Amsal · Proverbs

21:6
Memperoleh harta kekayaan dengan lidah yang berbohong merupakan kesia-siaan yang terumbang-ambing oleh mereka yang mencari maut.

Adakah kamu berbaris untuk hukuman mati, tanpa mengetahuinya? Jika kamu berbohong atau menipu untuk menjanakan wang, kamu pasti ingin mahu mati. Orang mungkin tidak tahu atau tidak mempedulikan penipuanmu; Allah tidak berbuat demikian. Kamu fikir kamu ada harta berharga, tetapi ia suatu ilusi, seperti memikir bahawa sehelai daun dalam putting beliung akan masuk ke dalam kocekmu.

Hikmah melibatkan kejujuran dalam perniagaan dan kewangan. Berbohong supaya maju ialah kesia-siaan – ia tidak berkesan – ia bebal dan dan tidak berguna. Apa pun kelebihan atau kekayaan yang diperoleh akan terhilang, dan Allah akan menghakimi pencuri itu. Untuk memilih pendekatan ini adalah untuk merindui maut dan pembinasaan (Ams 8:36).

Amsal ini terhimpit di antara dua lagi yang juga berkaitan dengan kejayaan kewangan. Ketekunan ialah jalan Allah bagi kekayaan; bergegas akan membawa kepada dosa dan kemiskinan (Ams 21:5). Allah akan membinasakan orang durjana yang mencuri untuk kekayaan, kerana mereka menolak untuk berurus dengan jujur (Ams 21:7). Pertimbangkan juga banyak amsal yang menuntut berat dan timbang yang adil (Ams 11:1; 16:11; 20:10,23).

Seperti yang Solomo sini telah mengajar anak lelakinya etika perniagaan, demikian juga setiap teruna harus diajar untuk jujur benar dalam urusan kewangan. Tiada ruang untuk menjadi samar-samar dalam apa pun aspek urus niaga ekonomi. TUHAN nampak setiap penipuan kecil, dan Dia akan menghakimi setiap satu. Dia melindungi setiap pelanggan dan menyelia setiap urus niaga dari syurga. Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu!

Dengar Allah memberi amaran melalui nabi Yeremia kepada orang yang tidak jujur: “Seperti burung partridge yang mengerami telur, dan tidak menetaskannya; demikianlah dia yang mendapat kekayaan, dan bukan dengan cara yang betul, akan meninggalkannya pada pertengahan umurnya, dan pada akhir hayatnya ternyatalah dia orang bebal” (Yer 17:11). Sekali lagi, “Celakalah dia yang membina rumahnya dengan cara ketidakwajaran, dan kamar-kamarnya dengan cara kesalahan; yang memakai khidmat jirannya tanpa membayar upah, dan tidak memberi kepadanya bagi kerjanya” (Yer 22:13).

Alkitab dipenuhi dengan amaran-amaran yang serius terhadap apa jenis perdayaan atau penipuan untuk mengisi perbendaharaanmu. Pertimbangkan bilangan amaran itu dan jadilah jujur benar dalam segala urus niaga (Ams 10:2; 11:26; 13:11; 20:14,21; 28:8; Ima 19:13,35-36; Ula 24:14-15; 25:13-16; Ayb 24:10-11; Yeh 45:10-12; Hos 12:7; Amo 8:4-6; Mik 6:10-11; Mal 3:5; Yak 5:1-7).

Ahab dan Izebel berbohong untuk memperoleh kebun anggur Nabot, dan Ahab cuba menikmati harta yang baru diperolehnya, tetapi Elia memberitahunya bagaimana dia dan Izebel akan mati (1Raj 21:1-24). Dapatkah Akhan menikmati harta barunya, ketika batu-batu meremuk tubuhnya dan api membakari tulang-tulangnya (Yoh 7:20-26)? Dapatkah Gehazi menikmati harta barunya, ketika dia mereput perlahan dengan penyakit kusta (2Raj 5:20-27)? Bagaimana dengan Yudas Iskariot (Mat 27:3-10)? Bagaimana dengan Ananias dan Safira (Kis 5:1-11)?

Pertimbangkan soalan-soalan berikut. Adakah kamu membayar harga sepenuhnya? Pada waktu yang tepat? Atau adakah kamu memakai jangka masa bayaran bagi kepentingan dirimu sendiri? Adakah kamu menyatakan segala masalah tentang kereta terpakai yang kamu ingin jual? Adakah barangan yang dijual kamu itu sah di pandangan Allah? Adakah kamu memotong usaha dalam perkhidmatanmu supaya dapat memaksimakan margin untung? Adakah kamu menjaga apa yang disewa dengan lebih baik berbanding kalau itu dimilikimu? Adakah kamu memberi tip yang murah hati kepada orang yang berbuat tugas-tugas kecil? Adakah kamu selalu tekun ketika dibayar untuk masamu?

Pertimbangkan beberapa lagi. Adakah kamu membesar-besarkan cerita potensi perniagaan atau baranganmu? Adakah semua pekerja dibayar tepat pada waktunya, setiap kali? Adakah kamu menyatakan segala masalah dengan rumah yang kamu ingin jual? Adakah kamu mematuhi segala komitmen kewangan? Tepat pada waktunya? Sudahkah kamu dengan wajar membayar sesiapa pun yang telah melayanimu? Adakah kamu jujur dengan penyata cukai pendapatanmu? Adakah kamu memberi kepada Tuhan pertama daripada pendapatanmu? Atau adakah kamu berbohong dengan menyatakan bahawa kamu mengasihiNya tetapi menyimpan bahagianNya bagi dirimu sendiri?

Pertimbangkan beberapa lagi. Pernahkah kamu tipu sakit untuk mengambil kesempatan atas upah cuti sakit? Pernahkah kamu mengambil apa yang kecil daripada majikanmu yang akan dianggap sebagai mencuri? Adakah kamu mendapat pulangan daripada barangan yang kamu salah beli? Pernahkah kamu mengharapkan yang tidak mungkin daripada peniaga atau pelayan, dan kemudian tidak bayar kerana mereka berdaya manusia sahaja? Adakah kamu tawar-menawar harga bagi barangan yang kamu beli? Adakah kamu pernah bersukacita dan bermegah kepada orang lain kerana telah berjaya tawar-menawar menurunkan harga (Ams 20:14)?

Pertimbangkan beberapa lagi. Adakah resume [keterangan ringkas maklumat peribadi] sungguh jujur? Adakah kamu dengan sempurna dan dengan tepat menjawab soalan-soalan temuramah? Adakah kamu memberitahu kebenaran yang sepenuhnya ketika ditanya tentang perangai rakan sekerja? Adakah kamu layak sepenuhnya untuk menerima apa pun bantuan kerajaan yang telah kamu mohon atau telah terima? Bagaimana dengan pandangan Allah kalau menyukat itu menurut Alkitab? Adakah kamu sungguh jujur dengan segala butir yang ditanya dalam borang daftar insuran? Adakah kamu menawar maklumat yang membantu kepada orang yang memerlukannya, meskipun jika mereka tidak menanya kamu untuk itu dan ia akan menyusahkanmu kerana memberitahu mereka?

Biar amsal ini menyebabkanmu untuk menimbang dengan teliti setiap urus niaga kewangan, tugas pekerjaan, dan perniagaan, supaya kamu tidak didapatai terumbang-ambing dengan kesia-siaan dan mencari pasal dengan penghakiman Allah. Dia nampak dan mendengar segalanya yang dibuat kamu, dan Dia hanya menerima apa yang adil sepenuhnya, apa yang dengan kewajaran, dan dengan kemurahan. Para penipu dan yang kedekut tidak akan makmur atau hidup. Jika kamu selalu membayar dan melaksanakan tugasmu dengan murah hati, kamu akan diberkati (Ams 11:18,24-26; 19:17; 28:8,27; Ula 15:10; Luk 6:38; Pkh 11:1-6; Maz 112:1-10; Yes 32:8; 2Kor 9:6-11).

Jika kamu benar-benar inginkan harta, yakni jenis yang sejati, maka carilah dahulu kerajaan Allah (Mat 6:33). Sebab itu adalah “seperti harta karun yang terpendam di suatu ladang; yang ketika seseorang telah temui, dia menyembunyikannya, dan dengan sukacita kerana itu pergi dan menjual segalanya yang dia ada, dan membeli ladang itu” (Mat 13:44). Apa pun harta berharga di bumi ialah kesia-siaan, kegemasan roh, dan tidak akan membantu pada hari kematian. Tetapi kesalihan dengan kepuasan menguntungkan pada waktu sekarang dan kemudian (1Tim 4:8; 6:6).