19:8
Dia yang memperoleh hikmah mengasihi jiwanya sendiri: dia yang memelihara pemahaman akan menemui apa yang baik.
Adakah kamu mengasihi dirimu sendiri? Itu sudah tentu! Maka buatlah sesuatu yang benar-benar baik bagi dirimu sendiri pada hari ini. Bukan memanjakan diri dengan merias kuku atau dengan satu kotak gula-gula. Kedua-duanya itu kena memakai wang dan akan lesap dalam beberapa hari. Sebaliknya dapatkanlah hikmah. Ia percuma dan tahan selamanya. Pelihara pemahaman yang kamu peroleh, sebab itu akan membawa kejayaan baik ke dalam kehidupanmu. Ayuh, manjakan dirimu dengan sesuatu yang bernilai.
Seruan popular untuk mengasihi diri sendiri dan menghargai diri sendiri ialah bohong psikologi kemanusiaan. Itulah gejala pertama dalam senarai gejala masa membahayakan pada zaman akhir (2Tim 3:1-5). Ia bercanggahan dengan Alkitab, yang tahu bahawa manusia mengasihi dirinya dengan secukupnya dan patut belajar untuk mengasihi orang lain sebanyak sedemikian dan lebih menyanjungi orang lain (Mat 22:39; Efe 5:28-29; Rom 12:10; Flp 2:3-4). Apa pun ajaran teori diri sendiri dalam Akitab ialah ajaran penyangkalan diri sendiri! Dunia menyatakan, “Aku dulu”. Alkitab mengajar, “Aku yang ketiga”.
Hikmah melayani diri sendiri, sebab ia membawa damai sejahtera dan kemakmuran kepada kehidupanmu sendiri. Sudah tentu semua orang di sekelilingmu akan juga dimanfaatkan oleh semangatmu yang cemerlang dan perangaimu yang unggul. Tetapi kamu sendiri ialah waris besar akan undangan-undangan murah hati Puteri Hikmah (Ams 8:1-11; 9:1-5). Kehidupan yang baik, kehidupan yang berkelimpahan, dan kehidupan yang berjaya ialah apa yang hikmah akan bawa kepada orang yang memilikinya (Ams 16:22; 19:23). Untuk menolak tawaran Hikmah bermaksud untuk mengasihi maut (Ams 8:36).
Hikmah ialah daya penghakiman yang betul – budi bicara untuk tahu apa yang seharusnya dibuat dalam apa pun situasi. Hanya sesetengah orang ada hikmah sedemikian, tetapi ia ditawar dengan percuma kepada semua orang. Perbezaan di antara orang bebal dan orang berhikmah sungguh besar, jadi Daud mengajar anaknya, Solomo, “Hikmah ialah apa yang utama; maka peroleh hikmah: dan dalam segala pemerolehanmu peroleh pemahaman” (Ams 4:7).
Betapa bernilainya hikmah? Pertimbangkan penjelasan ini oleh Raja Solomo, iaitu orang yang memiliki segalanya: “Dia lebih berharga daripada batu delima: dan semua benda yang kamu dapat inginkan tidak boleh dibandingkan dengannya” (Ams 3:15). Dan dia juga telah menulis, “Sebab hikmah lebih baik daripada batu delima; dan segala yang mungkin diingini tidak harus dibandingkan dengannya” (Ams 8:11).
Bagaimanakah kamu memperoleh hikmah? Kamu bermula dengan merendahkan dirimu sendiri dan gementar di hadapan Allah Yang Maha Hidup (Ams 1:7; 9:10; Yes 57:15; 66:1-2). Kamu kemudian percaya kepada Alkitab dan apa yang difirmankannya berkenaan apa pun hal (Ams 1:4; Maz 19:7; 119:128,130). Kamu mengabdikan diri untuk belajar (Ams 2:1-9; 18:1). Kamu merayu untuk itu (Maz 119:18; Yak 1:5). Dan kamu memakai guru-guru Allah yang telah disediakan olehNya di dalam kehidupanmu, yakni kedua-dua ibubapa dan pastor (Ams 5:1; 23:19; 29:15; Yer 3:15; 1Kor 2:6-13).
Bagaimanakah kamu memelihara pemahaman? Kamu ingat apa yang sudah diajar (Ams 3:1; Ula 6:6-9; Kis 17:11). Kamu menyembunyikannya dalam hatimu dan memakainya kepada setiap situasi (Ayb 34:3; Maz 119:11; Ibr 5:14). Kamu merenung kepadanya kerap kali (Maz 1:2; 119:98-100,148). Dan kamu mengelak pergaulan jahat yang merosakkan adab yang baik (Ams 9:6; Maz 1:1; 1Kor 15:33).
Perkara paling baik yang dapat kamu buat bagi diri sendiri ialah untuk mendapatkan hikmah dan pemahaman. Perkara paling buruk yang dapat kamu buat adalah untuk meninggalkan amsal ini bagi kepentingan aktiviti-aktiviti hari ini dan pengaruh dunia dan menghidupi kehidupanmu sebagai orang bebal. Oleh sebab sifat yang rosak dan yang memberontak, semua manusia condong kepada kebebalan. Rayulah kepada Allah dan dekapilah hikmah sekarang juga dengan penginsafan amsal ini.