Amsal · Proverbs

21:9
Ia lebih baik untuk berdiam di sudut atas rumah, daripada berdiam dengan seorang perempuan yang suka berkelahi di dalam rumah yang luas.

Mengapakah sesetengah lelaki kerap kali kurang berada di rumah? Mereka pergi memburu, bekerja lebih banyak, main golf, hidup di dalam workshop, menambahbaikkan laman kawasan rumah, menetap di tingkat bawah rumah, atau mendengar muzik dengan fon kepala. Mengapa? Mereka sedang mengelak makhluk buruk yang telah mereka kahwin dengan bebal. Para lelaki yang kasihan ini telah membuat suatu pilihan yang merosakkan kehidupan dengan berkahwin dengan perempuan yang suka berbalah dan yang suka berbahas.

Allah menciptakan Hawa untuk menjadi teman sempurna Adam, dan Hawa memang sedemikian (Kej 2:18-25). Perkahwinan memberi lelaki isterinya sendiri untuk penemanan yang menyenangkan, bantuan sesama diri, dan kenikmatan seksual (Pkh 4:9-12; 9:9; 1Kor 7:1-5). Tetapi dosa di Eden dan selepas itu telah merosakkan ciptaan Allah, dan perempuan yang angkuh dan yang mementingkan diri sendiri telah berubah menjadi bahan jelek yang celopar dan peleter di rumah.

Bagaimanakah dosa merosakkan ciptaan Allah (Pkh 7:29)? Kenikmatan lelaki yang paling menyenangkan menjadi kesakitannya yang paling pedih! Hartanya yang paling berharga ialah kerugiannya yang paling besar! Teman yang paling karibnya menjadi musuhnya yang paling buruk! Sumber damai sejahtera dan penghiburannya menjadi sumber kesengsaraannya yang tidak terhenti-henti (Ams 12:4)! Ketika mangsa yang terseksa itu sedar akan kesilapannya yang besar, semangatnya dipedihkan, dan dia terpaksa berserah dan berundur dari kehadiran isterinya untuk menemui satu-satunya hiburan di dalam kesunyian dan ketenangan kegiatan-kegiatan yang lain.

Seorang perempuan yang suka berkelahi ialah perempuan yang suka bertengkar, bergaduh, bertekak, ribut, atau yang memekik. Kamu akan mendengar suara dia kebanyakan masa– dia biasanya bercakap, memperbetulkan, berbahas, memarahi, suka mencadang, suka mengingat, dan menjadikan dirinya sendiri suatu kekacauan yang tidak tertahankan. Usaha untuk memperbetulkannya selalu gagal, sebab keangkuhannya yang tidak tertib itu tidak dapat menunduk dan tidak dapat berdiam.

Betapa tularnya masalah ini? Salomo memberi lagi lima amsal yang serupa dengan yang ini (Ams 12:4; 19:13; 21:19; 25:24; 27:15-16). Ia masalah yang biasa, terutamanya di dalam zaman yang suka memberontak ini, ketika perempuan tidak lagi tahu peranan mereka yang ditahbiskan Allah. Ia suatu perangkap berbahaya yang sedang menunggu untuk menggodai para teruna dengan umpannya dan kemudian memerangkap mereka dengan tiba-tiba.

Ia lebih baik – dengarkah kamu nasihat Sang Pengkhutbah? Dia memberi salah satu keutamaan yang berhikmah akan kehidupan. Ia lebih baik untuk berdiam di bumbung daripada berdiam di rumah yang luas bersama-sama perempuan sedemikian. Ia lebih baik untuk kekal bujang, sunyi dan bersendirian, daripada bersekedudukan dengan bedebah yang menyusahkan ini dalam perkahwinan yang tidak ada sukacita. Ia lebih baik untuk berdiam di bengkel untuk membentuk satu lagi perabot yang tidak bernilai daripada adanya damai atau kenikmatan dengan perempuan yang tahu segala-galanya atau yang telah mengambil alih rumahmu.

Allah, yang telah menciptakan perempuan untuk lelaki, telah mengisytihar bahawa suatu roh yang suka menurut dan yang tenteram bernilai tinggi, dan adalah jauh lebih baik daripada menambahbaikkan kecantikan luaran (1Pet 3:3-4). Hiasan luaran tidak akan dapat menutupi kecacatan dalaman suatu roh yang suka berbalah (Ams 11:22; 27:15-16). Dia telah berjanji bahawa perempuan yang suka menurut dan yang tenteram akan dipuji oleh suami dan anak-anak (Ams 31:28). Perempuan yang terhormat dan yang berakhlak mulia harus dihormati dan dipuji, dan kaum isteri yang jelek yang disebut amsal ini harus tidak dipedulikan dan diperlekehkan sebagai hukuman dan teladan kepada orang lain (Ams 11:16; 26:1-12).

Hai lelaki muda, tolaklah perempuan tersebut! Gerak hati yang melulu, keperluan yang terdesak, atau main cinta yang bebal akan menyeksa dirimu untuk lima puluh tahun. Biar lelaki yang sudah kahwin bertemu dan menguji jodohmu bersama dengan emaknya; biar mereka menyemak untuk sedikit bau pun semangat yang menjelekkan. Apapun kecacatan akhlak yang kamu temui sebelum perkahwinan akan menjadi sepuluh kali ganda lebih teruk kelak (Ams 30:21-23). Dan kecacatan itu tidak akan semakin hari semakin bertambah baik, tetapi sebaliknya bertambah buruk. Satu-satunya harapan bagimu ialah belas kasihan untuk mati.

Hai suami yang sedang diseksa, sudahkah kamu salah kahwin? Jika dia perempuan yang takut akan TUHAN, bawalah dia kepada Alkitab dan bantulah dia membaca perintah-perintah Sang Pencipta. Carilah gereja yang hamba Allah akan menegur dan mengarahkan dia bagimu. Dedahkanlah dia kepada perempuan yang berbudi baik. Jika dia tidak takut akan Tuhan, pergi dapatkan makanan ringan dan pilihlah sudut di bumbungyang paling teduh.

Hai gadis atau wanita Kristian, bencilah makhluk yang jelek ini seperti seorang perempuan asing. Dengar akan celotehnya yang kerap, ketawanya yang bebal, aduannya yang merengek, pemerhatian-pemerhatiannya yang negatif, celah katanya yang biadap, suka memperbetulkan orang dengan sikap suka memerintah, peringatan-peringatannya yang meleter, cadangan-cadangannya yang mementingkan diri sendiri, atau soalan-soalannya yang bongkak. Bernazar di hadapan TUHAN Allahmu bahawa kamu tidak akan hidup sehari pun dengan perangai perempuan tersebut. Bernazarlah bahawa kamu akan memuliakan Allah dan menghiasi jantinamu dengan perangai berbudi baik.

Penundukkan ialah perananmu dan tugasmu (Efe 5:22-24); perbuatan menolak perananmu itu membinasakan kecantikan sejatimu.Sikap berbudi baik akan mendapatkanmu kehormatan yang kekal (Ams 11:16); Sikap keseganan akan selalu memperoleh bagimu penyanjungan daripada orang lain (Efe 5:33; 1Pet 3:5-6); pertuturan yang terkawal akan menyanjungi nama baikmu dan reputasimu (Ams 17:27). Jadilah tenteram – pastilah kamu tahu apa maksud perkataan ini. Pakailah sikap suka menurut – bertahan dengan kesalahan orang lain daripada membalas dendam atau mempertahankan dirimu sendiri. Kamu akan dipuji oleh kedua-dua Allah dan manusia.