20:10
Timbang yang berlainan dan sukatan yang berlainan, kedua-duanya kekejian yang serupa kepada TUHAN.
Allah membenci amalan perniagaan yang korup, jadi berhati-hati dalam segala urusan kewangan dan perniagaanmu. Ia lebih baik untuk terlebih bayar untuk sesuatu daripada kurang bayar, kerana Allah boleh memberi pampasan untuk apa yang kerugian, tetapi tidak seorang pun dapat menyelamatkanmu daripada Hakim seluruh bumi.
Bagaimanakah seorang penternak mencuri dalam setahun dengan menjual 100 gelen susu [378.5 liter] sehari dengan sukatan 127 auns [3.608 liter] segelen, sementara harga susu segelen $3.00?Ini bukan main kata untuk belajar matematik. Ini ujian akhlak tentang perniagaan dan integriti peribadi. Pencurian itu berjumlah $855.47. Sudah cukup untuk dipenjarakan! Namun ia sebegitu halus sehingga tidak seorang pun dapat mengesannya. Tetapi Allah Yang Dahsyat dan Yang Mengerikan yang mengilhamkan amsal ini telah nampak segalanya.
Apakah pencurian tahunanmu dalam kerja gajimu melalui pemakaian telefon, panggilan, teks, emel, atau ciapan untuk hanya 15 minit setiap hari, jika gajimu $50,000 setahun? $1,562! Bagaimana dengan 30 minit sehari? $3,125! Bagaimana pula kalau kamu menambahkan 18 minit lagi untuk lambat ke kerja, waktu rehat, membayar bil, melayari Internet, melanjutkan lagi masa makan tengah hari, dan/atau balik awal? Maka, kamu sudah mencuri $5,000 atau 10% daripada upahmu. Setiap orang pun buat demikian? Kristian sejati tidak mencuri daripada majikan.
Pelajarannya di sini ialah kejujuran kewangan dan kejujuran peribadi. Pada zaman Solomo, kamu membeli barangan menurut berat di atas dacing pedagang atau disukat oleh pedagang punya alat menyukat. Jika mereka mengubahkan berat atau sukatan, maka mereka dengan mudah boleh mencuri sedikit daripada setiap pelanggan. TUHAN Jehovah memandang keji, membenci, dan berasa mual terhadap amalan-amalan niaga demikian. Dan Dia masih sama pada zaman kini. Adakah kamu selalu jujur dengan wang?
Ia jauh lebih baik untuk menjual susumu pada sukatan 129 auns [3.665 liter] segelen daripada menipu pelanggan. Ia jauh lebih baik untuk bekerja lebih masa, di luar waktu kerja, daripada merugikan majikanmu. Bagaimanakah ia mungkin lebih baik kalau ia merugikan dirimu sendiri? Kamu akhirnya berakhir dengan hati nurani dan reputasi yang suci; pelanggan-pelangganmu atau majikanmu teruja dan menaruh percaya kepadamu; dan Allah syurgawi dapat dengan mudah memberi pampasan bagi kerugian dengan cara yang tidak dapat disukat oleh kalkulator. Kemuliaan bagi Allah!
Pakailah suatu pelajaran Bahasa Malaysia untuk meluaskan perbendaharaan katamu. Paulus mengajar Titus supaya mengajar para pekerja untuk jangan sesekali menggaet, tetapi untuk selalu menunjukkan segala kesetiaan yang baik (Tit 2:9-10). Apakah maksud menggaet? Ia bermaksud menggetil, mencopet, atau menyerobot. Apakah maksud menggetil, mencopet atau menyerobot? Seperti menggaet, semuanya adalah kata kerja untuk pencurian kecil atau mencuri pada kadar kuantiti kecil. Ah ah! Adakah kamu bermaksud seperti dua contoh di atas yang mungkin digandakan banyak kali? Ya!
Paulus memberitahu Titus untuk dengan segala kekuasaan mengajar integriti demikian (Tit 2:15). Allah membenci penipuan kewangan dan perniagaan, dan injil Kristus juga mengutukinya. Majikan yang tidak mengambil kesempatan ke atas pekerja dapat menghiasi doktrin Yesus Kristus dengan kesetiaan mereka di dalam pekerjaan – kesetiaan, kejujuran, kekentalan, dan sikap yang boleh diharapkan (Tit 2:9-10). Adakah sikap perniagaanmu dan reputasimu menghiasi injil, atau menodakannya? Pekerja salih mentaati dan menyenangkan pekerja mereka pada setiap masa, dalam segala hal, tanpa berjawab semula.
Adakah kamu membayar bil kamu tepat pada waktunya? Tanpa menipu tempoh pembayaran yang dibenarkan? Adakah kamu mengembalikan bayaran berlebihan dengan serta-merta? Adakah kamu mengembalikan barangan dalam keadaan baik seperti yang kamu belinya? Adakah kamu membayar para pekerja buruh pada hari itu juga? Adakah kamu memberi tip kepada para pelayan dengan murah hati yang berharap kepada tip untuk mencari nafkah? Adakah kamu memberi majikanmu satu hari penuh atau lebih? Adakah kamu memfail cukai dengan penuh kejujuran? Amsal ini sesuai untuk dirimu.
Adakah kamu teliti benar ketika mengisi laporan perbelanjaanmu? Adakah kamu mengurangkan perbelanjaan harianmu tidak kira apa pun yang ditawarkan majikanmu? Adakah kamu memberitahu apa yang rosak dengan kereta terpakai sebelum kamu menjualnya? Adakah kamu memberitahu pembeli akan masalah-masalah dengan rumahmu atau perniagaanmu? Adakah kamu memakan kesilapan pesananmu di restoran atau harap makananmu itu percuma? Adakah kamu mengembalikan barang pinjaman dalam keadaan yang lebih baik daripada waktu kamu memperolehnya?
Adakah kamu mencerobohi batasan jiranmu? Adakah kamu melanggari kawasan udaranya dengan anjingmu yang menyalak, atau halaman rumputnya dengan tinja anjing? Adakah kamu sedar akan orang lain yang sedang berusaha untuk membantumu, dan adakah kamu memberi pampasan kepada mereka ketika ia berlaku lebih daripada sekali atau dua kali? Adakah kamu membulatkan nombor bagi keuntungan diri sendiri, atau menipu orang lain pada kadar yang sangat kecil? Adakah kamu mengadu, mengampu, mengugut, atau sebaliknya cuba merendahkan orang lain supaya mengurangkan harga jualan mereka?
Allah Yang Maha Besar membenci perniagaan, kewangan, atau penipuan peribadi. Dia akan mengisarkanmu sampai jadi serbuk, jika kamu cuba mengambil kesempatan atas orang lain, meskipun dengan jumlah kecil. Ia sungguh mengagumkan untuk melihat orang miskin, yang fikir mereka ada hak untuk menipu untuk memajukan diri. Tahukah kamu? Itulah sebabnya mereka miskin! Orang yang murah hati, yang menyerakkan wangnya untuk membantu orang miskin dengan percuma dan untuk menjaga reputasinya bersih di hadapan Allah, beroleh maju berbanding dengan orang yang kedekut (Ams 11:24-26).
Kamu akan memiliki peluang pada hari ini untuk menjadi adil, murah hati, jujur, benar, dan berkorban. Jika kamu pilih untuk melindungi dirimu sendiri dan menipu sesiapa pun yang lain, meskipun dengan jumlah yang sungguh kecil, Allah Maha Pencipta akan tersinggung dan memastikan kamu rugi dalam kehidupan. Jika kamu pilih untuk bertimbang rasa, tekun, setia, dan boleh diharapkan, maka kamu akan menghiasi injil Yesus Kristus. Orang jujur sendiri dinyatakan sebagai anak sejati Allah (Maz 15:1-5; Rom 12:17).