Amsal · Proverbs

2:11
Budi bicara akan mengekalkanmu; pemahaman akan memeliharakanmu:

Adakah kamu selamat? Adakah kamu terlindung? Raja Salomo menulis amsal-amsalnya untuk mengekalkanmu daripada kepedihan dan masalah. Kebanyakan orang masuk ke dalam kesukaran atau godaan dalam kehidupan yang banyak merugikan mereka dari pelbagai segi. Budi bicara dan pemahaman boleh mengekalkan keselamatanmu.

Manusia memakai banyak langkah keselamatan untuk melindungi diri sendiri daripada bahaya. Mereka memakai tali pinggang dalam kereta, makan vitamin, mengunci pintu pada waktu malam, bersenam dan/atau makan makanan berzat, menyelaraskan pengangkat, membeli insuran perubatan, mendengar amaran cuaca, mengelak kawasan kota yang berbahaya, kerap kali melawat doktor, mengelak memakai motosikal, dan sebagainya.

Mereka juga berusaha untuk melindungi anak-anak mereka. Mereka memastikan mereka memakan makanan seimbang tiga kali sehari, mengelak taman permainan yang berbahaya, tidak bermain dengan pisau, mengelak orang asing, tidak menunggang basikal di lebuhraya, memakai selimut tebal pada cuaca sejuk, tidur di katil pada waktu sewajarnya, tidak memanjat terlalu tinggi pada pokok, menjauhi diri daripada jiran yang pembuli, dan sebagainya.

Tetapi segala usaha ini kurang bernilai dan hanya melindungi tubuh. Apakah yang sedang kamu buat bagi jiwa? Bagi jiwamu sendiri dan jiwa-jiwa anakmu? Apakah usaha yang sedang kamu buat untuk sendiri peroleh budi bicara dan pemahaman dan memberi itu kepada anak-anakmu? Institusi-insitusi duniawi atau media-media massa sudah tentu tidak mengajar itu, dan itu jarang diajar di gereja yang moden. Tetapi Allah telah menyediakan itu bagimu di dalam amsal-amsal Salomo.

Mengekal dan menjaga jiwamu memerlukan usaha-usaha yang berbeza daripada usaha-usaha yang telah disenaraikan di atas. Dan kamu harus pertimbangkan, mana satu yang lebih penting, kesihatan fizikal atau jiwamu? Yang manakah satu yang penting, aset-aset kewangan atau jiwamu? Yesus Kristus menghargai jiwamu lebih daripada memperoleh seluruh dunia (Mat 16:26). Dia jelas-jelas sudah menentukan keutamaan bagimu.

Budi bicara dan pemahaman akan mengekalkan jiwamu, dan ia juga akan mengekalkan nyawamu dan aset-asetmu. Seperti yang Sang Pengkhutbah tulis di tempat yang lain, “Hikmah ialah apa yang utama; maka perolehlah hikmah: dan dalam segala pemerolehanmu perolehlah pemahaman” (Ams 4:7). Seluruh kitab Amsal dikhaskan kepada nilai memperoleh budi bicara dan pemahaman.

Budi bicara tahu apa untuk dilakukan, bila untuk melakukannya, dan bagaimana untuk melakukannya dalam pelbagai keadaan. Pemahaman ialah daya menanggapi situasi, bahaya-bahaya yang ada, kesalahan-kesalahan yang tidak ketara, dan jalan tindakan yang betul. Istilah-istilah ini bertindih dalam maksudnya, tetapi ia masing-masing juga ada maksudnya yang tersendiri. Konteks ini menunjukkan bahawa semua itu berhubung kait kepada hikmah dan pengetahuan (Ams 2:10).

Manfaat-manfaat tambahan untuk memperoleh budi bicara dan pemahaman juga dapat ditemui dalam konteks (Ams 12:22). Semua itu akan melindungimu daripada gaya hidup dan pilihan-pilihan orang jahat dan perempuan asing. Kedua-dua orang tersebut menuju ke jalan kebinasaan dan harap untuk membawa sebanyak orang semungkin bersama mereka. Budi bicara dan pemahaman adalah penting bagimu.

Kitab Amsal mengajar budi bicara (Ams 1:4). Ia mengajar bila untuk bercakap dan bila untuk tidak bercakap (Ams 26:4-5; 15:28; 29:11), dan bila untuk menjadi marah dan bila untuk tidak menjadi marah (Ams 25:23; 19:11). Budi bicara ialah daya untuk memandu segala halmu dengan baik (Maz 112:5). Seorang perempuan tanpa itu adalah seperti babi(Ams 11:22; Tit 2:5). Pengetahuan bagaimana untuk menanam, menuai, dan memproses biji-bijian ialah budi bicara (Yes 28:26). Yusuf telah dinaikkan pangkat setinggi-tingginya kerana itu (Kej 41:33-40).

Kitab Amsal mengajar pemahaman (Ams 1:2). Binatang tidak memiliki itu (Ayb 39:17; Maz 32:9). Dasarnya ialah pengetahuan akan apa yang kudus (Ams 9:10), dan itu dibina dengan memakai firman Allah (Maz 111:10; 119:98-100,104,130). Itu bergantung kepada manusia untuk menolak pemahamannya sendiri (Ams 3:5). Perzinaan, mendengar orang yang sia-sia, dan mudah menjadi si penaja jamin membuktikan kekurangan pemahaman (Ams 6:32; 12:11; 17:18). Ia melibatkan penguasaan rohmu (Ams 14:29) dan untuk mengejar pengetahuan (Ams 15:14). Ia sumber kebahagiaan (Ams 3:13), memimpin kepada kehidupan yang baik (Ams 13:15; 16:22), dan menyebabkan orang untuk adanya roh yang cemerlang (Ams 17:27). Daniel sudah tentu memilikinya (Dan 1:20; 5:11-14; 6:3-4), tetapi dunia orang bukan Yahudi tidak memilikinya (Rom 1:31).

Budi bicara dan pemahaman akan mengekal dan menjaga jiwamu dan kehidupanmu. Ia merupakan aspek-aspek hikmah salih yang akan melindungimu daripada kesalahan-kesalahan bebal, orang durjana, dan dosa. Ia akan melindungimu daripada pelbagai masalah, baik yang rohani mahupun yang jasmani. Ia akan membawa keamanan, keselamatan, kejayaan, dan kebahagiaan. Kehidupan tanpa itu adalah keras dan sukar (Ams 13:15; 22:5).

Ia mudah untuk diperoleh, jika kamu mahu memakai diri untuk belajar Firman Allah. Kamu harus berada di dalam gereja yang mengajar Firman Allah dengan setia dan dengan kerap kali, dan kamu perlu memakai dirimu untuk hal membaca, merenung, berdoa, dan belajar. Kemudian kamu harus memakai pembelajaranmu terhadap situasi-situasi kehidupan yang dibawa Allah ke dalam kehidupanmu (Ibr 5:12-14).

Allah telah memberimu jalan untuk melindungi dirimu daripada kepedihan, masalah, dan kesukaran. Dia telah memberimu arahan untuk kebahagiaan dan kejayaan. Adakah kamu memakai dirimu setekun semungkin dan sekerap semungkin untuk memperoleh dua hal ini seperti yang kamu buat untuk melindungi tubuhmu dan kewanganmu? Pastikan keutamaan-keutamaanmu adalah sama dengan keutamaan Allah dan Salomo bagi kejayaanmu yang maksima.