21:16
Orang yang merayau keluar dari jalan pemahaman akan menetap di dalam jemaah orang mati.
Hanya ada satu cara untuk hidup. Jika kamu menyimpang daripada jalan itu, kamu menyerahkan suatu kehidupan yang ada sukacita dan damai untuk suatu kehidupan maut yang ada dukacita dan masalah. Kamu boleh mati lebih daripada satu cara. Para pendosa yang mengelilingimu itu mati secara fungsi tanpa kehidupan berlimpahan yang telah Allah rancangkan bagi anak-anakNya.
Hanya ada satu cara untuk melayani dan bersembahyang kepada Allah Yang Maha Benar. Jika kamu menyimpang daripada jalan yang tegas itu, maka kamu menggantikan gereja yang ada kehidupan rohani untuk suatu lagi gerea yang merupakan bangkai yang tidak bernyawa, tidak kira betapa banyak bising yang dihasilkan mereka dengan amplifier dan lampu strob. Kamu, seperti anjing dan babi itu, telah kembali semula kepada muntah dan kubang pendapat dan amalan manusia (2Pet 2:21-22).
Satu-satunya cara untuk hidup ialah jalan yang lurus dan sempit yang memimpin kepada hidup yang kekal (Mat 7:13-14). Ia tidak mengujakan nafsumu. Ia tidak popular kepada dunia. Tetapi ia betul, dan ia menyukakan kerinduan kudus jiwa yang telah diselamatkan. Ia jalan yang ditinjau melalui hikmah Alkitab dan dibuka dengan batu pejal kata-kata Allah. Apapun jalan yang lain ialah jalan licin ke neraka.
Jika kamu membina rumah kehidupanmu berdasarkan ajaran-ajaran Alkitab, maka kamu akan memiliki kehidupan yang akan berdiri teguh dengan mudah di tengah-tengah ribut yang menghentam orang lain bertalu-talu. Inilah jalan pemahaman. Tetapi jika kamu membina atas pasir pendapat manusia, maka ribut akan menghanyutkan rumahmu (Mat 7:24-27). Ajaran-ajaran sesat akan ditiup masuk rumahmu dan menunjukkan bahawa kamu tidak pernah memiliki suatu dasar yang salih (1Kor 11:19). Kamu pasti tidak dapat bertahan terhadap ribut murka Allah yang kudus dan yang adil pada Hari Penghakiman.
Pasti tidak ada orang yang memilih untuk menyimpang ke kawasan paya yang bernama Maut. Dia mengubahkan nama kawasan paya itu kepada Jalan Betul atau Jalan Aku. Dia beranggapan arahnya itu lebih baik. Segala jalan seseorang adalah betul di matanya sendiri (Ams 16:2,25; 21:2). Untuk menetap dalam jalan pemahaman, kamu harus membenci pendapat-pendapatmu dan sebaliknya mengasihi ketetapan Allah (Maz 119:128; 2Kor 10:5).
Abram telah membawa bersama anak buahnya, Lot, dari tanah Kasdim yang kafir ke tanah Kanaan. Lot sendiri menyaksikan betapa indahnya perhubungan Allah dengan pakciknya itu. Tetapi dia mengalihkan keluarganya ke arah Sodom yang jahat, dan akhirnya rosak di gua dengan kedua-dua anak perempuannya hamil dengan kandungan benihnya sendiri (Kej 13:12-13; 19:30-38). Kelima-lima orang ini ialah jemaah orang mati itu!
Satu-satunya cara untuk melayani dan menyembah Allah adalah melalui Alkitab. Manusia sudah cuba segalanya seperti membakar anak kecil mereka hidup-hidup, dan bersembahyang kepada burung gagak, anjing dan serangga (2Raj 17:17; Rom 1:23). Kesemuanya itu tahi yang menjijikan, tidak kira betapa ikhlas perbuatan orang kafir yang buta itu. Jika ia tidak menuruti Alkitab, ia tidak cukup baik, tidak kira keadaan akhlak atau perangai atau betapa popular si penyembah itu (Kej 4:3-5; Bil 20:7-13; 1Taw 15:13).
Pasti tiada gereja yang memilih untuk menyimpang ke kawasan paya yang bernama Maut. Mereka mengubahkan nama kawasan paya itu kepada Jalan Betul, Jalan Kita atau Jalan Baru. Mereka beranggapan bahawa diri mereka itu lebih menyenangkan Allah daripada amalan-amalan jalan purba. Mereka memanggilnya sembahyang kontemporari dan sembahyang bersahaja dan sembahyang teruja-uja. Mereka ingin memajukan Alkitab dan membantu Tuhan. Fikiran dan niat mereka itu berbau busuk. Allah menuntut supaya mereka mencari semula jalan purbakala (Yer 6:16; Yud 1:3).
Gereja di Korintus ingat bahawa kurnia-kurnia roh itu akan menutupi kesilapan-kesilapan mereka (1Kor 1:4-9). Mereka membenarkan perbalahan di gereja, berpihak-pihak berasaskan pengkhutbah-pengkhutbah yang digemari mereka, menyanjungi diri sendiri, berzina, saling menyaman di mahkamah, mengizinkan penceraian mudah, menyalahgunakan kemerdekaan, tiada sikap suka memberi, mengaitkan diri dengan orang kafir, rambut pendek pada perempuan, rambut panjang pada lelaki, perbalahan, penyalahgunaan perjamuan Tuhan, kesombongan ketika memberi, kurang kasih sejati, berbahasa lidah, pengkhutbah yang perempuan, penolakan kebangkitan, dan kurang mengambil berat akan yang miskin.
Kebanyakan kesilapan tersebut merupakan kesilapan di banyak gereja zaman kini. Tetapi Allah menghakimi gereja rasuli ini dengan menyambar mereka dengan kelemahan, kesakitan dan kematian (1Kor 11:30). Dan Paulus melepaskan geram kepada mereka dalam surat pertamanya yang telah dibaca oleh kaum Kristian untuk hampir 2000 tahun. Gereja inilah yang sungguh mudah tergolong sebagai gereja yang paling buruk di Wasiat Baru dengan tiada apapun yang terpuji.
Tidak pernah ada gereja yang kuat menyorak Yesus daripada gereja Korintus. Tidak pernah ada gereja yang lebih yakin akan pekerjaan Roh Kudus di antara mereka. Tidak pernah ada gereja yang mempersembahkan injil dengan lebih kuat. Dan mereka betul. Namun bahaya yang besar dan yang mematikan itu ialah Yesus mereka, roh mereka, dan injil mereka itu mungkin yang salah punya, sebab hamba-hamba yang sedang mendorong mereka sebenarnya bekerja untuk iblis sebagai guru-guru palsu yang berbohong (2Kor 11:1-4, 13-15).
Gereja di Rom yang Paulus puji dalam suratnya kepada Korintus akhirnya menjadi Pelacur Agung di kitab Wahyu. Gereja ini diisi dengan segala jenis roh najis dan burung yang kotor dan keji (Rom 1:8; Wah 17:3-6; 18:1-8). Ia sungguh-sungguh menghairankan Yohanes. Bagaimanakah terjadinya demikian? Bagaimanakah mungkin gereja rasuli memudarat sehingga menjadi gereja antikristus yang suka menumpahkan darah dan berzina sebagai rumah pelacur Rom?
Mereka meninggalkan ketetapan-ketetapan Alkitab untuk mengikut pendapat-pendapat orang yang kononnya bapa-bapa gereja. Dia bermula di jalan tertuju ke paya yang sekarang termasuk segala kekejian yang dikenali orang. Apakah yang difirmankan Allah kepada mana-mana orang kudus yang tertinggal di dalamnya atau di dalam gereja-gereja yang berasal daripada mereka? “Keluarlah daripadanya, umatku” (Wah 18:4). Mereka harus meninggalkan jemaah orang mati untuk menemui kehidupan rohani berlimpahan dengan kewajaran dan kebenaran di gereja tempatan Yesus Kristus.
Apakah yang sudah terjadi? Bagaimanakah ia bermula? Mungkinkah pastor itu mencari-cari kehormatan kerana gerejanya itu ditempatkan di ibu kota kerajaan? Mungkinkah gelaran paderi itu menyenangkan orang kafir? Mungkinkah gelaran Pontifus Maximus menjadikan umat Rom yang menyembah Kaisar itu senang hati? Mungkinkah main uji membaptis bayi itu telah menyenangkan sesetengah kaum ibu? Mungkinkah sandiwara menganggap roti itu betul-betul tubuh dan darah Kristus menambah lagi bilangan di perjamuan Tuhan? Mungkinkah doa kepada Maria suatu Hari Ahad menjadikan sesetengah kaum ibu minitis air mata? Mungkinkah suatu patung indah telah menarik beberapa tukang seni untuk menjadi ahli gereja? Mungkinkah perbuatan menyuruh kaum perempuan untuk mengaku dosa kepada paderi menghangatkan kenikmatan intai-intai itu? Mungkinkah pengamalan cuti-cuti kafir Rom dengan nama yang dikristiankan itu membawa masuk keahlian lebih ramai orang kafir? Mungkinkah percikan bagi pembaptisan menghindari rasa malu kerana lupa nak isikan kolam pembaptisan dengan air? Mungkinkah suatu organ telah menarik ahli-ahli muzik masuk? Apakah yang sudah terjadi? Mereka berkompromi sehingga mati.
Si penyimpang itu berakhir di paya orang mati oleh satu langkah pertama yang tersilap dan yang salah. Semua dosa bermula dengan hanya satu fikiran yang salah. Semua ajaran sesat adalah melalui kompromi yang semakin hari semakin bertambah. Semua kultus bermula dengan satu bohong. Semua hujahan yang palsu bermula dengan hanya satu pendirian yang salah. Wahai pembaca, di manakah kamu sudah menyimpang selangkah dua daripada jalan yang betul? Bertaubat! Di manakah gerejamu itu berkompromi dengan hanya satu ketetapan Alkitab? Bertaubat! Sebab ini satu-satunya cara untuk kembali ke jalan yang betul. Jika kamu tidak memperbetulkannya, kamu sesat. Menyimpang hanya satu darjah pada mulanya mungkin hanya beberapa inci tersilap, tetapi semakin kamu mengikuti garis palsu itu semakin ia menjadi beberapa kilometer kesilapan!
Hanya Alkitab dapat menyempurnakan hamba Allah, yakni pastor, dalam setiap perbuatan yang baik (2Tim 3:16-17). Semua ciptaan pada hari ini adalah tanpa kebenaran (2Tim 3:7), sebab manusia telah meninggalkan doktrin yang kukuh untuk mengikuti dongeng (2Tim 4:3-4). Mereka sudah meninggalkan amalan mengasihi Allah untuk mengikuti kenikmatan kehidupan (2Tim 3:4). Mereka ada rupa-rupa kesalihan dengan berkumpul pada hari Ahad, tetapi mereka langsung tidak ada faham akan kekuasaannya yang cemburu itu (2Tim 3:5) dan yang menuntut kehormatan (Ibr 12:28-29). Mereka ini yang lantang, jelek, dan angkuh, dan kononnya Kristian memenuhi amaran-amaran Paulus akan masa yang membahayakan!
Gereja-gereja ini ialah jemaah-jemaah orang mati, tidak kira berapa banyak bilangan orang memenuhi bangunan-bangunan mereka untuk meludahkan keaiban mereka dengan lagu rap Kristian. Gereja di Efesus ada banyak hal yang terpuji, tetapi mereka telah hilang kasih mereka yang pertama dan hampir-hampir menghilangkan Roh, yang akan meninggalkan jemaah ini sebagai bangkai yang tidak bernyawa (Wah 2:1-5; 3:1; Yak 2:26). Gereja-gereja mega dan moden zaman kini tidak pernah memiliki hal-hal terpuji seperti Efesus, maka mereka lebih tidak bernyawa dan lebih lama dalam keadaan sedemikian!
Jalan baru yang telah ditemui mereka itu ialah jalan ke agama mati, tidak kira betapa mereka kelihatan meriah. Keghairahan yang dialami mereka daripada kebaktian hingar bingar dengan lagu rock dan melompat-lompat dan menjerit itu tidak akan bertahan. Mereka itu cengkerang kosong yang mengejar-ngejar kenikmatan badaniah; Allah Alkitab pun mereka tidak kenal. Allah menyukat dengan doktrin, amalan dan kesucian; mereka menyukat dengan desibel, betapa popular, dan nilai kenikmatan. Mereka tidak menginginkan Kristian rasuli kerana mereka langsung tidak pernah menyertainya (1Yoh 2:19), dan orang yang tidak terjanasemula itulah yang mengisi keahlian gereja itu.
Kalau-kalau seseorang meninggalkan jalan kata-kata sihat Kristus, dia tidak akan tahu apapun yang dituturinya sendiri. Dia langsung tidak tahu apapun (1Tim 6:3-5; Yes 8:20). Apakah yang seharusnya dibuat orang berhikmah dengan sama ada orang yang menyimpang ataupun gereja yang menyimpang? Tinggalkanlah dia atau gereja itu! Bacalah 2 Timotius 3:5 untuk kata-kata, “berpalinglah daripada orang sebegini.” Bacalah 1 Timotius 6:5 untuk kata-kata, “jauhkanlah dirimu daripada orang sedemikian.” Mereka itu sedang hidup di tengah-tengah tapak perkuburan. Nyahkan dirimu daripada mereka.
Mereka ada kata-kata yang baik dan ucapan-ucapan yang muluk untuk memperdayakan yang pandir, tetapi mereka sekadar para penyembah perut (Rom 16:18). Bagaimanakah kamu dapat tahu? Cari jika mereka ada berbuat apapun yang bertentangan dengan ajaran Wasiat Baru (Rom 16:17). Apakah yang harus dilakukanmu tentang mereka? Tandailah mereka dan elakkan mereka (Rom 16:17). Orang-orang kudus Allah yang segelintir itu harus berdiri teguh dan memegang tradisi-tradisi yang telah diajar oleh para rasul (2Tes 2:15; Yud 1:3). Inilah jalan pemahaman.
Wahai pembaca yang setia, patutkah kamu bermegah dengan bongkak bahawa kamu ada kebenaran dan terjamin dalam jalan pemahaman? Biar Allah melarangkannya. Saudaramu Paulus akan memberitahumu supaya jangan menjadi tinggi hati tetapi sebaliknya jadi takut (Rom 11:20). Dia akan memberitahumu untuk takut supaya jangan kamu sendiri menjadi ketinggalan dalam janji-janji Allah juga (Ibr 4:1). Dia akan memberitahumu bahawa sikap terlalu yakin kepada dirimu itu akan mendatangkan kegagalanmu dan kejatuhanmu (1Kor 10:12). Rendahkanlah dirimu kepada Allah.
Seluruh dunia sudah menyimpang daripada jalan pemahaman sejak Taman Eden, dan mereka akan berkumpul beramai-ramai dengan jemaah di neraka untuk mati kekal. Sementara Allah telah menjadikan manusia jujur dan baik, manusia pula telah mencari-cari banyak rekaan untuk mencemarkan jalan-jalan Allah (Peng 7:29). Allah Yang Maha Kuasa itu telah membinasakan mereka semua dengan banjir pada zaman Nuh, dan pada kali kedua dengan api yang tidak terpadamkan dan dengan kepanasan yang sungguh semarak (2Pet 3:1-14; 2Tes 1:7-9).
Amerika Syarikat sudah menyimpang daripada jalan kesalihan, kewajaran, dan keadilan kepada paya yang mematikan dalam hal penguguran anak, pemberontakan anak, penceraian bagi apapun alasan, membunuh diri sendiri, evolusi, kesatuan pekerja, larangan untuk berdoa, larangan untuk Sepuluh Hukum, liwat, kenikmatan yang jahat, dan sihir. Loceng kematian itu sedang berbunyi, kecuali negara bertaubat, dan Allah berbelas kasihan untuk mengampuni Amerika bagi dosa-dosanya yang banyak dan yang kejam.
Kebanyakan orang yang dinamakan Kristian semata-mata sedang mengalami rasa terhibur dan rasa kepastian di gereja mereka yang semakin bertambah bilangan, iaitu tempat yang persembahan lampu, muzik lantang, perbuatan memanipulasikan orang ramai, bilangan besar, aktiviti sosial, projek komuniti, pelayanan sukarelawan, dan pastor bintang rock mereka memberitahu mereka segalanya baik-baik sahaja. Keyakinan mereka langsung tiada dasar seperti keyakinan Yudas Iskariot. Mereka ini yang telah menyimpang dari jalan pemahaman akan merayu kepada segala aktiviti keagamaan dan bilangan mereka, tetapi Tuhan Yesus Kristus akan mengisytiharkan bahawa Dia tidak pernah mengenal mereka (Mat 7:21-23).
Tuhan Yesus Kristus, yakni Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan, ialah satu-satunya jalan untuk kembali kepada Bapa. Taruhlah dirimu kepada belas kasihanNya pada hari ini juga! Ada satu lagi jemaah di syurga. Ia jemaah orang hidup. Ia ada bilangan yang tidak seorang pun dapat hitung. Ada malaikat dengan bilangan yang tidak terhingga melayani di dalamnya. Ia gereja mega Allah Yang Maha Kuasa! Ia pengantin perempuan dan kerajaan Yesus Kristus. Semua orang kudus berada di sana. Akankah kamu menyertai mereka dengan cara rebah di hadapan Tuhan Yesus Kristus melalui ketaatan yang rendah hati untuk mengikut jalanNya yang lurus dan sempit?
Kamu harus mencari gereja tempatan Yesus Kristus yang mengikuti peraturan Alkitab Wasiat Baru bagi doktrin, amalan, sembahyang, dan kehidupan peribadi yang tidak berkompromi dan yang tiada apa pun rekaan. Hanya ada sedikit bilangan gereja ini, dan gereja sedemikian kurang bilangan keahliannya dibandingkan Kristian badaniah yangbesar dengan keduniawian dan yang sedang merebak ke seluruh alam agama. Tetapi kamu akan bersekutu rapat dengan martir-martir dan orang lain yang telah memegang teguh perintah-perintah Allah dan menetap di jalan pemahaman (Wah 12:17; 14:12).