2:12
Untuk melepaskanmu daripada jalan orang jahat, daripada orang yang mengucapkan apa yang rewel;
Hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman membekalkan kemampuan yang berharga untuk mengenalpastikan orang jahat dan untuk mengelak mereka. Kalau orang berhikmah mengenal jalan kebenaran dengan jelas dan bahaya persahabatan dengan orang bebal, dia diselamatkan daripada gaya hidup yang binasa mereka dan usaha-usaha godaan mereka.
Amsal ini adalah di tengah-tengah satu ayat yang panjang (Ams 2:10-17). Solomo pertama-tama menjelaskan tentang memperoleh hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman (Ams 2:10-11). Ini menghasilkan manfaat mengelak semua orang jahat (Ams 2:12), yang ada akhlak dan perangai yang jahat (Ams 2:13-15). Dia kemudian menjelaskan suatu manfaat yang lebih lanjut tentang mengelak perempuan yang lacur (Ams 2:16-17).
Kaum manusia wujud dalam dua kategori. Ada anak-anak Allah dan anak-anak lelaki iblis. Yang satu ada hati yang baru dengan ada hidup dan cahaya; yang lain ada hati yang sehitam dan segelap neraka. Ada orang berhikmah, dan ada orang bebal. Ada orang baik dan ada orang jahat. Ada orang mulia dan ada orang yang sampah masyarakat. Ada orang pilihan dan ada orang jahanam. Ada yang dilahir baru dan ada yang dua kali mati. Garis batasan sudah dilukis. Diskriminasi peribadi adalah kudus dan betul.
Orang jahat kerap kali mendedahkan identiti dirinya oleh mulutnya yang babil. Dia mencanggah diri sendiri, memandang keji apa yang kudus, mengkritik kekuasaan, memperkecilkan orang lain, memuji diri sendiri, menganggap diri sendiri betul, menggalakkan kesia-siaan, dan mengolok-olok kelaziman [kebiasaan]. Dia sukar untuk disenangi, tidak munasabah, tidak mudah dikawal, tidak taat, tidak dapat dipercayai, dan adalah durjana. Dia boleh memualkan orang dan bersikap cabul.
Orang berhikmah boleh menanggapi dan mengenalpastikan orang jahat. Dia tahu penghakiman mereka menjelang, iaitu kedua-dua penghakiman alamiah dan rohaniah, maka dia menolak mereka (Maz 1:1-6). Dia boleh melihat menerusi kata-kata dan rancangan bongkak mereka. Dia ketawa akan projek-projek mereka yang sia-sia. Dia menandakan mereka dan mengelak mereka (Ams 14:7; Rom 16:17-18). Dia memilih jalan pemahaman bagi kehidupannya, maka dia hanya bertemu dengan segelintir daripada mereka, sementara dia jarang di tempat yang sama atau melakukan perbuatan yang sama dengan mereka.
Tiga anak buah Daud dari saudarinya, Zeruya, melayaninya dengan mengabdikan diri untuk banyak tahun, tetapi dia dengan berhikmah menanggapi hati mereka yang jahat dalam urusan-urusan mereka dengan orang lain. Dia membuat perbezaan kudus di antara dirinya dan diri mereka. Dia berkata, “Orang-orang ini, iaitu anak-anak Zeruya adalah terlalu keras bagiku: TUHAN akan mengganjari pembuat kejahatan menurut kedurjanaannya” (2Sam 3:39). Dan di katil yang dia berbaring untuk mati, dia menyuruh Solomo untuk membunuh Yoab, iaitu yang paling teruk di antara mereka.
Sementara Daud dengan berhikmah memilih untuk memastikan rumah tangganya bebas daripada orang jahat (Maz 101:1-8; 119:63), maka Anak Daud juga telah menanggapi apa yang ada di dalam manusia dan telah menjauhi diriNya daripada mereka (Yoh 2:23-25), menegur mereka (Mat 22:15-26), dan mengutuki mereka (Mat 23:13-36). Ikutilah teladanNya yang kudus dan yang membantu dengan belajar hikmah dan pemahaman untuk mengelak orang sedemikian.