Amsal · Proverbs

20:12
Telinga yang mendengar, mata yang melihat, TUHAN telah menjadikan kedua-duanya.

Bayi diselidiki untuk melihat jika telinga dan matanya berfungsi. Para percayawan bersyukur kepada Allah untuk anak yang sihat. Orang pagan pula bersyukur kepada Nasib. Telinga dan mata yang berfungsi sungguh berharga dan berguna. Tetapi itu merupakan pilihan Allah; Dia tidak berhutang untuk memberi apa pun kepada sesiapa pun, termasuk deria pendengaran dan deria penglihatan.

Ia pilihan Allah yang berdaulat dan yang murah hati untuk sesiapa pun yang berupaya mendengar atau melihat. Mendengar dan melihat bukanlah hak; ia merupakan keistimewaan yang diberkati. Dan anugerah mendengar dan melihat yang paling besar ialah keupayaan dan keinginan untuk menanggap dan menerima injil yang mulia Yesus Kristus dan kata-kata hikmah dan kebenaran. Ia keupayaan yang sungguh jarang untuk memahami, bertaubat, dan mentaati injil.

Seorang anak yang pekak dan yang buta bukanlah suatu kebetulan. Ia bukan hasil nasib. Ia tidak boleh ditunggangbalikkan oleh sains. Ia pilihan Allah yang sejati. Dia sempurna dalam segala pilihan, dan Dia menjadikan beribu-ribu pilihan demikian untuk setiap orang. KuasaNya adalah tidak terhingga dan kekuasaanNya adalah mutlak. Sebagai Sang Pencipta bangsa pemberontak, Dia ada hak untuk melakukan apa yang diinginiNya.

Kamu pun tidak ditanya untuk pendapat jika kamu ingin hidup atau tidak, jika kamu mahu kewujudan. Pertimbangkan kekuasaanNya dan kedaulatanNya yang tidak terhingga ke atasmu. Saat kamu hidup, kamu tidak dapat memadamkan kewujudanmu. Membunuh diri hanya membunuh tubuh, yang selepas itu rohmu harus bertemu dengan Allah sebagai seorang pembunuh. Kewujudanmu ialah pilihan Allah Yang Maha Kuasa tanpa persetujuanmu.

Dia telah memilih penjanaan kelahiranmu, ketinggianmu, negara asalmu, jantinamu, ibubapamu, pembawaanmu, adik beradikmu, kepandaianmu, kecergasan dan ketangkasanmu, peluang-peluang kehidupanmu, dan setiap faktor yang lain yang mempengaruhi kewujudanmu. Dia TUHAN! Kamu bukan apa-apa! Dia Tukang Periuk! Kamu tanah liat! Pilihan-pilihanNya sudah dengan dahsyat memberi kesan kepada kehidupanmu tanpa kelulusanmu.

Adakah kamu dengan rendah hati percaya kepada apa yang telah kamu baca setakat ini? Allah memberi amaran tentang kamu melawanNya (Yes 45:9). Sementara Dia Tukang Periuk, dan kamu tanah liat, dia menganggap hujahan-hujahanmu sebagai hanya sesuai untuk pecahan-pecahan periuk sesama diri. Tanah liat langsung tiada hak untuk menyoal Tukang Periuk ketika salah seorang manusia dibentuk tanpa tangan (Yes 45:9).

Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah Yang Maha Besar dan Yang Maha Dahsyat ini. Remukkanlah fikiranmu yang sia-sia itu. Berilah Dia pujian dan sembahyang. Kagumilah Dia. Bersyukur kepadaNya untuk segalanya yang dimilikimu dan keberadaanmu. Persembahkanlah kepada Dia segalanya yang dimilikimu dan keberadaanmu. Rayulah kepadaNya untuk belas kasihan bagi dosa-dosamu. Abdikan nyawamu kepadaNya, pada hari ini.

Ketika murid-murid nampak orang yang dilahirkan buta, mereka tahu itu terjadi kerana pilihan Allah. Yesus memberitahu mereka bahawa itu adalah untuk kemuliaan Allah (Yoh 9:1-3). Akankah Allah membutakan orang untuk 30 tahun hanya untuk kemuliaanNya? Dengan mudah sekali! Akankah Allah menempatkan seseorang di padang rumput untuk makan seperti lembu bagi kemuliaanNya? Sudah tentu! Bacalah Daniel 4 tentang Nebukadnezar. Adakah kamu mengasihi dan takut akan Allah ini?

Deria pendengaran dan deria penglihatan yang rohani lebih penting daripada yang jasmani. Hanya oleh rahmat percuma Allah seseorang pendosa diberi telinga dan mata untuk mendengar dan melihat hal-hal Allah. Kebanyakan orang tidak memikir tentang Allah dalam apa pun cara yang bererti sepanjang kehidupan mereka (Maz 10:4). Deria-deria rohani diberi ketika kamu dilahir semula. Kamu telah menerima deria pendengaran dan deria penglihatan alamiah pada kelahiran pertamamu; kamu menerima deria pendengaran dan deria penglihatan rohaniah pada kelahiran keduamu.

Yesus berkata, “Kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah” (Yoh 3:3). Dan juga, “Dia yang berasal daripada Allah mendengar firman Allah: oleh sebab itu, kamu tidak mendengarkannya, kerana kamu tidak berasal daripada Allah” (Yoh 8:47). Kedua-dua deria penglihatan dan deria pendengaran ialah anugerah daripada Allah. Yesus Kristus telah menyembunyikan kebenaran daripada orang Yahudi, tetapi Dia menyatakan itu kepada para pengikutNya (Mat 11:25-27; 13:10-16).

Mengapakah kebanyakan orang tidak mempertimbangkan kebenaran Allah? Mengapakah kebanyakan orang fikir bahawa injil itu hal yang bebal? Allah tidak membuka telinga mereka untuk mendengarnya dengan pemahaman dan dengan keinsafan. Mengapakah kebanyakan orang melihat ciptaanNya yang gemilang tetapi pula menyatakan asal usul itu datangnya daripada evolusi atau nasib? Allah tidak membuka mata mereka baik untuk melihat Dia mahupun untuk melihat kebenaranNya. Kamu kebergantungan kepada pilihan Allah.

Orang kaya di neraka bermohon kepada Abraham untuk mengutus Lazarus kembali dari kematian untuk memberi amaran kepada lima saudaranya supaya jangan menyertainya di sana. Tetapi jawapan Abraham yang takzim dan serius adalah bahawa tanpa rahmat Allah untuk membuka telinga dan mata mereka, orang yang kembali dari kematian pun tidak akan menginsafkan atau mengubahkan hati mereka yang rosak dan yang memberontak (Luk 16:27-31). Jika mereka tidak berminat dalam hal pembacaan Alkitab, mereka tidak akan berminat dalam hal manusia yang kembali dari maut.

Pernahkah kamu hairan mengapa keluarga dan/atau kawan tidak menghargai hal-hal yang telah ditunjukkan Allah kepadamu dalam firmanNya? Mengapakah mereka tidak insaf seperti dirimu tentang Allah dan kesalihan? Kamu tahu apa yang akan terjadi jika kamu mendepani rakan sekelas atau rakan sekerja dengan hal Yesus Kristus, hal penghakiman yang menjelang, dan hal menjalani kehidupan yang kudus. Mereka akan menolak kata-katamu lalu membencimu. Apakah penjelasannya? Kamu ada telinga yang mendengar dan mata yang melihat – mereka tidak.

Janganlah berasa geram oleh hakikat kebanyakan orang yang menolak kebenaran dan hikmah, tidak kira betapa baiknya persembahanmu akan kebenaran itu kepada mereka. Yesus dan Paulus telah menerima respon yang sama. Para pemimpin agama orang Yahudi menyalibkan Yesus, dan mereka mengejar Paulus di sekeliling Empayar Rom sampai dia dapat dihukum pancung. Berterima kasih kepada Allah untuk telingamu yang mendengar dan matamu yang melihat, dan berdoalah kepadaNya untuk memimpinmu kepada orang lain yang telah dilahir semula. Allah boleh dan akan memimpinmu kepada Kornelius atau kepada Lidia.

Tiada jalan dalam keupayaan manusia untuk membawa pendengaran kepada telinga dan penglihatan kepada mata. Hanya TUHAN yang dapat melakukan karya yang besar itu. Usaha penginjilan yang diciptakan manusia untuk menyuarakan injil kepada telinga yang pekak atau untuk menunjukkan Juruselamat kepada mata yang buta adalah bebal dan sia-sia. Injil hanya boleh didengar dan dilihat oleh orang yang sudah dilahir semula, iaitu manusia dengan telinga yang mendengar dan dengan mata yang melihat (1Kor 1:18,24; 2:14-15).

Keselamatan adalah daripada Tuhan! Allah telah memilih sesetengah orang untuk menerima hidup yang kekal (Efe 1:4). Dia mengutus Yesus Kristus untuk mati bagi dosa-dosa mereka, dan Dia akan pasti menjanasemulakan mereka dan memuliakan mereka (Rom 8:29-33). Dia memberi mereka telinga yang mendengar dan mata yang melihat. Lukas menerangkan hal orang yang percaya kepada Paulus dengan cara berikut: “dan sebanyak mana yang telah ditahbiskan kepada hidup yang kekal menjadi percaya” (Kis 13:48).

Allah juga Tukang Periuk dan kamu merupakan tanah liat ketika berkaitan dengan hal hidup kekal (Rom 9:20-24). Dia menjadikan sesetengah orang bejana kemuliaan, dan yang lain pula dijadikanNya sebagai bejana ketidakmuliaan. Hak pun tidak ada pada dirimu untuk menyoal Dia. Bacalah petikan yang mulia ini dan bersembahyanglah kepadaNya. Kita bangsa pemberontak, dan Dia dengan sempurna dibenarkan untuk menyelamat sesetengah orang dan untuk melaknatkan yang lain. Dia telah memilih untuk menunjukkan murka dan kuasaNya dalam sesetengah orang dan kemuliaanNya dalam sesetengah orang yang lain.

Bagaimanakah seseorang dilahir semula dengan telinga dan mata rohani? Yesus Anak Allah memerintahkan dia untuk hidup dan membangkitkan jiwanya daripada kematian rohani (Yoh 5:25-29). Kerja yang mulia ini adalah oleh kuasa dan rahmat Allah, tanpa kerjasama manusia (Yoh 1:13; 3:8; Rom 9:16; Efe 1:19-20; 2:1-10). Tuhan Yesus Kristus menggiatkan kuasa kreatif yang sama dengan apa yang Dia pakai untuk menciptakan cahaya pada mulanya (2Kor 4:3-6; Efe 2:10).

Hanya sesudah perbuatan yang besar itu kamu akan atau kamu berupaya untuk mendengar dan melihat hal-hal Allah. Saat sebegitulah orang pagan seperti Kornelius mula takut akan Allah, berdoa setiap hari, dan memberi sedekah kepada orang miskin (Kis 10:1-4). Dan ketika injil dibawa kepada orang yang sedemikian oleh penyediaan nasib Allah, dia beroleh percaya dan mentaati itu sebagai berita yang mulia (Kis 10:33,44-48).

Jika kamu dapat mendengar atau melihat hal-hal Allah pada hari ini, beri lahsyukur kepadaNya, dan berlarilah ke arah keinsafan itu, pada hari ini. Jika kamu takut kamu tidak dilahirkan semula, maka tugasmu pun sama. Larilah kepada Tuhan Yesus Kristus, milikilah Dia sebagai Yang Maha Berdaulat dan Yang Satu-satunya Harapanmu, lalu taatiNya. Inilah bukti pendengaran dan penglihatan yang sempurna (2Pet 1:5-10; 1Yoh 2:29; 3:7; 5:1-5).

Yesus Kristus sedang menunggu untuk menujukkan DiriNya kepada seluruh alam semesta, sebab Dia Yang Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja, Raja segala raja, dan Tuan segala tuan (1Tim 6:14-15). Dia akan datang dengan sepuluh ribu malaikatNya untuk membinasakan musuh-musuhNya (Yud 1:14; 2Tes 1:7-9). Percayalah dan taatilah Dia pada hari ini, sebab esok mungkin membawa kutuk kedatanganNya (1Kor 16:22).