Amsal · Proverbs

19:9
Seorang saksi palsu tidak akan terlepas daripada hukuman, dan dia yang mengucap bohong akan binasa.

Salah satu jalan yang paling cepat untuk menjaminkan kerosakanmu adalah untuk berbohong. Allah telah mengabdikan DiriNya sendiri untuk menentang para pembohong. Orang baik dan kebanyakan orang durjana juga menentang para pembohong. Bohong tidak akan berjaya.

Allah telah mengilhamkan Salomo untuk menulis Amsal untuk membekalkanmu dengan hikmah sepanjang hayatmu. Salah satu peraturan yang hebat akan hikmah bagi kemakmuranmu dan kejayaanmu adalah untuk hidup dengan jujur pada setiap masa dan untuk selalu mengucap kebenaran. Apakah yang lebih mudah? Apakah yang lebih murah, pada jangka masa panjang? Ini benar-benar suatu kemajuan di dalam dunia – untuk menilai dan mengamalkan integriti pada setiap masa.

Kejujuran dan kebenaran adalah penting di dalam kitab hikmah ini, dan kesan-kesan buruk kerana berbohong akan berulang-ulang. Allah membenci dua aspek bohong dalam amsal ini (Ams 6:16-19). Pertimbangkan penekanan Salomo dalam subjek ini (Ams 10:18; 12:19,22; 13:5; 14:5; 17:7; 21:6; 26:24-26,28). Berbohong untuk apa pun hal bagi apa pun alasan yang tidak salih tidak akan berjaya. Percayalah itu!

Harus mengapa sesiapa pun berbohong? Sesetengah orang berbohong untuk kemajuan, sementara memikir mereka boleh memperdayakan orang lain untuk membantu mereka maju dengan lebih cepat dalam kehidupan. Mereka mungkin berbohong dalam surat pencapaian [resume], dalam temuramah, saat diaudit, atau ketika ditanya tentang tatacara, prosedur atau masalah. Tetapi amsal ini benar – apa yang mereka fikir akan tolong mereka berjaya akan akhirnya menjadi satu-satunya penyebab kebinasaan mereka.

Sesetengah orang berbohong untuk mengelak hukuman. Ini fikiran biasa di kalangan kanak-kanak. Ketika mereka dikonfrontasi akan kesalahan mereka yang terang-terang, mereka biasanya menuduh orang lain dan menyangkal apa pun perbuatan yang salah. Orang dewasa tidak jauh ketinggalan juga, sementara memikir bohong dapat mengelak kesan-kesan tindak laku mereka. Tetapi amsal ini benar – tidak kira apa pun yang difikirkan si pembohong itu, dia tidak akan terlepas daripada hukuman.

Sesetengah orang berbohong untuk menggoda orang lain ke dalam dosa yang akan memuaskan nafsu-nafsu mereka. Ini benar bagi para penzina dan guru-guru palsu, kedua-dua golongan orang ini memakai bohong untuk menenang dan memujuk mangsa mereka untuk dipengaruhi. Mereka memesongkan, menyalahgambarkan, dan menyalaharahkan orang untuk mengambil kesempatan untuk untung seksual atau untung agama. Tetapi amsal ini benar – mereka akan pasti binasa kerana berbohong.

Sesetengah orang berbohong untuk mengharumkan nama baik mereka di kalangan rakan sebaya. Mereka menghiasi dan membesar-besarkan pencapaian-pencapaian mereka kerana berahi bercita-cita untuk disukai dan dipuji orang lain. Keinginan mereka untuk menjadi popular sebegitu besar di dalam hati mereka dan minda mereka sehingga mereka mengkompromikan kebenaran untuk itu. Tetapi amsal ini benar – ia mustahil sama sekali mereka akan mendapat kemuliaan dengan berbuat sesuatu yang sebegitu tidak mulia.

Hai ibubapa, kamu harus memantapkan kebenaran di rumahmu demi anak-anakmu dengan teladanmu yang sempurna, arahan yang teliti, dan hukuman yang konsisten kerana berbohong. Salah satu hal yang paling berguna yang dapat diberi kepada anak-anakmu ialah cinta untuk kejujuran dan kebenaran dan kebencian untuk kebohongan. Betapa indahnya bumi kalau mungkin tiada bohong dalam perhubungan, perniagaan, agama, atau politik! Kamu boleh menjadi salap dan berkat di dunia dengan integriti yang sempurna pada setiap masa.