Amsal · Proverbs

19:17
Dia yang berbelas kasihan kepada orang miskin meminjam kepada TUHAN; dan apa yang telah dia beri akan TUHAN membayarnya semula.

Di sinilah nasihat pelaburan yang luar biasa. Dari manakah kamu dapat menemui kadar pulangan yang langsung tiada risiko dan yang membayar dividen yang terjamin baik di kehidupan ini mahupun di kekekalan? Sejarah punya raja yang paling kaya, Salomo, memberitahumu tentang suatu pelaburan yang paling terjamin yang membawa pelbagai keuntungan yang besar berterusan.

Membantu orang miskin secara kewangan adalah seperti memberi pinjaman kepada TUHAN Jehovah. Kiasan metafora ini sungguh berkuasa. Allah yang sejati ialah risiko kredit yang hebat. Dia akan pasti membayar balik, dan Dia akan menambah bunga dan berkat-berkat bersama balasan itu. Kamu tidak akan pernah kerugian kalau memberi kepada TUHAN. Dia mewakili orang miskin, kerana Dia telah menciptakan mereka dan sedang melindungi mereka (Maz 10:14; 12:5; 140:12; Pkh 5:8).

Kejayaan kewangan tidak sukar. Berilah itu kepada orang yang benar-benar miskin, dan Allah akan membayar kemurahanmu dengan berkat-berkat melimpah. Kemakmuran ekonomi tidak pernah sebegitu mudah. Allah Yang Maha Kuasa akan menyampaikan kemakmuran kepadamu. Jika kamu menyerak wang dengan ceria, Dia akan juga memberi pampasan balik kepadamu (Ams 11:24; Luk 6:38; 2Kor 9:7). Jika kamu menahan balik, kemiskinan akan pasti datang (Ams 11:24). Sudah tentulah, dunia dan dagingmu, yang secara semula jadi suka membenci, tidak percaya akan peraturan ini.

Amsal ini ialah hukum yang ditahbiskan oleh Allah. Percayalah dan berpeganglah kepadanya seperti yang kamu buat dengan hukum graviti dan hukum-hukum semula jadi yang lain. Program-program pendidikan perniagaan di Harvard, Stanford, dan the Wharton School ialah bahan gurau kalau dibandingkan kepada hikmah Salomo. Pengetahuan tentang amsal-amsalnya adalah lebih unggul daripada ijazah-ijazah MBA yang tolol daripada sekolah-sekolah ini (Ams 28:11; 1Tim 6:20). Sekolah-sekolah tersebut yang membenci Alkitab bukan sahaja jahil akan hikmah Salomo tetapi juga menjadikannya haram untuk diajar di sekolah.

Ada kurang perbezaan di antara orang kaya dan orang miskin, sebab Allah telah menciptakan kedua-dua mereka (Ams 22:2). Hakikat satu orang ada lebih daripada orang yang lain ialah pilihan Allah, bukan keunggulan persendirian (1Kor 4:7; Pkh 9:11). Orang kaya tidak harus sesekali pun mengolok-olok orang miskin atau bermegah-megah atas mereka (Ams 14:21,31; 17:5). Ia tugas dan keistimewaan yang takzim bagi semua orang untuk mengambil berat akan orang miskin (Ams 28:3; 29:7; Maz 41:1). Bermula dengan hatimu – adakah kamu benar-benar mengasihani orang yang benar-benar miskin?

Untuk berprihatin dan membantu orang miskin sebegitu penting kepada Allah sehingga Dia memasang berkat-berkat dan hukuman-hukuman kepada tanggungjawab belas ihsan yang tersebut. Memberi kepada orang miskin akan membawa berkat-berkat kewangan kepada si pemberi (Ams 22:9; 28:8,27; Maz 112:9). Menjadi kedekut dengan orang miskin akan membawa penghakiman kewangan ke atas si bedebah yang mementingkan diri sendiri (Ams 21:13; 22:16; 28:27). Siapa yang bertelinga untuk mendengar, biar dia mendengar.

Siapakah orang miskin, dan di manakah mereka? Mereka bukan di kaca mata televisyen yang diiklankan oleh para orang sosialis yang ingin berbuat baik dan menolak Allah dan kebenaran. Ini juga melibatkan ajaran sesat “injil kemakmuran” yang menyamar sebagai Kristian. Mereka kerap kali memakai gambar bayi yang kebuluran dan yang berperut kembung hanya untuk menambahkan aliran tunai supaya disalur keluar ke “pelayanan-pelayanan” mereka yang badaniah. Negara-negara yang sedang memperlanjutkan kemiskinan dengan kejahilan, kepercayaan karut, kekukangan, atau tradisi bukan objek untuk belas ihsan Kristian.

Orang-orang fakir miskin ialah anak-anak yatim dan para balu, atau orang lain yang sedang menderita di bawah bencana alam atau kemalangan yang Allah taruh kepada jalanmu (Yak 1:27). Orang Samaria yang baik tidak pergi ke kawasan yang sesak untuk mencari orang Yahudi yang terluka, tetapi dia bersikap sungguh-sungguh untuk membantu seorang Yahudi yang kasihan yang diketengahkan Allah kepada perjalanannya oleh penyediaan nasib (Luk 10:33). Alkitab menetapkan aturan keutamaan masing-masing sebagai keluarga, gereja, gereja-gereja lain yang berpegang kepada kebenaran, dan kemudian orang yang diketengahkan oleh penyediaan nasib Allah (1Tim 5:8; Kis 11:28-30; Rom 12:13; 15:26; Gal 6:10; 1Yoh 3:17).

Golongan fakir miskin tidak melibatkan orang bebal atau orang malas, kecuali mereka bertaubat dan melakukan segalanya yang dpaat mereka buat untuk diri sendiri. Orang yang bebal atau yang malas harus dilaparkan, kerana itulah alat ajaran yang paling baik dan keadilan yang wajar (Ams 20:4; Mat 25:1-30; 2Thes 3:10). Orang yang berhikmah dan yang tekun tidak keberhutangan untuk menyediakan dana insuran untuk orang bebal atau orang yang kekukangan. Biar si lamban atau pemboros belajar hikmah dan ketekunan menurut jalan Allah (Ams 16:26). Sistem kebajikanNya adalah sempurna.

Apakah yang harus kamu beri kepada orang miskin? Makanan, pakaian, dan tempat perlindungan, atau apa yang dikait rapat dengan keperluan-keperluan yang asas ini (Ayb 31:16-22; Yes 58:7; Yeh 18:5-9; Yak 2:15-16). Kemewahan dan kenikmatan bukanlah sifat belas ihsan yang sejati. Mempertimbangkan orang miskin bermaksud melihat keperluan mereka, bukan keinginan yang bebal mereka (Kis 2:44-45; 4:34-35). Permainan untuk Hari Krismas atau Hari Natal bukanlah belas ihsan yang sejati. Alkitab juga bukan komunis. Orang yang lebih berbakat dan yang lebih tekun layak untuk lebih menikmati kehidupan.

Di gereja-gereja Yesus Kristus, pemberian-pemberian haruslah diseliakan oleh biskop dan diaken, supaya jangan orang yang tidak layak menerima belas ihsan dan orang yang layak pula dipinggirkan. Wang di gereja purba diletakkan di kaki para rasul supaya para rasul dapat mengagih-agihkannya (Kis 4:35,37; 5:2). Ketika tugas menjadi terlalu besar bagi mereka, mereka mentahbiskan para diaken untuk tugas itu (Kis 6:1-6).

Hanya pemberian yang ceria berhasil (2Kor 9:7; Gal 2:10). Jika kamu memberi dengan sikap yang merungut, maka kamu rugi dua kali. Kamu rugi wang yang kamu beri, dan kamu rugi berkat-berkat yang dijanjikan. Kamu tidak membawa apa pun ke dunia ini, dan kamu tidak akan membawa apa pun keluar. Kamu telah diberkati, maka mengapakah jiwamu sebegitu kedekut dalam hal memberi kepada orang miskin? Pilihlah sebaliknya untuk adanya sikap yang murah hati yang suka memberi, dan Allah akan memberkatimu (Yes 32:8; Mik 6:8).

Hanya orang yang tidak beriman berkata, “Aku tidak mampu memberi”. Sebenarnya dia tidak mampu TIDAK memberi. Dia miskin kerana sikap kedekutnya. Jika dia melonggarkan sikit dompetnya, dia akan diberkati secara kewangan. Tetapi sudah tentulah, orang yang bukan percayawan tidak boleh menanggapi pelajaran ini yang mudah dan yang pasti. Orang yang setia percaya kepada janji tersebut lalu mengambil kesempatan itu dengan ceria dan dengan bersyukur.

Allah tidak akan melupakan sesen pun yang didermamu, atau sesaat pun yang diberimu kepada orang miskin. Dia akan bayar balik. Dan Dia tidak melupakan sesen pun yang ditahanmu atau sesaat pun yang disimpanmu untuk dirimu sendiri. Dia membayar balik itu juga. Allah akan mengambil kepunyaan orang yang mementingkan diri sendiri dan yang kedekut itu lalu memberinya kepada orang yang kaya, yang dengan murah hati memberi kepada orang miskin (Mat 25:14-30). Amin!

Memberi kepada orang miskin ialah dana biaya bagi keluargamu. Mazmur 112 menerangkan tentang orang yang benar-benar takut akan Tuhan dan berkat-berkat Allah ke atasnya. Orang ini bermurah hati, penuh dengan simpati, menunjukkan keredaan, memberi pinjaman, menyerakkan bantuan, dan memberi kepada orang miskin. Allah memberkati anak-anaknya dengan kehebatan, menambahkan kemakmuran dan kekayaan kepada hartamilikinya, memberinya cahaya untuk hidup, mengingati kewajarannya untuk selama-lamanya, dan mengalahkan musuh-musuhnya sesudah memalukan mereka.

Orang berhikmah yang beriman bersukacita untuk memberi kepada orang miskin. Mereka tahu bahawa belas ihsan ialah rahmat yang paling besar dan tanda agama Kristian (1Kor 13:13; Yoh 13:35; 1Yoh 3:16-19). Mereka tahu satu tujuan dan matlamat untuk bekerja keras adalah untuk dapat memberi lebih (Efe 4:28). Mereka tahu bahawa belas ihsan ialah jalan yang lebih cemerlang untuk melayani Yesus Kristus daripada menjadi seorang rasul (1Kor 12:28-13:3). Amin!

Allah Yang Maha Kuasa akan membayar balik setiap pemberian yang kamu beri kepada orang miskin. Dia akan membayar modal itu – kamu tidak akan pernah kekurangan. Dia akan membayar dengan bunga – kamu akan memiliki lebih daripada ketika kamu tidak memberi. Dia juga akan membayar dengan banyak berkat yang lain (Ams 14:21; Pkh 11:1-6; Flp 4:17-19; 1Tim 6:17-19). Dia akan mengingati setiap sen pada Hari Penghakiman, meskipun ketika itu kamu lupa kerana hangatnya keadaan takzim acara penghakiman itu (Mat 25:31-46; Luk 14:12-14; Ibr 6:10).

Jika kamu masih ada kesulitan untuk memberi, pertimbangkan Dermawan yang paling mulia di kalangan anak-anakNya, yakni Tuhan Yesus Kristus. Bagi keadaan mereka yang terdesak dan yang kebuluran di dalam kemiskinan dosa dan keterkutukan, Dia menjadi miskin supaya mereka dapat dijadikan kaya. Adakah kamu faham pesanan yang sebegitu mulia injil ini? Adakah Yesus Anak Allah? Maka ikutilah Dia! Apakah kegelapan hati atau kegelapan fikiran yang menyebabkan mana-mana pun percayawan untuk mahu menahan perbuatan memberi (2Kor 8:9)?