Amsal · Proverbs

21:18
Orang durjana akan menjadi tebusan bagi orang benar, dan pelanggar bagi orang jujur.

Allah di syurga mengasihi orang benar, dan Dia gemar untuk mengorbankan orang durjana untuk mereka. Harga tebusan untuk membeli dan memberkati orang benar ialah nyawa para pelanggar yang durjana. Dia akan menyelamatkan orang benar dengan mengorbankan musuh-musuh mereka, dan Dia akan menterbalikkan rancangan jahat terhadap orang benar untuk ditimpa ke atas kepala para subahat durjana. Pertimbangkan Mazmur 7:10-17!

Adakah kamu beriri hati kepada kemakmuran orang durjana? Adakah kamu terganggu oleh kebencian mereka bagi orang benar? Adakah kamu takut akan kejahatan mereka yang bertubi-tubi? Mereka akan menderita keaiban mereka dalam kegelapan yang abadi! Tetapi sebelum mereka pergi ke tempat yang gelap itu, mereka akan dijual kepada masalah. Ada Allah yang benar, dan Dia membeza-bezakan pelayanannya terhadap manusia (Maz 58:10-11).

Contoh yang paling baik untuk menggambarkan pelajaran ini ialah tebusan Mesir bagi Israel. TUHAN mengasihi umatNya, Israel, dan Dia telah mendengar seruan mereka kerana beban berat hamba abdi yang ditaruh orang Mesir ke atas diri mereka (Kel 1:13-14; 2:23-25). Dia menghormati mereka, tetapi Dia tidak menghormati Mesir. Mereka akan tidak lama lagi menjadi tebusan bagi bangsaNya yang benar.

Dia menyampaikan sepuluh azab dan dengan teruk membinasakan mereka sebelum melemaskan Firaun dan angakatannya di Laut Merah. Para penasihat Firaun mengaku bahawa azab-azab telah membinasakan negara (Kel 10:7). Dengan setiap anak sulung mati di setiap rumah tangga, orang Mesir merayu supaya Israelmeninggalkan mereka, maka Israel “meminjam” kekayaan seluruh negara Mesir untuk tidak lagi memulangkan pinjaman itu. Dan dengan itu, Tuhan dengan penuh sukacita mengarahkan Israel untuk menjarah orang Mesir (Kel 12:35-36). Berilah Allah kemuliaan!

TUHAN mengisytiharkan transaksi ini, “Sebab akulah TUHAN Allahmu, Yang Maha Kudus Israel, Juruselamatmu: Aku telah menyerahkan Mesir sebagai tebusanmu, Etiopia dan Syeba bagimu. Sementara kamu berharga di mataku, kamu telah menjadi terhormat, dan aku telah mengasihimu: oleh sebab itu, aku akan menyerahkan manusia sebagai ganti bagimu, dan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawamu” (Yes 43:3-4). Inilah pelajarannya.

Allah mengarahkan Yosua untuk merejam Akhan dan keluarganya untuk menyelamatkan Israel (Yos 7:1-26). Tujuh anak lelaki Saul telah digantung sebagai tebusan Israel daripada kemarau TUHAN (2Sam 21:1-14). DanHaman dan sepuluh anak lelakinya digantung mati di pergantungan yang telah dibinanya untuk Mordekai dan bangsa Yahudi (Est 7:10). Ada Allah yang membeza-bezakan pelayanannya terhadap manusia (Maz 58:10-11).

Pertimbangkan kata-kata ini dalam amsal yang lain, “Orang benar dilepaskan daripada masalah, dan orang durjana mengganti tempatnya” (Ams 11:8). Tuhan akan mencabut orang benar daripada masalah dan sebaliknya menaruh orang durjana sebagai ganti! Tuhan akan menghukum orang durjana sebalik daripada orang benar.

Allah telah memakai Asyur sebagai alatnya untuk menghukum Israel; kemudian Dia berpaling untuk meremukkan Asyur bagi perbuatan-perbuatan dan perangai mereka (Yes 10:5-19). Dan Dia berbuat sama kepada Babel, yang Dia pakai untuk menghukum Israel dan bangsa-bangsa yang lain untuk tujuh puluh tahun sebelum menghukum mereka (Yer 25:8-14).

Hamba yang tidak memberi pulangan bagi satu talentanya itu telah dihukum dengan keras-keras, dan talentanya telah diambil dan diberi kepada orang yang ada sepuluh talenta. Orang kaya menjadi lebih kaya, dan orang miskin menjadi lebih miskin; ya, orang miskin dikorbankan bagi orang kaya di dalam perumpamaan yang rohani ini (Mat 25:14-30).

Hai pembaca, kalau kamu takut akan Tuhan dan harap untuk hidup dengan benar, Tuhan mengasihimu dan akan dengan rela mengorbankan orang durjana bagi dirimu. Langsung tiada keperluan untuk takut kepada mereka. Tuhan berada di bait kudusNya, dan Dia tidak akan pernah membiarkan orang durjana memperoleh jalan mereka terhadapmu. Pelajaranmu dalam amsal ini ialah keajaiban penyediaan nasib oleh Allah Yang Maha Kuasa untuk mengagih-agihkan peristiwa dalam kehidupan ini bagi faedah umatNya. Dia akan mengorbankan orang lain bagi faedah anak-anakNya.

Adanya hari yang sedang datang ketika orang Kristian akan menghakimi dunia dan para malaikat (1Kor 6:2-3). Si iblis dan para pendosa sudah menganiaya mereka untuk beribu-ribut tahun, tetapi hari pembalasan sedang menjelang, ketika orang martir di bawah mazbah Allah mendapat hajat besar mereka dipenuhi (Wah 6:9-11). Kedua-dua manusia dan malaikat durjana akan dikorbankan mengganti anak-anak TUHAN.

Biar pelajaran ini menghalau apa pun ketakutan kepada orang durjana, dan biar ia menggantikan ketakutan itu dengan suatu keinginan yang rendah hati untuk menjadi umat terhormat dan yang dikasihi Allah Yang Maha Tinggi. Sebab “tiada senjata yang dibentuk terhadapmu akan makmur” (Yes 54:11-17). Dan “sebab sesiapa pun yang menyentuhimu menyentuhi biji matanya” (Zak 2:8-9). Terima kasih, Tuhan, kerana mempertahan dan menyelamat orang jujur dalam hati. Pertimbangkan Mazmur 7:10-17 sekali lagi. Kemuliaan bagi Tuhan!