Amsal · Proverbs

21:4
Penampilan yang berhidung tinggi, dan hati yang angkuh, dan kegiatan membajak oleh orang durjana, ialah dosa.

Setiap perbuatan orang durjana ialah dosa. Allah menolak penampilannya, hatinya, dan perbuatannya. Dia semakin hari semakin bermasalah (Rom 2:5). Hal-hal yang tidak bersalah pun seperti membajak ialah dosa (Tit 1:15-16). Allah dahulu pernah melemaskan seluruh dunia ketika Dia nampak setiap fikiran manusia adalah jahat (Kej 6:5).

Kewajaran bermula dari hati yang terjana semula yang mempunyai fikiran dan dorongan yang rendah hati (Ams 4:23; 14:14; 22:11). Ia berlanjutan lagi di dalam penampilan (Ams 30:13; Yes 2:11), yang membawa kepada perbuatan-perbuatan yang memuliakan dan yang menyenangkan Allah yang kudus (Ams 11:20; 21:27; Maz 11:7).

Jika hatimu tidak betul terhadap Allah, dan tidak taat sepenuhnya kepada Allah, maka segala perbuatanmu itu berdosa. Betapa teruk dan melaknatnya dosa! Kegiatan-kegiatan yang paling tidak bersalah, mulia atau beragama pun menjadi kekutukan yang lebih lanjut ketika dilakukan tanpa hati yang suci. Bacalah bagaimana nabi menegur Israel kerana kekukangan rohani yang telah mencemarkan segala yang dilakukan mereka (Hag 2:10-14).

Salomo pertama-tama mengutuk penampilan yang berhidung tinggi. Allah membenci keangkuhan, maka dia kerap kali mengutuknya. Keangkuhan itu percaya dan memuliakan diri kamu sendiri dan Allah membenci persaingan terhadap kemuliaan dan pujianNya terutamanya dirimu. Dia tahu bahawa dirimu kosong dan kamu patut mengenal itu juga (Maz 39:5; 62:9).

Allah benci penampilan yang sombong (Ams 6:16-17). Suatu penampilan yang berhidung tinggi adalah apabila fikiran yang sombong terbocor dari hatimu lalu memberi kesan kepada air muka, tutur kata, dan kelakuan di hadapan Allah dan orang lain. Ia paling keji kalau berada pada air muka atau mata seseorang perempuan, sebab dia semakin diturunkan darjatnya oleh Allah (Yes 3:16-17; 1Kor 11:3; 1Tim 2:9). Biarlah semua perempuan merendahkan pandangan mata mereka.

Kemudian, Salomo mengutuk suatu hati yang angkuh. Tugas kamu yang pertama adalah untuk mengekalkan kerendahan hatimu di hadapan Allah dan orang lain. Kamu harus menurunkan kepalamu dan mengaku bahawa tanpa belas kasihan, kamu memang sesat (Luk 18:13). Kamu harus menolak tinggi hatimu sendiri dan merendahkan diri dengan rendah hati ke tahap orang lain (Rom 12:16). Kamu harus menganggap orang lain lebih baik daripada dirimu sendiri dengan hati yang rendah (Fil 2:3-5). Jika kamu merendahkan dirimu di bawah tangan kuat Allah, maka Dia akan menyanjungimu (1Pet 5:6).

Daud, orang yang mengejar hati Allah, meninggalkan suatu teladan yang baik. Dia berdoa agar tidak bersalah di dalam mana-mana dua dosa itu– penampilan yang berhidung tinggi atau berhati angkuh (Maz 131:1). Selepas itu, dia berazam untuk memutus perhubungan dengan sesiapa pun di rumahnya yang mempunyai mana-mana dua dosa itu (Maz 101:5). Kamu hanya harus melihat di sekelilingmu untuk sedar bahawa hanya ada segelintir orang yang ada kesungguhan bagi Tuhan Allah seperti Daud. Kebanyakan ibubapa menyembah anak sendiri sehingga tidak sanggup membayangkan atau menyambut azam seperti Daud punya azam.

Salomo juga mengutuk kegiatan membajak oleh orang durjana. Apakah yang dapat dipelajarimu tentang dosadi dalam kegiatan membajak oleh orang durjana? Aktiviti-aktiviti yang semula jadi yang dianggap tidak bersalah dan tugas-tugas ibadah kepada Allah pun akan menjadi dosa jika dibuat oleh seseorang yang berhati durjana. Menyusuli kegiatan membajak tersebut di dalam amsal ini, kita memperoleh maksud bahawa bekerja mencari makan pun adalah berdosa apabila dilakukan orang jahat.

Setiap aktiviti manusia haruslah dilakukan bagi kemuliaan Allah, dan inilah yang tidak dipertimbangkanorang durjana (1Kor 10:31; Maz 10:4). Setiap aktiviti harus dibuat melalui iman, yang tidak dimiliki orang durjana (Rom 14:23; 2Tes 3:2). Setiap aktiviti harus melibatkan kesyukuran, yang tidak pernah dipertimbangkan mereka (Rom 1:21; 2Tim 3:2). Maka, nafas mereka pun menjadi nafas terlaknat.

Kegiatan-kegiatan agama orang durjana lagi teruk. Doa-doa mereka ialah kekejian (Ams 28:9). Korban-korban mereka ialah kekejian (Ams 15:8). Ketika membuat korban dengan memikir akan dosa, yang sememangnya suatu perkara yang berleluasa, itu lebih teruk (Ams 21:27). Betapa teruknya hidup itu, mengumpulkan dosa bagi Hari Penghakiman sementara masih berada di dalam gereja dan menaruh wang ke dalam kotak pemberian.

Mengapakah ini benar? Sebab orang durjana percaya kepada diri sendiri, tidak bersyukur, dan mengejar ketamakan dan keangkuhan sendiri, daripada mengejar kemuliaan Pencipta mereka. Allah tiada di dalam semua fikiran mereka (Maz 10:4). Mereka memakai ciptaanNya bagi kepentingan diri sendiri. Mereka tidak mengambil berat akan Allah ataupun titah-titahNya. Mereka terus-menerus tidak mempedulikan Allah dan menolakNya apabila ditegur.

Sebelum membajak, seseorang benar memberi syukur kepada Allah bagi kesihatan dirinya dan lembu jantannya, cahaya matahari, hujan semalam, beberapa ekar tanah kepunyaannya, peluang untuk bekerja, belas kasihan Allah bagi pendosa, dan harapan hidup yang kekal. Sementara membajak, dia merenung akan kekuatan lembu jantan itu, bau tanah itu, mukjizat pertumbuhan tumbuhan, kebaikan Allah, dan merayu untuk rahman ilahi supaya ada lebih hujan dan lebih banyak rahmat. Dia menyapu peluhnya dan berterima kasih kepada Syurga bagi sistem penyejukan tubuh. Pada akhir hari itu, dia memberi benih kepada jirannya, hantar ayam kepada pengkhutbah, bersyukur kepada Tuhan untuk hari yang diberkati itu, membaca Alkitab, mengakui dosa-dosanya, dan mengasihi isterinya.

Sebelum membajak, seseorang durjana merungut akan hakikat memiliki hanya satu ekor lembu jantan, kekurangan matahari bulan lepas, jalan becak dari hujan semalam, ladang di sebelah yang diidam-idamkan untuk dimilikinya, kematian ayahnya pada musim sejuk yang lepas, berat tanggungan cukai yang dipikul, dan betapa susahnya kehidupan. Sementara membajak, dia berkhayal mencari pendapatan yang lebih daripada pendapatan abangnya, memenangi jirannya untuk mendapat jawatan ahli majlis tempatan, dan betapa kuat dan berjayanya dirinya sudah jadi. Dua kali dia menyumpah kepada matahari kerana menjadikan hari begitu panas. Pada akhir hari itu, dia menolak permintaan pinjaman wang oleh jirannya, menyembelih dua ayam bagi sendiri melahap, merungut akan betapa keras kerjanya, membaca majalah gosip, dan pergi tidur sambil memikir isteri jirannya.

Kamu tidak seharusnya ada apa pun soalan lagi tentang kegiatan membajak oleh orang durjana. Tetapi bagaimanakah pendekatanmu bagi setiap hari dan tugas-tugasnya? Adakah pendekatanmu itu seperti orang benar atau seperti orang durjana? Adakah hatimu benar di hadapan Allah yang memimpin kepada penampilan yang rendah hati dan pandangan yang salih dan pengertian di dalam setiap perbuatanmu? Apapun yang kurang daripada ini menjadikan hidupmu berdosa.

Hai pembaca, kamu bertugas untuk mengekalkan hatimu suci dan bebas dosa. Telitilah jiwamu supaya berjalan dengan Allah tanpa apa pun peralihan tumpuan. Jika kamu tetap berkompromi, perilakumu dan doa-doamu menjadi dosa. Dan kamu akan menimpa pada dirimu hukumannya yang keras. Jadi, melalui hatimu, di dalam penampilanmu, dan melalui perilakumu, biarlah semua dilakukan kepada kemuliaan Allah.

Hai orang Kristian, tiada ketakutan yang besar bagimu di sini. Dengan iman di dalam Yesus Kristus dan pengakuan dosamu, Allah akan mengampuni dan membersihkan dirimu daripada segala dosa (1Yoh 1:7-9). Dengan menyucikan hatimu melalui iman dan kesungguhan di dalam Anak Allah, hal-hal yang tersilap laku pun tidak akan merosakkan perkenanNya ke atas dirimu (1Raj 15:14). Kebebasan yang menurut hukum di dalam kehidupan orang benar ialah kemuliaan yang besar (Tit 1:15; Rom 14:22). Nikmatilah sepenuhnya kehidupan yang telah diberi Tuhan kepadamu, dan bersyukurlah kepadaNya bagi setiap kesenangan. Bekerja keras, kasihi isterimu, dan makan dan minum menurut arahan Tuhan (Pkh 9:7-10).