian harus menabung bagi cucu mereka, dan bukan untuk ibubapa mereka (2Kor 12:14). Orang baik meninggalkan suatu warisan bagi anak-anak dan cucu-cucu (Ams 13:22). Inilah peraturan Allah bagi keluarga yang hebat. Maklum akan Kaleb dan Ayub (Yos 15:17-19; Ayb 42:12-17).
Keluarga yang besar memerlukan lebih daripada kekayaan untuk kemakmuran. Mereka juga memerlukan berkat perempuan yang berakhlak mulia, sebab oleh akhlak, ketekunan, reputasi, dan didikan mereka, keluarga dibantu untuk menjadi hebat (Ams 14:1; 31:10-31). Perempuan hebat menjadikan keluarga hebat. Mencari seorang isteri yang sederhana adalah mudah; mencari seorang isteri yang hebat adalah seperti mencari untuk harta karun yang tersembunyi. TUHAN mesti memberkati pencarian demikian dengan syarat-syaratNya dan dengan keredaanNya (Ams 31:30; 18:22).
Seorang perempuan yang malas, duniawi, atau menganggap diri sendiri benar akan menghalang sebuah keluarga menjadi hebat. Dia akan menjejaskan anak lelaki yang dia lepaskan untuk berkahwin, dan cucu-cucunya akan ada teladannya dan bakanya. Biar Allah melarangkannya! Ibubapa yang berhikmah mengelak gadis-gadis yang sederhana; mereka merayu kepada Allah dan mencari perempuan yang cemerlang – perempuan yang jarang dan yang ada banyak ketekunan, budi baik, kerohanian, dan kerendahan hati. Ibubapa patut menyerlahkan contoh-contoh daripada alkitab dan teladan kehidupan para perempuan yang jarang ini.
Seorang perempuan yang hebat boleh menyumbang lebih kepada sebuah keluarga berbanding kebanyakan faktor yang lain. Jangan berpuas hati dengan tahap perempuan yang kurang daripada itu. Carilah dan menangilah mereka dengan kecerdikan yang bersungguh-sungguh. Berdoa dengan membara dan dengan kerap kali untuk harta yang jarang ini. Pakailah mana-mana jalan untuk mencari seorang perempuan yang hebat untuk setiap anak lelaki dan cucu lelaki. Jangan sesekali mengkompromikan satu peraturan Alkitab pun berkenaan isteri, sebab kalau demikian kamu akan menderita. Jangan biar apa pun mengalihkan perhatian atau menghalangmu daripada menuntut yang paling baik. Jangan berpuas hati dengan yang sederhana. Larang anak-anak lelakimu daripada kahwin kurang daripada tahap perempuan yang hebat (Kej 26:34-35; Hak 14:1-3). Carilah perempuan yang kudus bagi mereka (Kej 24:1-67; 28:1-5; Ezr 2:61).
Hai ibubapa, tangkaplah visi ini! Rancanglah sekarang, bersiap sedia sekarang, dan berdoa sekarang untuk membina suatu keluarga yang salih untuk generasi-generasi yang akan datang dengan menabung wang bagi anak-anakmu dan cucu-cucumu dan dengan mengembara ke semua tempat untuk mencari perempuan yang hebat. Jadilah perancangan harta pusakamu itu suatu matlamat yang salih. Percayalah kepada TUHAN; tetapkanlah ketakutan TUHAN syarat yang paling penting; dan rayulah kepadaNya untuk belas kasihan dalam pencarianmu untuk perempuan yang salih. Serahkanlah projek keluarga ini kepadaNya untuk kehormatanNya dan kemuliaanNya.