2:13
Yang meninggalkan jalan-jalan kejujuran, untuk berjalan di dalam jalan-jalan kegelapan;
Wajarkah jalan yang dipakaimu dalam kehidupanmu? Akankah kamu menetap di dalamnya? Kebanyakan orang tidak dapat menemui jalan yang wajar, dan kebanyakan orang yang menemuinya pula akhirnya pun meninggalkannya. Kebanyakan orang yang telah meninggalkannya ingin memesongkanmu dari jalan kejujuran untuk menyesatkanmu mengikut mereka di jalan kegelapan. Amsal ini ialah sebahagian daripada penjelasan yang panjang akan orang jahat yang merupakan ancaman kepada kejayaan di dalam hidupmu ini.
Hikmah di dalam hatimu dan pengetahuan di dalam jiwamu adalah penting untuk menyelamatkanmu daripada orang jahat. Jangan mengehadkan nilai hikmah dan pengetahuan kepada berkat-berkat positif seperti kewangan, perkahwinan, atau kejayaan kerjaya, sebab ia juga penting untuk menyelamatkan dirimu daripada manusia yang rosak yang melalui gaya hidup, filsafat, dan niat ingin merosakkanmu.
Para pengundur amat berbahaya. Kristian badaniah mengancam jiwamu. Orang jahat tidak menetap di dalam jalan kewajaran meskipun telah diajar dengan baik. Lama-kelamaan mereka mengkompromikan apa yang telah diajar supaya dapat mengejar dosa (Ams 2:12-15). Tujuan hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman adalah untuk menyelamatkan dirimu daripada orang jahat sebegitu (Ams 2:10-17).
Kedua-dua wasiat Alkitab [lama dan baru] menyatakan kebebalan yang wujud di dalam manusia, yang tidak boleh dan tidak mahu kekal setia kepada jalan-jalan purbakala yang telah diajar kepada mereka. Pertimbangkan beberapa contoh di dalam Wasiat Lama (Hak 2:1-23; 1Sam 8:8; Maz 78:40-42; Yer 6:16; 1Kor 10:1-11). Pertimbangkan beberapa contoh di dalam Wasiat Baru (1Kor 15:12; Gal 1:6-9; 4:9; Fil 3:18-19; 2Tim 4:10).
Babi suka berkubang di dalam lumpur. Kamu tidak boleh mengubahkan perangai babi dengan mencucinya dan meninggalkannya di dalam kebun bunga. Ia akan cepat mengubahkan kebun itu kepada lumpur supaya ia boleh kekal sebagai babi! Seekor anjing akan memakan muntahnya sendiri tak kira berapa banyak kali ia dibawa ke kelas pengubahsuaian perangai. Orang bebal tidak dapat menjauhi diri daripada dosa untuk jangka masa panjang (Ams 26:11; 2Pet 2:20-22). Tetapi kamu boleh menjauhi diri daripada orang bebal!
Ia tugas kamu untuk belajar hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman Allah untuk mengelak dosa dan orang yang berkompromi (Ams 2:10-17). Setiap insan haruslah mantap dengan teguh sekali di dalam firman Allah supaya memandang hina dan menolak apa-apa pendapat yang lain (Maz 119:128; Rom 16:17-18; 2Tes 3:6; 1Tim 6:3-5). Tetapi ini menuntut supaya seseorang belajar hikmah (Ams 2:1-9; Kol 1:23)!
Allah benci pengunduran! Dan Dia keras-keras menghukum mereka yang melakukannya (Ams 14:14). Apabila Allah memberkatimu dengan kebenaran, yang merupakan anugerah yang besar, Dia berharap agar kamu memakainya, dan kalau tidak, kamu akan menghilangkannya (Luk 8:18). Oleh sebab kamu memiliki kelebihan kerana mengenal kebenaran, kamu akan diadili dengan lebih keras kalau kamu berpaling daripadanya (Luk 12:47-48). Paulus memberi amaran yang keras beberapa kali kepada orang Kristian Ibrani supaya jangan berpaling daripada kebenaran (Ibr 2:1-3; 6:4-6; 10:26-31,38-39; 12:25-29)!
Kamu hidup di dalam masa yang membahayakan pada zaman akhir ini (2Tim 3:1-4:5). 22 ayatPaulus kepada Timotius ini meramalkan kebangkitan suatu jenama Kristian yang pondan dan yang berkompromi, yang menagih kenikmatan dan hanya berlagak salih. Amaran ini merangkumi sebahagian besar orang “Kristian” pada hari ini, sebab mereka tidak lagi ingin menerima doktrin yang sihat. Mereka lebih mahu guru-guru yang akan menceritakan dongeng daripada kebenaran!
Daud mengabdikan diri supaya tidak melakukan jahat dengan menjauhi Allah; walaupun dia telah berdosa kejam dengan Batsyeba, dia cepat-cepat bertaubat apabila ditegur (Maz 18:21). Dia mengelak orang berdosa sebanyak semungkin, dan dia memilih orang benar sebagai kawan (Maz 101:3-8; 119:63). Untuk menjadi seperti dia, kamu harus ada firman Allah teguh di hadapan kamu (Maz 18:22).
Satu tujuan utama gereja tempatan adalah untuk menjaga sesama diri supaya tidak menjauhi Allah yang hidup oleh sebab dosa yang menyesatkan (Ibr 3:12-13; 10:23-25). Dan ia adalah tanggungjawab ibubapa untuk mengindoktrinasikan anak-anak mereka supaya hidup bertentangan bahaya itu (Maz 78:1-8). Demi kemuliaan Yesus Kristus dan injilNya, kamu seharusnya memenangi semula pengundur atau menolak semua pengundur (Gal 6:1; Yak 5:19-20).