19:18
Hukumlah anakmu sementara ada harapan, dan janganlah jiwamu melepaskannya kerana tangisan.
Adakah kamu mengingini suatu keturunan yang memuliakan Allah, memanfaatkan manusia, dan membahagiakan anak-anakmu? Allah Pencipta dan Raja Solomo telah memberi kepadamu dua peraturan yang penting di dalam amsal ini. Betapa istimewanya untuk mengenal kedua-dua peraturan yang sungguh benar ini, tetapi kamu harus memakaikannya untuk menikmati manfaatnya.
Ada harapan untuk anakmu tak? Ia bergantung kepada berapa umur mereka. Apabila sudah tetap di dalam jalan-jalan berdosa, ia sungguh sukar untuk menterbalikkan fikiran bebal mereka itu. Mungkin hanya suatu mukjizat yang dapat memulihkan mereka, tetapi Allah tidak berjanji untuk memberi mukjizat bagi orang tua yang malas. Jadilah serius pada hari ini berkenaan hal mendidik anak.
Didiklah anakmu pada hari ini: esok mungkin sudah terlambat. Jangan membazirkan satu hari pun. Kamu tidak mempunyai masa selama-lamanya. Mereka bertumbuh cepat kepada umur yang tidak dapat diajar lagi, dan selepas itu mereka sudah lesap daripada pengaruhmu itu. Usaha-usaha untuk mendidik atau menghukum pada waktu itu besar kemungkinan akan memprovokasi mereka. Waktu itu mungkin sudah terlambat.
Allah telah memberikan mereka kepadamu dalam keadaan yang tidak berdaya dan terbuka untuk diberi arahan. Dia telah memberikan kamu suatu tempoh masa untuk mendidik mereka, yang akan tutup dengan sangat cepat. Selepas itu, kamu kena berdoa untuk suatu mukjizat, yang Allah tidak pernah berjanji untuk memberi, jika kamu telah memilih untuk tidak pedulikan atau memilih untuk menolak hikmahNya pada waktu umur kecil mereka itu.
Amsal ini ada dua pelajaran yang jelas bagi kamu. Mendidik anak dan perbuatan menghukum anak yang berkenaan dengannya itu haruslah dibuat awal-awal didalam kehidupan anak, dan hukuman ini harus dilakukan dengan cukup tegas untuk menyebabkan kesakitan yang wajar, tanpa kompromi kerana simpati bebal ibubapa atau rayuan tangisan oleh anak itu.
Mendidik anak itu bukanlah suatu pilihan; ia merupakan suatu perintah (Ams 22:6; Efe 6:4). Menghukum itu bukanlah suatu pilihan; ia merupakan suatu perintah (Ams 23:13-14; 29:15,17). Perbuatan menghukum itu ialah pemakaian hukuman untuk menghasilkan kesakitan bagi penguatkuasaan dan pengukuhan didikan.
Hukuman. Mengenakan disiplin atau hukuman bagi pembetulan; Mengenakan siksaan bagi tujuan kemajuan moral; meperbetulkan, disiplin, menghukum.
Hukuman pembetulan yang diajarkan Allah di sini adalah melalui pemakaian tongkat (Ams 13:24; 22:15; 23:13-14; 29:15). Kuda dilatih untuk berlari pantas dengan suatu cemeti; keldai dikawal dan dijadikan berguna dengan kekang; orang bebal diperbetulkan daripada kebebalan dengan suatu tongkat (Ams 26:3; 10:13). Beberapa sebatan pada bahagian belakang tubuh merupakan suatu kaedah didikan yang sungguh ajaib, sepertimana banyak generasi orang Amerika dahulu dan juga orang lain dapat bersaksi, jika mereka ada peluang (Ams 19:29; 20:30).
Oleh sebab pengaruh Benjamin Spock yang keliru itu, yang telah menyangkal semua khayalannya sebelum dia meninggal, memukul dengan rotan sekarang dianggap sebagai dera, gasar, kejam, atau ketinggalan zaman. Tetapi ia dulu diamalkan oleh semua bangsa dengan hasil yang baik, sepertimana Solomo jelas-jelas ajarkan. Pertimbangkan catatan Ensiklopidia Britannica Edisi yang ke-14 yang bersaksi bagi orang tua-tua dahulu tentang sebatan:
SEBATAN ialah salah satu kaedah hukuman yang paling banyak dipakai sejagat bagi menghukum jenayah, dan juga dipakai sebagai cara untuk mengekalkan disiplin keluarga, disiplin dalam negara, disiplin tentera dan disipin sekolah.
Apa yang telah terjadi kepada sambutan hebat kaedah disiplin yang alkitabiah, berhikmah, jelas, dan sejagat ini? Ia telah dilemparkan keluar bersama-sama Allah, Alkitab, Sepuluh Hukum Allah, doa di dalam sekolah, ciptaan, badjet yang seimbang, perlindungan bagi yang belum lahir, perkahwinan yang berdasarkan hanya antara lelaki dan perempuan, tanggungjawab peribadi, tugas dan kemuliaan, dan pendidikan sekolah menengah yang cukup baik untuk membaca dan memahami The Federalist Papers.
Tiada idea yang lebih baik daripada memukul untuk menghukum anak. Allah menutup perbicaraan isu ini melalui peraturan-peraturan mendidik anak oleh Raja Solomo di dalam buku Amsal. Sejarah, pemerhatian, dan akal budi mengesahkan hikmah ini. Kamu tidak dapat memajukannya tak kira betapa banyak atau betapa tinggi pendidikan penentang-penentang kaedah ini. Jika kamu membazirkan tahun-tahun muda anak-anakmu dengan mengharapkan atau mencarikan suatu pendekatan yang berlainan, mereka pasti akan memalukan dan menyusahkan kamu (Ams 29:15,17).
Dua generasi sekarang telah mengabaikan perbuatan menghukum anak, dan muda-mudi pada hari ini sudah menjadi angkuh, mementingkan diri sendiri, malas, memberontak, dan tidak berdisiplin kalau dibandingkan dengan datuk nenek mereka yang dihukum dulu. Ciri-ciri perangai yang tidak dibenarkan di dalam kanak-kanak mana-manapun seratus tahun dahulu sekarang sudah menjadi kebiasaan. Tahap prestasi di sektor awam, akademik dan kerja untuk majikan kerap kali diturunkan untuk penyelarasan kepada suatu generasi yang tidak berdisiplin. Kebebalan kaedah moden mendidik anak ini sedang mengenakan batang hidung sendiri yang dinyatakan di dalam keturunannya.
Anak, termasuk anak perempuan, akan berperangai baik apabila mereka tua jika kamu telah mendidik mereka sewaktu kecil (Ams 22:15). Kamu harus menghukum mereka awal-awal, sementara adanya harapan, sebelum terlambat (Ams 13:24). Ibubapa yang dikasihi, sila rasa terdesak pada hari ini.
Awal-awal. Pada masa, tempoh atau musim yang mula-mula sekali; awal tahun, awal kehidupan. Pada waktu yang sepatutnya, pada waktu yang wajar; sementara masih ada masa, sebelum ia terlambat.
Hukuman ialah kaedah Allah untuk mendidik anak-anakmu bagi kehidupan yang salih dan berjaya, tetapi ia harus dilakukan pada awal kehidupan. Jika kamu menunggu terlalu lama, anak-anak menjadi teguh di dalam pemberontakan, degil di dalam fikiran mereka sendiri, membentuk tabiat-tabiat sendiri, berasa geram terhadap hukuman pembetulan, dan mampu meninggalkan rumah dan hidup bersendirian. Sepertimana kamu tahu daripada hukuman sivil yang terlambat, manusia menjadi berani berbuat jahat apabila hukuman tidak dilaksanakan dengan cukup cepat (Peng 8:11).
Kamu harus bermula sewaktu mereka muda, dan selepas itu hanya peringatan yang diperlukan kemudian. Disiplin diri dan kelakuan yang betul boleh diajarkan awal-awal, dan mereka harus diajarkan awal-awal. Setiap tahun kehidupan menjadikannya lebih sukar untuk mengubahkan tabiat-tabiat dan perangai. Didiklah mereka sekarang, sementara mereka masih kecil. Hukuman tekal/konsisten yang awal-awal akan membawa lebih kebaikan daripada hukuman yang lebih keras dan lebih kerap kemudian. Lebih awal kamu bermula, lebih kurang yang diperlukan. Mulailah pada hari ini!
Didikan boleh bermula pada umur bayi, sebab Hana menyerahkan Samuel kepada imam-imam di Silo sebaik sahaja selepas dia dicerai susu (1Sam 1:24-28). Dia telah bersiap untuk hidup jauh daripada rumahnya, menurut arahan, dan bersembahyang kepada Allah pada umur yang sangat-sangat muda. Disiplin diri, suatu nilai murni yang penting, boleh diajarkan dengan berkesan dengan mengajar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disentuh kepada seorang murid yang masih memakai lampin. Kasih keibubapaan yang benar akan mencari jalan-jalan yang kreatif untuk mencapai kebanyakan matlamat-matlamat didikan ini awal-awal.
Kamu harus hukum awal-awal, dan kamu harus hukum dengan tegas. Jangan biarkan tangisan mengubahkan azam kamu itu, sebab kanak-kanak sangat cepat belajar untuk merayu, berjanji, menangis, dan menjerit untuk mengelakkan disiplin. Jangan pedulikan titisan air matanya sekarang supaya kamu dapat menyelamatkannya dan kamu akan menjauhkan tangisan yang lebih teruk kelak. Kekacauan damai di dalam rumah untuk beberapa minit sekarang sangat kecil kalau dibandingkan dengan celaka yang menjelang kalau sikap buruk mereka itu tidak ditangani. Jangan biarkan apa-apapun mengalihkan atau menghentikan kamu daripada menganggap persamaan yang serius ini.