Amsal · Proverbs

19:10
Kesukaan tidak wajar bagi orang bebal; apalagi seorang hamba yang memegang pemerintahan mengatasi pembesar.

Orang bebal tidak layak untuk keredaan, kebebasan, atau ganjaran; ia tidak wajar atau betul bagi mereka (Ams 26:1). Seseorang tanpa hikmah atau yang tidak menguasai rohnya harus sebaliknya ditegur dan dihukum (Ams 18:6; 19:19; 26:3). Orang bebal tidak harus dibenarkan sukacita atau keistimewaan, kerana kemuliaan atau kesenangan menggalakkan mereka lagi untuk berterusan dalam kebebalan mereka (Ams 1:32; 10:13).

Ia lebih teruk ketika para pekerja mengambil terlalu banyak kebebasan dengan majikan atau rakyat berbuat demikian dengan penguasa. Para pekerja dan rakyat harus mengenal kedudukan mereka, diam di peranan mereka sebagai orang bawahan, dan tunduk kepada jawatan dan peribadi yang mengatasi mereka. Allah dan Salomo mengupamakan orang yang melupakan kedudukan mereka sebagai burung yang meninggalkan sarangnya, yang membawa banyak bahaya (Ams 27:8).

Salomo ialah raja yang baik di Israel, dan dia mengajar hikmah dengan memakai amsal-amsal ini. Untuk menggalakkan hikmah di dalam suatu bangsa, orang bebal harus diaibkan, ditegur, dan dihukum. Jika amalan ini tidak diikuti maka kebebalan akan menjadi suatu kebiasaan atau semakin dimuliakan, yang akan membinasakan kemuliaan dan kejayaan suatu bangsa. Tambahan lagi, kehormatan yang inti kekuasaan mewajibkan hamba dan penguasa untuk menjaga jawatan-jawatan dan peranan mereka masing-masing tanpa kekeliruan.

Ia sungguh tidak munasabah untuk memuliakan orang bebal dan membenarkan mereka kebebasan atau kesenangan. Kebebalan adalah hina dan menjahanamkan, jadi orang bebal haruslah dipandang hina dan dihukum. Apa pun lagi tindakan selain itu akan menggalakkan orang bebal dalam kebebalan mereka dan tidak menggalakkan pencarian hikmah. Ia memberi maksud yang salah kepada bangsa negara, terutamanya orang muda dan yang mudah dibentuk. Ia lebih baik untuk menghukum orang bebal, sebab ia ada kesan yang cukup ajaib kepada para pemerhati (Ams 19:25; 21:11; Ula 13:6-11; 21:18-21; 1Tim 5:20).

Amerika menyanjungi orang bebal dan kebebalan. Para pelakon, ahli masyarakat yang paling gasang dan paling tidak berhasil, dipanggil sebagai bintang. Orang dewasa yang main permainan bola disanjung sebagai pewira. Rap dipanggil sebagai muzik dan dibenarkan di siaran gelombang radio. Picasso dihormati sebagai karyawan seni. Para penuntut universiti ditinjau untuk pendapat mereka. Berjudi dianggap sebagai percutian yang sah. Sodomi/liwat dipanggil “gay” [gembira]. Perzinaan dipanggil sebagai asmara.

Para pelawak dianggap profesion. Bonnie, Clyde, Jane, dan Marilyn dianggap sebagai “celebrity” [orang termasyhur] bagi jenayah, hasutan, dan perzinaan. Gambar sitkom ditayangkan stesen siaran televisyen. Kanak-kanak mengolok-olok dan memberontak terhadap ibubapa. The Beatles, yang sebenarnya para pedagang yang kuat ketagihan dadah dan perzinaan, dijadikan kaya dan dijadikan tokoh yang diperingati. Fraterniti [persatuan mahasiswa] menjadi tempat yang hangat kemabukan dan kepelacuran. Artis-artis mengaju tohmahan-tohmahan mereka terhadap polisi kerajaan. “Beavis and Butthead” sebenarnya disiarkan, untuk lima tahun.

Hairankah kita bahawa kematangan yang dahulu diharapkan pada umur remaja sekarang sudah tidak dikesan pada umur 30 tahun pun? Hairankah kita bahawa buah mulut orang Amerika ditumpukan kepada tayangan gambar atau sukan? Kedua-dua itu ialah pencuri yang paling membazirkan hati nurani dan masa di negara. Lawak jenaka di mimbar sudah biasa, ibubapa yang sudah kahwin dan heteroseksual tanpa penceraian hampir sudah lenyap, dan Hari April Fool ialah kesukaan di negara. Kebebalan sudah dihormati di Amerika, dan seluruh dunia bergegas untuk meniru negara Barat. Salomo tentu akan terperanjat. Allah sungguh marah.

Ia lebih tidak munasabah untuk membenarkan para hamba hak untuk menyoal, menguasai, atau untuk menghukum para penguasa. Kekuasaan dan penundukkan kepada penguasa sangat diperlukan bagi kejayaan bagi suatu negeri atau mana-mana institusi. Jika pemberontakan terhadap kekuasaan dibenarkan, maka anarki di setiap peringkat dan di semua lapisan kekuasaan akan pasti menjelang. Keadaan tidak tertib dan disfungsi di sekolah, rumah tangga, dan institusi lain di Amerika ialah bukti-bukti kesannya yang dapat diperhatikan.

Para pekerja, sama ada digaji ataupun dimiliki, dipanggil sebagai hamba di Alkitab. Para majikan, sama ada membayar atau memiliki, dipanggil sebagai tuan. Majistret di kerajaan sivil dipanggil sebagai penguasa. Raja Salomo, orang yang paling berhikmah, menyerahkan kehidupannya kepada penaakulan apa yang baik dan yang betul bagi manusia. Orang bebal yang disanjungi, orang kaya yang dipandang hina, para penguasa yang dipaksa untuk menuruti orang bawahan, dan para hamba yang mengambil kesempatan atas para penguasa, semuanya memualkan Salomo (Pkh 10:6-7).

Ketika menyenaraikan perkara yang menyusahkan masyarakat dan yang benar-benar tidak tertahan, dia memasuki perkara hamba yang ada kekuasaan atau pengaruh (Ams 30:21-33). Dari manakah kebebalan ini bermula? Dia memerhatikan bahawa kesilapan yang teruk ini datangnya daripada penguasa yang membenarkan itu berlaku (Pkh 10:5). Ia kesilapan para pemimpin untuk membenarkan kekuasaan mereka untuk dipersoalkan, ditentang, atau ditunggangbalikkan. Hanya militari/tentera telah mengekalkan sedikit kekuasaan, untuk sebab-sebab yang jelas.

Bagaimana dengan Amerika? “Kita memegang dan menganggap kebenaran-kebenaran ini sebagai ternyata benar, bahawa semua manusia diciptakan sama, bahawa mereka telah diberi oleh Pencipta mereka Hak-Hak yang tidak boleh dinafikan, bahawa di antaranya ialah Kehidupan, Kebebasan, dan pencarian Kebahagiaan”. Kebenarannya sepatutnya berbunyi bahawasannya Pencipta mereka telah menciptakan perbezaan yang ketara di dalam kemampuan manusia, jawatan, dan tujuan. Dia juga telah memperuntukkan tanggungjawab yang spesifik kepada semua manusia, termasuk hal menjamin kehidupan, kebebasan, dan pencarian kebahagiaan bagi orang benar dan orang berhikmah sahaja. Orang bebal tidak layak untuk mana-mana tiga itu.

Pertimbangkan lanjut. “Bilamana apa pun Bentuk Kerajaan menjadi pembinasa kepada tujuan-tujuan itu, ia merupakan Hak Rakyat untuk mengubahkan kerajaan atau untuk menghapuskannya, dan untuk membentuk Kerajaan baru, dengan mendasarkannya kepada prinsip-prinsip dan pengaturan kuasa-kuasanya di dalam bentuk yang bagi rakyat akan dianggap paling wajar untuk Kesejahteraan dan Kebahagiaan diri mereka”. Tanpa kelayakan yang benar, pernyataan ini ialah dasar untuk anarki, sebab ia mengajar bahawa pemberontakan dan revolusi dibenarkan ketika kamu menginginkan para pemimpin yang akan lebih baik memuaskan kesukaan-kesukaanmu.

Kesan apakah filsafat demikian? Ia melindungi kesatuan pekerja, yang adalah usaha-usaha yang berkomplot dan yang menghasut oleh para hamba (pekerja) untuk menunggangbalikkan penguasa (pemilik dan pengurus). Ini suatu pemberontakan dan revolusi pada kadar kecil. Para hamba, yang tidak dapat menanggap realiti, tidak sedar bahawa tanpa kekuasaan, kreativiti, ketabahan, dan modal daripada penguasa, mereka akan mengundur kepada rumah pondok, kebun sayur, atau memburu arnab di hutan. Kemakmuran suatu masyarakat yang kapitalistik datangnya daripada para penguasa yang ada kekuasaan, kreativiti, ketabahan, dan modal mereka dilindungi daripada samseng-samseng yang jahil ini. Tetapi Amerika telah menginstitusikan pemberontakan!

Syukur, salah seorang penguasa Amerika tidak akan bertahan dengan itu! Pada bulan Ogos 1981, Presiden Ronald Reagan memecat sebanyak 11,000 pengawal trafik udara yang telah menghentikan pekerjaan mereka untuk menuntut lebih gaji bagi kerja yang dikurangkan. Beberapa penggantian pekerja yang berbilangan kecil lebih berkesan untuk menambahkan trafik udara! Sudah tentulah! Para pembantah itu ialah hamba-hamba yang kebinatangan dan yang suka memberontak tanpa hormat bagi pertimbangan hukum nasional, ekonomi dan keselamatan orang lain, atau bagi gaji mereka yang sudah lumayan.

Kekuasaan haruslah dipulihkan dan digalakkan di semua peringkat dan semua lapisan masyarakat. Kalau tidak, Amerika akan terus merosot secara moral dan secara ekonomi. Ini harus bermula di rumah, tempat yang hukum-hukum Allah akan diteladani dan diajar. Kaum isteri harus mentaati dan menghormati suami mereka (Efe 5:22-24,33). Kanak-kanak harus mentaati dan menghormati ibubapa mereka (Efe 6:1-3). Bapa harus menghormati pekerjanya (1Pet 2:18-21), pastor (Ibr 13:17), dan para penguasa (1Pet 2:13-17). Adakah semua gagasan itu kolot? Sudah tentulah! Jalan purbakala firman Allah (Yer 6:16; Yud 1:3)!

Apakah yang akan kamu buat untuk menggalakkan hikmah yang menentang kebebalan? Kamu tidak harus memberi kesukaan kepada orang bebal, kerana dia tidak layak untuk itu; sukacita akan lebih mencemarkan hatinya yang babil itu, dan akan lagi menggalakkan kebebalannya. Apakah yang akan kamu buat untuk menggalakkan kekuasaan yang ditahbiskan Allah? Akankah kamu menunduk dengan ceria dan dengan sepenuhnya kepada mereka yang Allah tempatkan atas dirimu, sama ada ibubapa, suami, majikan, pastor, ataupun kerajaan sivi? Adakah kamu mempertahankan pihak berkuasa, tidak kira pertikaian yang ada dengan mereka dan para pemberontak yang menentang mereka? Kamu dapat berbuat benar!