Amsal · Proverbs

20:11
Kanak-kanak pun dikenali oleh perbuatannya, sama ada kerjanya itu suci, dan sama ada ia betul.

Tindakan lebih kuat suaranya daripada perkataan. Ia lebih sukar untuk berbohong dengan kehidupanmu daripada dengan mulutmu. Orang berhikmah menyukatmu dengan apa yang kamu buat – alasan tidak mengagumkan mereka. Reputasimu adalah berdasarkan hal-hal yang suci dan yang betul yang dilakukanmu. Janji-janji tidak bernilai – bercakap itu sia-sia sahaja; semua orang pun berbuat demikian; kebanyakan orang menyalahgunakan itu – pencapaian dan keberhasilan ialah kunci.

Kanak-kanak pun, yang belum sedar akan kemunafikan, menunjukkan akhlak mereka oleh perbuatan. Orang dewasa memuji diri mereka sendiri, berpura-pura pandai, membesar-besarkan hasil, dan mengecil-ngecilkan kesilapan mereka; tetapi perangai orang membuktikan jiwanya. Pencapaianmu melebihi surat tentang dirimu [resume]. Orang munafik terdedah, jika kamu tidak mempedulikan kata-kata mereka dan menyukat perbuatan-perbuatan mereka oleh peraturan Alkitab.

Hikmah melibatkan kemampuan berbudi bicara mengenalpastikan akhlak orang lain. Solomo mengenal bahawa anak lelakinya harus pandai menghakimi orang untuk menjadi raja yang baik. Dia baru sahaja menulis, “Kebanyakan orang akan mengisytiharkan kebaikannya sendiri: tetapi siapa yang dapat menemui seorang yang setia?” (Ams 20:6). Daripada membaca resume dan mendengar kesaksian, orang berhikmah menyukat perangai manusia.

Pertimbangkan bagaimana Solomo menyukat orang. Dia menulis, “Aku mendekati ladang orang yang kekukangan” (Ams 24:30). Dia tidak membaca surat resume orang atau menemuramah dia. Dia secara melihat memerhatikan kepunyaan orang itu dan menaakuli itu untuk mengenal akhlaknya (Ams 24:31-32). Dia merumus bahawa orang itu lebih suka tidur daripada bekerja dan akan rosak secara kewangan tidak lama lagi (Ams 24:33-34).

Apakah yang akan terjadi ketika lelaki atau perempuan yang terlatih dalam Amsal menyiasat kehidupanmu? Ia tidak kira apa yang dikatakanmu, sebab mereka tidak akan mendengar – mereka melihat. Pertimbang secara kewangan atau secara profesional. Adakah kamu memiliki simpanan setiap tahun kehidupanmu? Adakah kamu memiliki kemahiran mudah alih? Adakah kamu bebas daripada berhutang? Sedangkah kamu memperoleh pendapatan yang dua kali umurmu? Adakah kamu memiliki penarafan kredit yang paling tinggi? Sudahkah kamu mengajar atau menyokong orang lain untuk mencapai kejayaan yang sama?

Penyelidikan diri sendiri menyakitkan! Tetapi ia lebih baik untuk kamu sendiri selidik daripada orang lain selidik dirimu! Apakah yang akan kamu buat pada hari ini untuk menjadi suci dan betul secara kewangan atau secara profesional? Dan sementara berbuat itu – pertimbangkan juga perkahwinanmu, berat badanmu, bonet keretamu, perjalanan kehidupanmu dengan Allah, perananmu di gereja, bilangan kawanmu, didikan anak-anakmu, pengetahuan Alkitab, kebersihan dan kekemasan rumahmu, dsb.

Sesetengah orang akan berkata, “Tak sesiapa pun mengenal hatiku”. Tetapi Solomo dan Yesus menyatakan bahawa apa yang dipaparkan kehidupanmu, termasuk ucapanmu, ialah gambar hatimu yang tepat sekali. Bacalah amsal ini semula dan nas-nas kitab yang lain (Ams 10:20; Kej 6:5; Maz 36:1; Mat 12:33-37; Mar 7:20-23; Luk 16:15; Yak 4:1). Oleh sebab itu, jagalah hatimu dengan segala ketekunan (Ams 4:23).