Amsal · Proverbs

21:17
Dia yang suka kenikmatan akan menjadi orang miskin: dia yang suka wain dan minyak tidak akan menjadi kaya.

Salah satu cara untuk menjadi lebih kaya adalah untuk menghentikan perbelanjaan (Ams 21:20)! Ia bukan kos tinggi sara hidup yang menyakiti ekonomi orang, tetapi sebaliknya kos gaya hidup yang tinggi! Orang Amerika biasanya ketagihan gaya hidup yang mewah sehingga ia mengekalkannya miskin dan tertekan. Kenikmatan-kenikmatan wain, dan minyak pada zaman Salomo ialah hiburan, permainan, dan makan di luar pada zaman ini. Orang individu, perniagaan, dan negara sungguh sakit dan sedang mati kerana perbelanjaan yang melampau.

Kebanyakan orang berbelanja lebih daripada apa yang harus dibelanjakan. Tetapi banyak orang mendambakan kenikmatan dan kemewahan, dan mereka berbelanja sampai ke ambang kemiskinan. Orang sebegitu selalu berada dalam keadaan kesempitan wang, tetapi mereka tidak akan menghentikan perbelanjaan yang boros. Mereka yakin bahawa mereka layak dan memerlukan apa yang dibeli mereka itu. Mereka akan selalu miskin. Walaupun kebanyakan orang sebegitu ada pendapatan yang cukup atau yang lebih, mereka membelanjakannya semua dan lebih lagi daripada itu. Kadar orang yang muflis dengan pelbagai cara sedang naik.

Ben Franklin, salah seorang bapa pengasas negara Amerika, telah merumuskan Salomo dengan berkata, “Satu peni yang telah ditabung ialah satu peni yang telah dimenangi.” Mengurangkan perbelanjaanmu ialah sama seperti menaikkan pendapatanmu. Jika Ben sedang menulis pada hari ini, dengan kadar cukai pada 28%, dia akan berkata, “Satu peni yang telah ditabung ialah 1.4 peni yang telah dimenangi,” sedang kala mencerminkan cukai pendapatan. Jika kamu keliru, mengurangkan $1000 perbelanjaan adalah sama seperti menambahakan pendapatan $1400 bagi seorang pembayar cukai.

Sesetengah orang akan hidup menurut kemampuan mereka, tetapi kebanyakan orang tidak melakukannya. Dalam teori ekonomi, keinginan menambahkan perbelanjaan sementara kenaikan pendapatan ialah kadar kecenderungan untuk membeli. Di Amerika, kadar itu kerap kali lebih daripada 100%. Perbelanjaan bertambah lebih cepat daripada pendapatan, dan mereka menutup perbezaannya dengan kad kredit, bayar ansuran, dan hutang pinjaman penggadaian rumah. Mereka tidak akan membayar untuk seluruh rumah itu, sebab ketika mereka sudah hampir nak bayar semuanya, mereka akan membeli rumah yang lebih besar, sama ada mereka memerlukannya atau tidak, atau mereka menggadaikan rumah lama untuk memakai ekuiti itu untuk perbelanjaan kesenangan dan permainan. Cinta akan kenikmatan dan kemewahan menghancurkan kehidupan mereka, sebab mereka telah menciptakan “keperluan” yang tidak munasabah dan yang mereka tidak mampu tanggung.

Tetapi sesetengah orang boleh hidup secara sederhana, walaupun kaya. Mereka tidak mencintai kenikmatan, wain, atau minyak. Sam Walton, orang Amerika yang paling kaya dan yang paling berjaya ketika dia hidup, kekal memandu trak / lorinya bersertakan anjing-anjing pemburunya. Warren Buffet, pelabur yang paling besar dan orang yang kedua paling kaya di dunia, masih hidup dalam rumah kecilnya yang dibelinya 40 tahun dahulu dan sudah puas dengan burger dan coca-cola sebagai makanan sehariannya.

Makan di luar tidak wajar. Ia suatu keistimewaan yang mewah dan kelebihan. Ia suatu tabiat yang buruk kecuali pendapatanmu menutupi segala tanggungjawab kewanganmu dengan lebih banyak baki yang tertinggal. Datuk dan nenekmu tidak pernah pun mempertimbangkannya. Makan di luar menyakiti badjet lebih daripada kebanyakan perbelanjaan yang lain.

Dalam satu generasi sahaja, orang Amerika harap untuk makan di luar hampir setiap hari, atau beberapa kali sehari. Banyak perempuan tidak lagi memasak sama sekali dan mereka fikir ia hukuman yang kejam dan luar biasa ketika mendengar tentang perempuan memasak. Membeli barangan runcit untuk memasak di rumah sudah dianggap sebagai suatu kehilangan maruah bagi kebanyakan orang Amerika. Mereka sudah dilamun cinta dengan wain, dan minyak Salomo di restoran-restoran. Hutang dan kemiskinan menjelang.

Dengan menyangkal hakikat keadaan ekonomi, kebanyakan restoran memenuhi semua kehendak para pelahap. Di negara yang mendambakan kemudahan dan kemewahan, di situlah tempat popular untuk berada. Kamu harus berbelanja lebih untuk memperoleh kenikmatan yang dahulu (Ams 27:7). Untuk $200, satu pasangan digoda untuk makan 5000 kalori setiap orang dengan minuman, pembuka selera, sup, salad, sarapan utama, pencuci mulut, cukai, tip, penjaga kanak-kanak dan minyak petrol. Untuk $20, mereka sudah patut ada tikar terbentang dengan wain, roti itali, dan keju dan lilin di kamar tidur sendiri. Dan mereka tidak mungkin derita buncit dan letih ketika ke katil mereka!

Ada banyak benda kamu fikir kamu perlu yang kamu tidak perlu – ia merupakan kenikmatan yang diceritakan amsal ini dan yang harus kamu kuasai supaya sesuai dengan pendapatanmu. Kamu tidak memerlukan telefon bimbit mewah, iPad, atau permainan-permainan yang mahal dengan ansuran bulanan. Kamu tidak memerlukan lebih kenderaan melebihi bilangan orang yang bekerja di kalangan rumahtangga. Kamu tidak memerlukan siaran tv satelit, sementara semuanya dapat disalurkan daripada internet. Kamu tidak memerlukan keahlian di gim; bersenamlah di rumah. Kamu tidak perlu membeli di pusat membeli-belah. Kamu tidak memerlukan perjalanan, percutian, atau rekreasi yang melebihi apa yang kamu dapat buat di rumah. Kamu pasti tidak memerlukan binatang peliharaan, terutamanya anjing, sebab ia sungguh mahal. Buat kiraannya!

Orang miskin yang suka membelanjakan wang akan selalu miskin, sebab dia tiada simpanan untuk merebut kesempatan pelaburan dan perniagaan (Ams 14:4). Hanya melalui modal yang disimpan seseorang dapat untung daripada situasi-situasi yang sedikit dalam kehidupan yang menawarkan keuntungan yang luar biasa. Jadi sekali lagi kamu nampak hukum semulajadi iaitu hukum Allah – orang kaya menjadi lebih kaya, dan orang miskin menjadi lebih miskin.

Penawar bagi kemiskinan ialah nilai murni yang diperlukan bagi kebanyakan kejayaan – penguasaan diri, atau penyangkalan diri sendiri, dan disiplin diri. Kamu membuat peraturan untuk menghentikan perbelanjaan, tak kira betapa banyak kamu “ingin” atau fikir kamu “perlu” sesuatu. Apa yang sebenarnya kamu perlu ialah makanan, pakaian, dan tempat perlindungan. Apapun yang lain ialah kemewahan dan kenikmatan. Jika kamu pemboros, kamu saudara kepada orang yang kekukangan (Ams 18:9). Jika kamu pemboros, kamu saudara kepada para pemabuk dan pelahap (Ams 23:20-21).

Kamu mungkin harus mengambil langkah-langkah yang drastik. Buang televisyenmu. Kamu pasti akan menyelamatkan jiwamu dan mengelak iklan-iklan yang semakin agresif. Buang kad kreditmu. Kamu akan menahan gerak hati untuk membeli dan mengelak kadar bunga yang paling tinggi di pasaran. Percutian itu tidak wajar. Ia merupakan keistimewaan mewah bagi mereka yang sudah mengaturkan kewangan mereka dengan baik. Tolak keangkuhan yang berkata bahawa kamu tidak boleh membeli barangan terpakai seperti kereta, rumah, perabot, alat elektrik, atau pakaian pun. Anak-anakmu, terutamanya yang masih bayi, tidak memerlukan apa pun yang terkini, dan kamu juga tidak.

Kamu hidup di antara para pemboros. Kamu menghadap tekanan iklan dan tekanan rakan-rakan setiap hari. Kerajaan persekutuan dan negeri terjebak dalam hutang besar untuk menutupi perbelanjaan yang memboros. Perniagaan dan para pengguna turut ikut, semua dengan tamak melahap hiburan, kemewahan, kelebihan, dan kenikmatan. Allah memanggil kamu supaya menguasai diri sendiri secara kewangan dan untuk mengajar nilai ini kepada anak-anakmu. Kemerdekaan kewangan yang benar adalah untuk hidup dalam kemampuanmu dan percaya kepada Bapamu di syurga.

Salah satu amalan keluarga yang tidak dapat dilihat dalam generasi yang pemboros ini, adalah untuk meneliti betapa murah kamu dapat hidup untuk satu bulan. Batalkan langganan surat khabar. Jangan makan di luar. Jangan sewa video. Jangan ada kenikmatan yang di luar rumah. Jangan memandu tanpa keperluan. Lekat kepada menu pemakanan yang asas. Tutup lampu, dan kurang pakai penghawa dingin, atau kurangkan pemanas di rumah. Kamu dapat mengajar kanak-kanak untuk menghargai kebiasaan mereka, dan kamu dapat menunjukkan bagaimana nak hidup berekonomi ketika perlu.

Satu lagi amalan keluarga yang baik adalah untuk hidup menurut badjet, iaitu amalan yang kerajaan dan kebanyakan rakyat sudah tidak lagi buat. Sementara membuat badjet mungkin rumit dan menakutkan, ada penyelesaian yang mudah. Ketika kamu ada pendapatan, seperti gaji, pertama bayar Allah, kedua penabungan, sesetengah lagi simpan untuk kecemasan rumahtangga, dan bayar semua hutangmu atau khususkan wang itu untuk membayar bil. Kamu sekarang sudah bebas untuk menikmati apa yang tertinggal! Banyak akan sedar bahawa mereka memerlukan lebih pendapatan, yang bermaksud mereka telah hidup melebihi kemampuan mereka dan merupakan orang bebal dalam perjalanan ke geng orang miskin.

Mengasihi kenikmatan dunia ini juga akan menjadikan seseorang miskin secara rohani, sebab kamu tidak boleh mengasihi dunia dan Yesus Kristus. Dia menuntut segala kesetiaanmu kepadaNya (Mat 6:24; Yak 4:4). Lot memilih tanah fama Yordan yang subur dengan penyaluran air dan juga kota Sodom, sehingga kerugian keluarganya dengan keaibannya kekal diceritakan di gereja Allah. Tetapi Musa menyerahkan kenikmatan dan kekayaan Mesir untuk keaiban dan kemiskinan umat Allah (Ibr 11:24-26).

Jika kamu memusatkan fikiran kepada benda duniawi – nafsu dan kenikmatan dunia ini, kamu merupakan penyembah perut (Flp 3:18-19). Kamu telah undur ke dalam kemiskinan jiwa dan penjara rohani. Kamu tidak mengasihi Allah, sebab kamu tidak dapat melakukan kedua-duanya (1Yoh 2:15-17). Cinta kepada wang dan apa yang dapat dibelinya itulah yang memusnahkan jiwa manusia (1Tim 6:6-10). Jika kamu sebaliknya pilih kehilangan nyawamu bagi Yesus Kristus, maka ketika itulah kamu akan memperolehnya (Mat 16:25).