21:10
Jiwa orang durjana mengingini kejahatan: jirannya tidak akan menemui apa pun keredaan di matanya.
Pertimbangkan orang durjana. Lihatlah fikirannya, hatinya, dan perilakunya. Ketahuilah jiwanya, dan pandang hina jalan-jalannya. Elaklah dia pada setiap masa, sebab dia berbahaya dan bermasalah. Jiwanya menikmati dosa seperti orang minum air (Ayb 15:16). Hatinya yang mementingkan dirinya sendiri tiada apa pun belas kasihan bagi orang lain, meskipun orang lain itu merupakan keluarga, jiran, atau kawan. Dia memandang hina sesiapa pun yang menghalang ikhtiarnya untuk kenikmatan berdosa.
Orang durjana berfikir dengan durjana siang dan malam. Dia tidak berehat dan tidur seperti orang baik yang tidur dalam damai sejahtera dan kewajaran. Jiwanya terganggu, kecuali dia dapat memikir tentang sesuatu yang berdosa dan yang jahat (Ams 4:16; 6:14; Maz 36:1-4; Mik 2:1). Dia beriri hati dengan jirannya; dia menimbulkan kebencian dan pembalasan dendam bagi kesalahan orang lain terhadap dirinya; dia menuduh semua orang lain untuk masalah-masalahnya.
Orang durjana bukan sahaja berbuat jahat malah mereka mengingininya. Mereka tidak lapar dan dahaga untuk kewajaran atau Allah Yang Maha Hidup, seperti orang baik (Maz 42:1-5; Mat 5:6). Tiada apa pun yang dapat mengongkong bayangan mereka (Yes 32:6-7). Mereka berkhayal tentang kegasangan yang melampau. Orang pilihan mungkin berdosa, tetapi orang durjana mengingininya. Sementara orang pilihan mungkin berbuat apa yang mereka sendiri benci, orang durjana pula berbuat apa yang mereka suka.
Orang durjana suka membenci. Mereka meneka kejahatan orang lain; mereka memfitnah dan membisik; mereka memperbenarkan diri mereka sendiri. Mereka memandang hina orang lain, sebab mereka tidak melihat kebaikan dalam sesiapa pun. Mereka mengikuti iblis, sementara menikmati kebencian dan kebohongan (Yoh 8:44). Mereka menyembah diri mereka sendiri dan sanggup mengorbankan kawan-kawan pun untuk memuaskan diri sendiri. Mereka telah mematikan banyak hati nurani dan belas kasihan biasa.
Sukatan yang paling nyata untuk menilai insan ialah cara dia melayani orang lain. Itu membuktikan hidup yang kekal atau maut (1Yoh 3:10-15). Ia bukti mengenal Allah (1Yoh 4:20; 5:1). Kasih ialah rahmat yang paling besar bagi jiwa yang sudah ditebus, dan Alkitab menekankannya banyak kali. Para rasul telah menulis menentang kepahitan, kebencian, dan persengketaan; mereka menulis untuk menyarankan kemurahan, pengampunan, kasih, dan damai sejahtera. Yang pertama tersebut adalah keiblisan dan dari neraka; yang kedua pula ialah sukatan nilai yang paling hebat orang pilihan Allah.
“Tetapi jika kalian ada hasad dengki pahit dan persengketaan dalam hati kalian, jangan bermegah, dan jangan berbohong menentang kebenaran. Hikmah ini tidak diturunkan dari atas, tetapi bersifat bumi, badaniah, dan keiblisan. Sebab di mana hasad dengki dan persengketaan berada, di situ ada kekeliruan dan segala jenis pekerjaan jahat. Tetapi hikmah dari atas adalah pertama-tamanya suci, kemudian cenderung berdamai, lemah-lembut, dan mudah untuk dirayukan, penuh dengan belas kasihan dan buah baik, tanpa berberat sebelah, dan tanpa kemunafikan. Dan buah kewajaran ditabur dengan damai sejahtera oleh mereka yang berbuat damai” (Yak 3:14-18).
Tiada apa pun perubahan dalam orang durjana tanpa rahmat Allah campur tangan untuk memberi mereka hati yang baru. Tiada perubahan suasana atau penjelasan kebenaran yang cukup hebat untuk menggerakkan hati mereka yang dingin dan yang rosak itu (Yes 26:10; Luk 16:31). Mereka tidak boleh menyelamatkan diri mereka sendiri, sebab fikiran mereka yang kebencian, negatif, dan yang mementingkan diri sendiri adalah dalam sifat mereka dan oleh tabiat-tabiat yang sudah dimantapkan.
Biar orang benar memandang hina dan meninggalkan orang durjana dan jalan-jalan mereka (Maz 15:4; 101:4). Biar mereka mencari perintah-perintah Allah (Maz 119:115). Allah akan menghakimi orang durjana, dan Dia akan mendedahkan mereka demi orang benar dan juga menghakimi mereka (Ams 26:24-26). Jadikanlah panggilan dan pilihanmu pasti dan buktikan bahawa kamu bukan seperti orang durjana dengan mengasihi jiranmu dan mengasihi musuhmu (Mat 5:43-48).