Amsal · Proverbs

21:5
Fikiran orang tekun hanya condong kepada kelimpahan; tetapi bagi setiap orang yang melulu hanya kepada keperluan.

Kejayaan perniagaan dan kewangan bermula di dalam fikiran. Orang yang tekun merancangkan kerjaya, latihan, kehidupan, usaha, penabungan, masa, jadual, dan faktor-faktor yang lain untuk mencapai matlamat-matlamat yang berhikmah, dan dia memperoleh kejayaan. Orang malas, yang terlalu tidak sabar untuk mengejar kejayaan secara salih, yakni dengan cara kerja keras dan usaha pintar – hanya akan fikir tentang jalan pintas, dan mereka akhirnya kekurangan.

Amsal ini berkenaan dengan fikiran perniagaan. Cuba bandingkan klausa-klausanya. Amsal-amsal Salomo biasanya ada dua klausa untuk dibandingkan untuk mendapat erti pelajaran sepenuhnya. Klausa yang pertama menerangkan seorang tekun yang sedang bertambah kaya. Klausa yang kedua menerangkan orang melulu yang sedang menjadi miskin. Dia mengajar bahawa orang yang tekun adalah sabar dalam fikirannya dan dalam usahanya, dan dia akan berjaya. Orang yang malas tidak sabar dalam fikirannya dan dalam usahanya, dan dia sedang menuju ke ambang kejatuhan.

Orang tekun tahu bahawa membajak di ladangnya hari demi hari akan mendapatkan hasil (Ams 12:11; 28:19). Menanam satu benih jagung akan memperoleh 800 lagi enam bulan nanti. Dia tahu kerjanya menjemukan, keras, dan tidak dihargai – salah satu aspek yang tidak ditunjukkan dalam iklan-iklan. Dia tahu bahawa para pekebun kurang memandu kereta sport atau memakai jam tangan Rolex. Mereka melabur modal mereka dalam hal yang lebih penting – tanah dan alat penjana untung. Dia tahu bahawa tabung simpanannya ialah pelaburan yang istimewa, benih jagung bagi musim bunga yang kemudian atau dana untuk membeli jentera traktor yang lebih besar (Ams 14:4).

Jika seorang lelaki mengabdikan diri kepada sesuatu pekerjaan yang asas dan yang perlu atau perniagaan seperti berkebun (dan juga profesion kolar putih), dia ada dasar untuk kejayaan. Jika dia setia bekerja keras melebihi orang lain dalam pekerjaannya dengan hikmah Amsal, sementara mencari jalan kerja yang lebih pintar daripada orang lain, menabung sebahagian setiap pendapatan, dan melaburkannya dengan konservatif, dia akan maju (Ams 10:4; 13:4; 22:29; 27:18; Pkh 10:10). Terjamin! Jika ini berbunyi terlalu boring atau lambat, jadilah pasti bahawa perkataan, “keperluan”, dalam amsal ini berkenaan dengan kamu.

Orang yang malas ada idea yang lebih baik. Dia sebegitu pasti akan fikirannya sehingga dia tidak mempedulikan alasan-alasanmu yang bercanggah dengannya (Ams 26:16). Dia tidak suka kerja yang boring atau kerja keras, dan dia mengharapkan kereta sport atau jam tangan Rolex. Ketabahan setia ialah perkataan terkutuk baginya. Dia suka menyaksikan gaya hidup orang kaya dan orang terkenal di televisyen. Dia mahu pekerjaan yang membayar lebih banyak wang, tanpa kerja keras, yang tidak akan mengotorkan tangannya. Dia tidak akan mahu menjadi seperti pekebun tekun yang diibaratkan lembu yang berdengus. Dia mahu jalan pintas untuk membawanya kepada gaji lumayan. Dia merancang untuk bersara dalam tempoh 10 tahun.

Dunia ada pilihan bagi para si lamban yang suka bermimpi. Dia menghadiri suatu pakatan jaringan pemasaran, yang di sana akan dia menyanyi, “I have a dream”, dan mendengar kesaksian suatu pasangan orang kaya yang menjelaskan bentuk kapal persiaran mereka. Tetapi dia tidak dapat melihat pula 10,000 orang miskin ahli bawahan (downline) yang membeli sabun yang terlampau mahal setiap bulan untuk membayar bagi kapal persiaran itu. Dia nampak orang menang loteri, tetapi dia tidak dapat melihat 10,000,000 orang miskin yang telah membayar bagi kemenangan itu. Dia tidak dapat menanggap bahawa loteri ialah jalan untuk mencapai wang simpanan orang miskin yang dikecuali membayar cukai kerana berpendapatan rendah.

Si lamban itu lagi berjalan melalui tempat pameran majalah sehingga terserempak dengan suatu peluang yang lebih baik daripada jaringan pemasaran atau loteri. Ada seorang pelabur saham baru yang telah menerbitkan majalah cantik tentang pedagang harian. Jadi, dia membuka akaun dengan memakai wang yang dipinjam, dan sebelum dia dapat membaca bab yang ketiga, orang tengah itu sudah menelan akaunnya. Dia kemudian menemui jalan yang lebih pasti – suatu pelaburan terjamin yang membayar 50% setiap suku tahun dengan banyak kesaksian tentang pulangan yang besar. Dia kali ini meminjam daripada neneknya, tetapi tidak lama selepas “melabur” dananya itu, dia membaca dalam surat khabar bahawa wangnya sudah dicuri oleh skim cepat kaya yang direkakan khusus untuk orang pandai-pandai seperti dia.

Jika pemimpi yang malas ini tidak memperbetulkan fikirannya, sikap kedambaan dan ketamakan dirinya mungkin menggodanya lagi untuk mempertimbangkan rasuah, mencuri, amalan rosak dalam perniagaan, mengubahkan surat wasiat keluarga, atau apa pun usaha yang bebal dan yang durjana untuk mengejar semula pencapaian kewangan pekebun yang setia itu (Ams 20:21; 28:20,22). Dia patut mencari pekebun itu dan minta pekerjaan bergaji. Mungkin dia dapat memandu jentera traktor untuk beberapa tahun, menabung wangnya, sehingga dia dapat membeli traktornya sendiri dan menyewakan perkhidmatannya itu.

Raja Salomo dengan teliti memerhatikan dan menaakuli kedua-dua orang kaya dan orang miskin (Ams 24:30-34; 27:23-27). Dia juga melihat semut bekerja (Ams 6:6-11; 30:25). Dengan hikmah dan ilham Allah, dia menyuratkan kesimpulan-kesimpulannya tentang kejayaan ekonomi dalam amsal untuk memanfaatkan anak lelakinya dan rakyatnya (Ams 1:1-9; Pkh 12:8-14). Adakah kamu rela untuk membuang fikiran-fikiranmu yang bebal dan mula berfikir seperti orang yang berhikmah? Pilihan itu kamu punya – kemakmuran atau kemiskinan!

Ada hal lebih besar yang sedang memanggil untuk ketekunanmu – untuk menyenangkan Allah dan mencapai hidup yang abadi. Petrus telah menulis bahawa segala ketekunan dan buah yang melimpah diwajibkan untuk membuktikan kamu terpilih untuk ke syurga (2Pet 1:5-11). Pada zaman yang tularnya banyak bidaah dan gagasan bebal, hidup yang kekal di dalam perangai melulu dan dimanipulasikan mungkinlah hidup yang paling teruk (Yoh 1:13; Rom 9:15-16). Orang yang percaya kepada kesia-siaan itu akan ternyata keperluan pada Hari Penghakiman kelak (Mat 7:21-23).