Amsal · Proverbs

22:20
Bukankah aku sudah menulis kepadamu hal-hal yang cemerlang dalam nasihat dan pengetahuan,

Alkitab ialah buku yang paling cemerlang di bumi. Ia ada lebih nasihat dan pengetahuan daripada mana-mana sumber yang lain. Membaca apa pun yang lain adalah sia-sia dan menggemaskan kalau dibandingkan dengan Alkitab. Ia mempunyai puisi yang paling suci, lagu yang paling manis, filsafat yang paling mendalam, doktrin yang paling sejati, tema yang paling menakjubkan, sejarah yang paling jitu, misteri-misteri yang paling megah, orang-orang ternama yang paling mulia, nasihat yang paling baik, dan nilai yang paling tinggi. TUHAN Jehovah, Pencipta segala-galanya, mengilhamkan setiap perkataan Alkitab. Ia cukup berkaitan bagi zaman kini seperti zaman yang lain, sebab Dia telah merekakannya bagi tujuan semua generasi.

Salomo telah meminta anaknya untuk merendahkan diri dan memperlakukan dirinya sesuai dengan kata-kata yang telah ditulis Salomo baginya (Pkh 12:8-12). Dia hendak anaknya untuk memiliki ganjaran kebenaran yang menyenangkan (Maz 19:7-11). Dia hendak firman itu berada di hati dan di mulut anaknya. Dia hendak itu berada di hatinya supaya dia akan percaya kepada Tuhan. Dia hendak itu berada di dalam mulutnya, supaya dia dapat menjawab dengan firman kebenaran yang pasti kepada mereka yang bertanya kepadanya dalam hayat hidupnya (Ams 22:17-21). Amsal ini bukan sahaja berkaitan dengan tulisan-tulisan Salomo, tetapi berkaitan dengan seluruh Alkitab juga (Yes 8:20; 2Tim 3:16-17).

Salomo merupakan manusia yang paling berhikmah yang pernah hidup di planet ini, selain daripada Yesus Kristus, Yang merupakan Allah dalam tubuh manusia (Kol 2:9). Dia dapat berbicara tentang pokok dan hal-hal yang lain dengan begitu mendalam sehingga raja-raja mengutus orang berhikmah dari tempat yang sangat jauh untuk mendengarnya (1Raj 4:29-34). Dia sungguh terkenal kerana pengetahuan, pemahaman, kekayaan, dan projeknya yang sungguh besar. Tetapi Allah juga mengilhamkan kepadanya untuk menjadi salah satu daripada 40 pengarang Alkitab. Dia menulis kitab amsal ini, suatu kitab filsafat, dan lagu cinta, iaitu tiga daripada 66 buku Alkitab.

Hai pembaca, sudahkah kamu merendahkan dirimu dan memakai dirimu sesuai dengan Alkitab? Adakah kamu mengenalnya dengan baik? Sudahkah ia tersembunyi dalam hatimu? Adakah ia dipasang pada bibirmu? Dapatkah kamu memberi firman kebenarannya yang pasti kepada mereka yang tanya soalan? Adakah kamu tahu betapa cemerlangnya Alkitab dalam hal nasihat dan pengetahuan? Atau adakah ia hanya suatu buku yang kudus tentang agama Kristian yang menjemukan bagimu? Sudahkah kamu salah anggap Alkitab sebagai hanya buku bagi hamba Allah dan orang teologi? Adakah kamu lebih menyukai versi animasi yang dihasilkan Disney? Tiada baik cahaya mahupun kebenaran di mana-mana sumber yang lain dibandingkan dengan Alkitab. Kalau kamu mengetepikannya, kamu sudah menipu diri sendiri.

Sudah tentulah, penjawat awam di bahagian pendidikan akan memakai pembahsuhan otak hari demi hari untuk meyakinkanmu bahawa Dr. Seuss dan Dr. Spock lebih unggul daripada Alkitab. Mereka akan menjadikannya haram untuk memegang Alkitab, memetik ayat Alkitab, atau memakai Alkitab sebagai sumber. Mereka tidak mampu adanya sesiapa murid atau rakyat memiliki kekuasaan bagi kebenaran, sebab kalau demikian, khayalan-khayalan mereka akan terdedah. Si iblis dan para pendidik sudah bekerjasama untuk menjamin hak pelantikan tetap bagi para pengkhayal dengan mencemuh firman kebenaran yang berilham (Kej 3:6; Yoh 8:44; 2Kor 11:3; 1Tim 6:20-21).

Sekolah-sekolah agama tiada bezanya. Orang Roman Katolik membasuh otak pengikut-pengikutnya untuk percaya bahawa lelaki yang tidak berkahwin, bersekedudukan, membaca mantera, dan memegang tasbih adalah lebih berhikmah daripada Alkitab. Sekolah-sekolah Protestan mengesahkan bahawa hanya manuskrip-manuskrip yang asal dapat dipercayai, maka kamu harus menaruh percaya kepada para profesor mereka untuk memberitahu kamu maksudnya daripada bahasa Ibrani, Aramia atau Yunani - tiga bahasa yang sudah lesap! Sekali lagi, hak pemegangan kuasa terjamin bagi para pengkhayal dengan melemahkan iman orang terhadap firman Allah yang telah diilhamkan dan dikekalkan dalam Versi King James Bahasa Inggeris!

Allah syurgawi telah menganugerahkanmu dokumen yang tertulis untuk mengenal kebenaran dalam apa pun subjek dan diselamatkan daripada khayalan-khayalan orang pagan dan pemimpi yang cabul. Sementara sambutan luas bagi Alkitab akan memaksa para pendidik untuk mendapat kerja yang benar, meniadakan perniagaan industri hiburan, dan memaksa orang politik untuk hidup dan memerintah dengan berhikmah, ia dicemuh dan difitnah dari semua arah. Tetapi sesiapa pun lelaki, perempuan, atau budak dapat menjadi lebih berhikmah daripada ketiga-tiga segmen masyarakat itu dengan mempercayai dan mentaati Alkitab (Maz 119:98-100,104,113,128).

Jika kamu ingin mengenal asal-usul alam semesta, maka juallah naskah buku Charles Darwinmu yang berkhayalan itu dan sebaliknya belilah Alkitab. Dalam beberapa minit yang dipakai untuk membaca Kejadian bab 1-3, kamu dapat tahu segalanya tentang ciptaan syurga, bumi, lautan, segala tumbuh-tumbuhan, segala jasad di angkasa lepas, segala binatang, burung, dan ikan, dan asal-usul dan nama moyangmu yang pertama (Ibr 11:1-3). Kemuliaan bagi Allah! Adakah kamu bermaksud bahawa dalam 5 minit aku dapat mengakali Karl Sagan? Dengan mudah sekali!

Adakah kamu berminat dalam hal geografi dan geologi? Apakah yang membentuk Grand Canyon? Ingin tahu tentang penemuan galian binatang mamot di Siberia yang mempunyai perut penuh dengan sayur tropikal? Jangan tertanya-tanya lagi! Bacalah buku Kejadian bab 6-9, dan kamu dapat belajar tentang banjir sedunia yang telah melemaskan segala makhluk yang hidup kecuali Nuh, keluarganya, dan binatang-binatang yang dia selamatkan bagimu di dalam bahtera.

Adakah kamu keliru dengan pelbagai bentuk bahasa di seluruh dunia, terutamanya ketika guru-gurumu memberitahumu bahawa semua manusia telah berevolusi daripada cicak salamander yang ingin berjalan dengan dua kaki lalu ingin belajar di sekolah kapal terbang untuk menjadi seorang angkasawan? Apa yang kamu perlu hanya Kejadian bab 11 untuk mendapat tahu bahawa Allah mengelirukan satu-satunya bahasa kaum manusia sehingga penuh kepelbagaian bahasa di Menara Babel, ketika mereka tidak mentaati perintahNya untuk berselerak dan menggandakan populasi dunia.

Adakah kamu tidak pasti tentang hukuman mati? Jadilah pasti (Kej 9:6)! Apakah pendapatmu tentang perkahwinan sejenis? Fikir dengan betul (Ima 18:22)! Apakah punca sodomi/liwat? Jangan tertanya-tanya lagi (Rom 1:18-28)! Adakah ia mungkin untuk memilih seorang pasangan dan menjamin suatu perkahwinan yang hebat? Mudah sekali (Ams 31:30)! Dapatkah anak-anak dididik untuk melakukan apa yang betul? Sudah tentulah (Ams 22:6,15; 29:15)! Adakah wain dan minuman keras halal untuk diminum? Tentulah (Ams 31:6-7; Maz 104:14-15)! Adakah Allah menyokong seks? Dia yang telah menciptakan wain (Ams 5:19; Kej 2:25; Kidung Agung; 1Kor 7:1-5; Ibr 13:4)!

Tetapi Alkitab adalah lebih baik daripada beberapa contoh hikmah di atas. Ia memberitahu misteri-misteri rahsia tentang Yesus Kristus yang telah tersembunyi daripada dunia (Mat 13:1-17; 1Kor 2:1-16). Fakta-fakta yang paling mendalam di alam semesta berkenaan dengan Dia (1Tim 1:15; 3:16)!

Punca kematian dan penawarnya telah didedahkan di dalam Alkitab. Yesus Kristus telah mati sebagai Gantian untuk menyelamatkan orang pilihanNya daripada maut dan neraka, dan kamu dapat percaya kepadaNya untuk kepastian bahawa kamu salah seorang dari kalangan orang pilihanNya. Masa depan dunia sungguh suram (2Tes 1:7-10; 2Pet 3:1-18). Tahukah kamu kan hal-hal yang cemerlang dalam nasihat dan pengetahuan yang dapat ditemui dalam Alkitab?